Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN TATABAHASA PT3

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)  Galakan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan pretasi murid-murid.
Salah Betul
pretasi Prestasi

ii) Ibu sedih kerana adik perlu dimasukan ke dalam wad untuk rawatan susulan.
Salah Betul
dimasukan dimasukkan

iii) Pejabat pos itu menjual pelbagai  stem sempena Hari Warga Tua Sedunia yang disambut
baru-baru ini.
Salah Betul
stem setem

iv) Atifah perlu membuat keputusan samada perlu melanjutkan pelajaran atau berkahwin.
Salah Betul
samada sama ada

v) Usaha  menggalakan belia yang tidak bekerja menceburi perniagaan satu strategi yang
bijak.
Salah Betul
menggalakan menggalakkan

vi) Gambarajah  bulat itu dilukis oleh murid-murid dengan menggunakan jangka lukis.          

Gambarajah Gambar rajah


[3  Markah]
2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

i) Ketiga kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.
Gariskan Pembetulan
ketiga-tiga

ii) Pengelola majlis itu mengkhaskan kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu kehormat.
Bom
Stor
cat
Gariskan Pembetulan
Mengekhaskan

iii)  Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan kepada guru
bertugas.
Gariskan Pembetulan
temukan

iv) Pakar di Pusat Perubatan Cermat itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit di bilik
kecemasan.
Gariskan Pembetulan
gegendang

v) Kedua-dua kenderaan itu telah bertembung di selekoh tajam dan  terbalik beberapa kali.
Gariskan Pembetulan
berlanggar

vi) Para siswazah di dewan itu saling bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka
selesaikan.
Gariskan Pembetulan
diselesaikan oleh mereka

vii) Dato Ali  mempunyai ramai penyuruh agar tugas sehariannya menjadi mudah dan
lancar.
Gariskan Pembetulan
Pengikut/pembantu

iix) Pihak pengurusan Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para
pelanggan sempena cuti sekolah.                                                                                         
Gariskan Pembetulan
Hotel Malaysia
               [8  Markah]
3.
a) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.

i) Akmal ditangkap oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin.

subjek Akmal
predikat ditangkap oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin

ii) Sampah yang bertaburan di atas lantai itu telah saya bersihkan pagi tadi.
subjek Sampah yang bertaburan di atas lantai itu
predikat telah saya bersihkan pagi tadi.

iii) “Amy dan rakan-rakannya sedang bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan
lebat !”
subjek “Amy dan rakan-rakannya
predikat sedang bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan lebat!”

iv) Anak Encik Sallih yang sulung guru sementara di sekolah kami.
subjek Anak Encik Sallih yang sulung
predikat guru sementara di sekolah kami

v) Jalan raya itu menjadi licin setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi.
subjek Jalan raya itu
predikat menjadi licin setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi
[5 Markah]

b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah

i) "Jemput makan hidangan yang saya sediakan ini," pelawa Puan Lim kepada para
tetamunya.

ii) “ Kamu mesti  selalu mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan,” pesan ayah
kepada Abu.

iii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol.

iv) “ Wah, cantik sungguh kereta yang baru kamu beli ini!” kata Mary kepada Ghee

v) "Patik akan menjunjung titah perintah tuanku demi kedaulatan negeri Melaka," 
sembah Hang Tuah kepada Sultan Mahmud                                                                                                 
[5 Markah]

Anda mungkin juga menyukai