Anda di halaman 1dari 7

DOA

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى الِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه أجْ َم ِعي َْن‬
َّ ‫َوال‬
YA ALLAH
KURNIAKAN KAMI KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN
SERTA KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI

BUKAKANLAH HATI-HATI KAMI


LAPANGKANLAH DADA KAMI
UNTUK MENERIMA ILMU PENGETAHUAN
SERTA BIMBINGAN DARIPADA GURU-GURU KAMI
YANG KAMI KASIHI

ANUGERAHKANLAH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN


DALAM APA JUGA ASPEK KEHIDUPAN KAMI
YANG ENGKAU REDHAI

YA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM


AMPUNKANLAH DOSA KAMI
DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI
DOSA GURU-GURU KAMI
DOSA SEKALIAN MUSLIMIN MUSLIMAT
MUKMININ MUKMINAT DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN KAMI

JADIKANLAH KAMI ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH


YANG SENTIASA MENURUT PERINTAH ALLAH
WALAU DI MANA KAMI BERADA

َ ‫ َو ِق َنا َع َذ‬...‫ َوفِي األخ َِر ِة َح َس َن ًة‬...‫َر َّب َنا ا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة‬
‫اب‬
‫صحْ ِب ِه َو َسلَّم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى َسيِّد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى الِ ِه َو‬
َ ‫ال َّنار َو‬
‫لح ْم ُد هّلِل ِ َربِّ ْالع َل ِمي َْن‬
َ ‫َو ْا‬
RUKUNEGARA

MAKA KAMI

RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR

AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA

DAN USAHA KAMI

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT

BERDASARKAN ATAS

PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT;

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


RUKUN ISLAM

PERTAMA:
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

KEDUA:
MENDIRIKAN SOLAT

KETIGA:
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

KEEMPAT:
MENUNAIKAN ZAKAT

KELIMA:
MENGERJAKAN HAJI BAGI YANG MAMPU
RUKUN IMAN

PERTAMA:
BERIMAN KEPADA ALLAH

KEDUA:
BERIMAN KEPADA PARA MALAIKAT

KETIGA:
BERIMAN KEPADA KITAB

KEEMPAT:
BERIMAN KEPADA PARA RASUL

KELIMA:
BERIMAN KEPADA HARI QIAMAT

KEENAM:
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

1
UCAPAN PENGACARA MAJLIS (PERHIMPUNAN RASMI)

Bismillah hir rahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar En. Nizamuddin Bin Hj Zakaria

Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan

Yang dihormati, guru-guru, kakitangan sokongan, serta rakan-rakan


seperjuangan sekalian.

Seperti biasa sebelum kita memulakan perhimpunan rasmi pada pagi ini,
kita akan bersama-sama menyanyikan 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku
dan Lagu Negeri Selangor

Semua murid berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan kuat dan
bersemangat.

(Nyanyian)

Seterusnya marilah kita bersama-sama melafazkan bacaan Asmaul


Husna.

(Asmaul Husna)

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ................................................


Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

(Doa)

2
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya dijemput 3 orang murid iaitu
__________________ untuk mengetuai Lafaz Ikrar,
__________________ untuk Rukun Islam dan
__________________ untuk Rukun Iman. Dipersilakan.

Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Jalan Raja


Musa.

Perhatian Kepada semua murid, luruskan barisan dan senang diri.


Semua murid hendaklah sentiasa diam dan memberi perhatian semasa
ucapan guru bertugas.

Seterusnya, dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Bertugas


Minggu Lepas untuk membuat ulasan sepanjang minggu lepas. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(Ulasan guru bertugas minggu lepas)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ulasan yang diberikan.

Seterusnya, dengan segala hormatnya dijemput guru bertugas minggu


ini................................................................... untuk memberi ucapan.
Dipersilakan.

(Ucapan guru bertugas minggu ini)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat


daripada Tuan Guru Besar En. Nizamuddin bin Hj Zakaria. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

3
(Ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas ucapan


yang telah disampaikan.

Perhatian kepada semua murid. Luruskan barisan, berdiri tegak dan


tangan disisi.

(Tunggu sehingga semua murid berdiri)

Akhir sekali, marilah kita menyanyikan lagu sekolah dengan kuat dan
bersemangat.

(Nyanyian Lagu Sekolah – Gemilang SKJRMKU)

Terima kasih kepada semua warga SKJRM kerana memberi komitmen


yang tinggi sepanjang perhimpunan ini. Sekian, terima kasih.

 TERIMA KASIH CIKGU


 MAAFKAN KAMI CIKGU
 HALALKAN ILMU KAMI CIKGU
 DOAKAN KAMI CIKGU

Perhatian kepada semua Pengawas sekolah, pastikan murid-murid


berjalan menuju ke kelas masing-masing menggunakan laluan yang
telah ditetapkan.

Disahkan oleh;

_______________________
(Nizamuddin bin Hj Zakaria)
Guru Besar SKJRM

Anda mungkin juga menyukai