Anda di halaman 1dari 4

Bil

1.

2.

3.

AGENDA
Ketibaan para
jemputan dan
ibu bapa

TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali)
dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang Dipertua PIBG),
En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Batang
Kali.

Nyanyian Lagu
Negeri
Selangor dan
Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan
Pengacara
Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali
Yang Berbahagia _________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil
Guru Besar SK Batang Kali
Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim
Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat
pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat

Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.


Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang
Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
Bacaan Doa
4.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan
bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang
amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru
dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5.

6.

Ucapan Alualuan oleh


Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin


Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohamad
Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan
Perasmian
ADUN Batang
Kali

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan


yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari
bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39
bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan

atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat


dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama.
7.

Majlis
Penyampaian
Cenderahati
AJK PIBG sesi
2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput
YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En.
Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan cenderahati
tersebut.
Dipersilakan....
En. Mahmud bin Karim YDP PIBG
En. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Norashikin binti Jumaan
AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad
En. Norsalawati binti Shafie
Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari
bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin. Ahmad Dahlan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK
Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul

Jangan dibawa ke dalam hati.


Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Batang
Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai