Anda di halaman 1dari 4

PERUTUSAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

SEMPENA

SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH


PERINGKAT SEKOLAH 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Dan Salam Sejahtera.

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah


kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun pada kali ini dalam
program Sambutan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
2019 sempena memperingati Hari Antidadah Peringkat
Kebangsaan yang telah diisytiharkan pada 19 Februari 1983
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada
ketika itu. Sambutan ini dilaksanakan untuk menunjukkan
iltizam kita bagi memerangi gejala dadah habis-habisan
daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di
luar sekolah. Komitmen untuk memerangi ancaman dadah
ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara
bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.
2. Sempena Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini, saya
dengan penuh harapan menyeru agar semua pihak
bersama-sama menjayakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah masing-masing sebagai
inisiatif memastikan sekolah sentiasa selamat dan kondusif
selari dengan halatuju pendidikan yang dinyatakan oleh
Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik dalam Amanat
Menteri Pendidikan 2019. Matlamat program Pendidikan
Pencegahan dadah di sekolah adalah bertujuan memberi
1
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya dadah.
Pelbagai aktiviti perlu dirancang dan dilaksana dengan baik
oleh jawatankuasa pendidikan pencegahan dadah sekolah
bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi
ancaman dadah.

Guru-guru serta murid-murid sekalian,

3. Fokus untuk memerangi dadah habis-habisan bukan setakat


tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia
perlu digalas dan direalisasikan oleh gabungan seluruh
masyarakat. Perkembangan dan penyebaran pengaruh
dadah amat laju dan pantas. Justeru, kita harus sama-sama
bertindak mengekang penularan gejala negatif tersebut.
Oleh kerana mengambil kira peranan menyeluruh oleh
semua pihak, maka tema Sambutan Minggu Antidadah
peringkat sekolah pada tahun ini ialah Komuniti Kita,
Tanggungjawab Kita.

4. Adalah diharapkan melalui tema ini pihak sekolah dapat


merealisasikan warga sekolah yang sifar dari gejala dadah
dan seterusnya menyahut seruan kerajaan iaitu menjadikan
Malaysia Bebas Daripada Ancaman Dadah.Tema ini juga
dipilih sebagai mendukung aspirasi kerajaan Malaysia dan
menunjukkan semangat kebersamaan dengan semua agensi
terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kita
harus menjadikan persekitaran kita bebas dari anasir dadah.

5. Ancaman dadah kepada murid-murid merupakan satu


cabaran yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh
demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara
2
maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –
2025, menerusi anjakan ke – 3 iaitu bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke – 10 yang
memberi tumpuan kepada kemenjadian dan keberhasilan
murid bagi memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya.
Guru-guru serta murid-murid sekalian,
6. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan
Pendidikan Negeri Johor telah mengambil inisiatif
menjalinkan kerjasama dengan Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia (PEMADAM) dan agensi lain bagi
memastikan pencegahan awal dapat dibuat bagi
memastikan murid sekolah benar-benar terhindar daripada
sebarang bentuk penagihan sama ada rokok, vape, inhalan,
dadah dan sebagainya. Usaha pencegahan ini mesti
dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh
bukan sahaja melibatkan pihak sekolah malah yang lebih
penting adalah para ibu bapa dan komuniti setempat. Saya
yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda
membebaskan sekolah daripada ancaman dadah akan terus
terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita bentuk di
sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu
yang diperolehi buat selama-lamanya walaupun telah
menamatkan alam persekolahan nanti.
7. Kejayaan melaksanakan ujian saringan urin kepada pelajar
di semua sekolah menengah di Johor tahun 2018 adalah

3
bukti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Agensi
Antidadah Kebangsaan Johor komited dalam menghapuskan
gejala negatif ini. Kita tidak boleh membiarkan masalah
dadah menggugat proses pembelajaran, keselamatan dan
kesejahteraan murid-murid ketika di sekolah. Justeru, pihak
sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang boleh
menjadi penyebab murid-murid terpengaruh dengan dadah.
Gejala ponteng, merokok dan tidak fokus dalam sesi
pembelajaran adalah merupakan antara faktor risiko yang
perlu dibanteras sebaik sahaja ia dikesan. Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan
terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat
melalui strategi, pendekatan dan kaedah baharu bagi
memastikan murid sifar dadah dan Sekolah Bebas Dadah

8. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga


sekolah, guru-guru dan murid-murid agar sentiasa berusaha
mengekang pengaruh dadah daripada mengancam sekolah
kita. Marilah kita berganding bahu membimbing anak-anak
kita agar mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang
kesan dan akibat penyalahgunaan dadah bukan sahaja
kepada diri mereka malah terhadap kerukunan institusi
keluarga, agama, bangsa dan negara. Komuniti Kita,
Tanggungjawab Kita.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor


b.p Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai