Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami seluruh warga SK Jelapang Taman Meru ,mohon

keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa saudara
mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan
muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.

Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. YaAllah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu
amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan
permudahkanlah untuk kami menjawab kertas Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2023 kali ini.

Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan dengan baik. Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2023 kali ini..

Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai pencapaian yang terbaik. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi
hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang
cemerlang ya Allah,cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulahyang menciptakan kami.
Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya
Allah……..

Anda mungkin juga menyukai