Anda di halaman 1dari 8

1

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU PT3

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara,


Dibawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Terima kasih pada semua.

Yang Berusaha, ,Tuan Haji Azman bin Shahadan, Penolong Kanan Petang SMK Hamzah Barisan Guru-guru
Pembantu PK Petang, Semua guru sesi Petang ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelajar yang di kasihi
sekalian.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya, kita
dapat sama2 berkumpul pada pagi ini bersempena dengan Majlis Restu Ilmu.

Terbang merpati membawa berita,


Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
2

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Rohaidi Othman Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada Ustaz Rohaidi Othman atas pimpinan doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah menjadi penentu
Silalah kawan tampilkan diri,
Bersama ucapan memohon restu

Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan ucapan memohon restu dari wakil pelajar
. dari tingkatan 3BD. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada . di atas ucapan


nya sebentar tadi

Sebelum saya meneruskan acara, izinkanlah saya mendeklamasikan sajak ini khas buat semua guru dan
pelajar

Cikgu
Kini kami dipenghujung waktu
Membilang detik detik penentu
Kami dambakan restumu
Halalkan lah usaha dan ilmu

Cikgu
Beribu halangan telah kau lalui
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
Munsyi Dewan
3

Melayani keletah putera puteri


Anak bangsa yang tak pernah kau benci
Namun bersungguh jua kau sampaikannya
Semua ilmu di dada,
Kau curahkan semua

Cikgu restuilah kami


Mengharungi semua detik hidup ini
Berbekalkan amanat dan ilmu
Yang kau curahkan tanpa jemu
Terima kasih cikgu

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Puan Siti Nazura Konaen selaku setiausaha PT3.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan oleh Puan Siti Nazura sebentar tadi.

Kalau tuan memikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri

Atur cara berikutnya adalah ucapan PK Pentadbiran Untuk itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Encik Alias bin Sabran..Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Alias Sabran atas ucapan itu tadi.

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
4

Acara seterusnya ialah pelajar bersalam dengan semua guru memohon maaf, mengucapkan terima kasih
dan memohon restu halalkan segala ilmu, untuk itu semua guru diminta berbaris di bawah pentas dan semua
pelajar bersalaman mengikut barisan bermula dengan barisan yang paling tepi di sebelah kiri

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis merakamkan sekalung terima kasih atas
kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara
pada hari ini berlangsung dengan jayanya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara,
lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
5

UCAPAN WAKIL PELAJAR

Terima kasih kepada Pengacara majlis


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Ustazah Hazim bin Ismail, Penolong Kanan Petang SMK Hamzah, barisan guru pembantu
PK Petang, Semua guru sesi Petang ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelaRjar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul di majlis yang
penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita bersama dalam menghadapi Peperiksaan
akhir tahun 2014 yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Syafrullah b Sudin, mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan ini mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik kami selama ini. Budi
yang guru berikan tidak terbalas oleh kami.

TERIMA KASIH CIKGU

Letih berjalan di tengah pekan


Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
6

Guru-guru dan rakan-rakan,


Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata atau
perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau tidak sedar. Kami memohon
agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan dan sudilah kiranya memaafkan kami.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam medan
peperiksaan dan kehidupan seharian berbekalkan amanat pesanan dan tunjuk ajar cikgu demi memastikan
kejayaan menjadi milik kami.

Seterusnya saya dan kawan-kawan yang akan meneruskan usaha kami disesi pagi tahun depan dan
seterusnya mengharungi cabaran Peperiksaan PT3 berjanji semua yang curahkan tidak akan kami
persiakan. Cikgu halalkan segala ilmu untuk kami pergunakannya bukan saja untuk menjawab kertas-kertas
peperiksaan tetapi untuk menempuhi kehidupan di hari mendatang

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkan


Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
7

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM


Sesungguhnya kami pada petang ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan
Mu yang tidak ternilai. Menganugerahkan kami semua guru-guru berwibawa. Kami memohon restu ilmu dari
semua guru untuk kami terus menggunakannya dalam hidup ini




Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan
kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah
di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
JUstazeru kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah
engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala
urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan
8

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia
kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan
negara.

NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA


Munsyi Dewan

Anda mungkin juga menyukai