Anda di halaman 1dari 2

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kami memohon keampunan-Mu, kami memohon kerahmatan-Mu,


kami memohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-
anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa
semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, permudahkanlah urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.
Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu
amal ibadah yang diterima-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ikhlaskanlah hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu.
Tetapkanlah niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya
Allah.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk
menerima ilmu-Mu ya Allah.

Ya Allah, tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan Ya Allah. Kami
memohon kepada-Mu Ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan
mereka hadapi nanti Ya Allah.

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu,


Maha Bijaksana dan Maha Cerdas, Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan
Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap
soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut
waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah
agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan,


berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh peperiksaan.

Allahumma Ya Mani', Yang Maha Mencegah, cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-
was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka
dengan Cahaya PetunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq

Allahumma Ya Baari', Yang Maha Mengatur , aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini
agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan dan aturkan jari-jemarinya untuk
menulis ilmuMu dalam peperiksaannya. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap
soalan sepertimana skema jawapan.

Allahumma Ya Latif, Yang Maha Lembut, Lembutkan lah hati para pemeriksa yang
memeriksa kertas jawapan anak-anak kami supaya memberi markah yang tertinggi.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan
Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka
dalam mengharungi ujian dan cabaran dalam peperiksaan ini.

Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi,
bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan
hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat
mereka.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk
mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan
peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.

Ya Allah, berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi
hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada- Mu, perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah
sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka. Ya
Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan
yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya
Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Anak yang menjadi penyejuk mata
apabila kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke
syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang
membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat.
Janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami
serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami
ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan
jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.

Allahumma aamiin Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, Ya Rahim, Ya Mujib,

Ya robbal alamin

SELAMAT BERJUANG DUHAI ANAK

Anda mungkin juga menyukai