Anda di halaman 1dari 1

🎓 Ya Allah,

Minggu ini adalah minggu kami pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya
ALLAH, bantulah kami dalam peperiksaan yang kami akan hadapi ini YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah kami menjawab soalan ketika peperiksaan
nanti. Berikanlah ketenangan kepada kami ketika menjawab soalan, jauhilah kami daripada resah dan gelisah
ketika menjawab soalan peperiksaan.

🎓 YA ALLAH,
Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

🎓 YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini
kami dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk
kami menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri kami kepada Mu Ya Allah.

🎓 YA ALLAH,
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak
kami.

🎓 Gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah kami daripada
berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah kami daripada melakukan amalan-amalan yang membawa kami ke neraka Mu Ya Allah.

🎓 YA ALLAH,
Tetapkan hati kami untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan kami dengan perkara-perkara yang
tidak berfaedah YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk rakan dan
sahabat kami YA ALLAH.

🎓 Berikanlah kami kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

Anda mungkin juga menyukai