Anda di halaman 1dari 16

Rasulullah ingatkan elak pembaziran

RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yang perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam. Dalam Ramadan terkandung banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi melalui hidup ini dengan lebih sempurna. Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan. Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta. (Hadis riwayat al-Bukhari). Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (Surah al -Isra', ayat 27). Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah. Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam. Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan. Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Meskipun berbelanja berlebihan adalah hak golongan berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya. (Hadis riwayat al -Bukhari).

Sikap Rasulullah seperti dijelaskan dalam hadis ini sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan oleh semua umat Islam. Dalam pada itu, pemborosan juga berlaku dari aspek ingin menceriakan perasaan anak. Ada segelintir ibu bapa yang melaburkan wang ringgit semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api demi menggembirakan anak. Justeru, setiap Muslim perlu sedar bahawa Ramadan yang telah dilalui ini banyak mendidik agar sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja. Berbekalkan didikan sepanjang Ramadan, maka gunakanlah untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang akan datang. Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan, seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. Mereka juga akan menghargai pemberian itu dan merasakan kita sentiasa mengingati mereka.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya: 1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan. 2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas 3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t. 4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t. 5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya. 7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya. 8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama. 9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada kita semua. Tu lah kita ingat pembaziran benda macam air , elektrik , masa jer rupa-rupanyar ada lagi yang kita terlepas pandang..........Perlu dingatkan kepada semua orang........ Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu daripada asal kata "Bazzara, Yubazziru, Tabzira" yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Mas'ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah dan tidak berlandaskan tuntutan Sunnah Rasulullah. Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah. Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27) Allah Taala menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1) Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur. Jika pembaziran dari sudut makan minum tu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kira sendiri kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Namun perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak dua tapak kali manusia pada hari kiamat sehinggalak dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan? " (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi) Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalulah waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata: "Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga ." Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadangkadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa.

Islam Membenci Pembaziran


Tarikh: Dec 14, 2008 Riwayat: Riwayat Bukhari Kategori: Akidah Hadith: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa. Huraian Hadith: 1. Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan. 2. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan. 3. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Jauhi Pembaziran Kerana Membazir adalah Saudara Syaitan.


Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah S.W.T. Manusia hanya perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencari rezeki. Orang mukmin sentiasa bersyukur apabila ia memperolehi rezeki daripada Allah S.W.T samaada banyak atau sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Islam itu mudah dan indah. Lihat dalam bab anjuran bersyukur. Walau sikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh bersyukur. Lagi banyak rezeki lagi patut banyak-banyak syukur.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Ibnu Masud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkaraperkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, ilmu, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah S.W.T. yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Marilah kita amalkan sifat suka bersyukur, jauhi sama sekali sifat atau sikap kufur itu. Kemudian jangan kita menjadi saudara syaitan dengan sebab amalan suka membazir atau boros.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir, walau sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah S.W.T, insya Allah.

Sahabat yang dimuliakan, Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika ilmu tidak digunakan untuk jalan kebaikan . Jikalau menyampaikan ilmu dengan rasa riak atau ujub kerana ianya menghapuskan pahala.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika amalan tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas . Ada matlamat selain daripada Allah S.W.T. Amalan seperti ini tidak akan dipandang oleh-Nya.

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika harta dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika hati kosong dari kasih kepada Allah.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika cinta dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika masa tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu jika tidak memikirkan sesuatu yg bermakna kepada agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita semua.Tapi malangnya, manusia sering membazir. Contoh yang paling mudah adalah pembaziran makanan. Jika diperhatikan di tempat-tempat makan, pasti ada saja makanan yg tidak habis dimakan atau dibuang begitu saja.

Oleh itu, elakkan pembaziran supaya tidak tergolong dlm golongan "saudara-saudara syaitan", na'uzubillah.

Terdapat beberapa cara supaya kita dapat mengelakkan pembaziran iaitu :

1. Sebelum membeli makanan, fikirlah dahulu,supaya tidak tersalah beli atau jika hendak memasak,anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dengan bilangan ahli keluarga atau tetamu untuk seorang makan.

2. Jika tak mampu menghabiskannya, rancanglah untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak banyak.

3. Jika makanan adalah dalam kuantiti yyang banyak, elok juga jika diagihkan pada jiran atau kawan-kawan.

4. Jika setelah selesai makan, tapi masih berbaki, simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.

5. Jika berniat untuk membuang makanan, fikirlah sejenak akan nasib saudara-saudara kita di Palestin, di Afrika dan mereka yg kurang bernasib baik. Jika ada sisi makanan yang hendak dibuang pastikan makanan tersebut diberikan kepada haiwan supaya tidak dikira sebagai membazir.

6. Jika punyai selera makan yg tinggi, makanlah dengan sederhana. Janganlah makan ketika perut terlalu lapar supaya tidak makan dengan berlebihan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "....,makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."(Surah Al-A'raf ayat 31)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia" (Hadis Riwayat Baihaqi dan AtTirmizi)

Akhirkata marilah sama-sama kita sentiasa bersyukur dan membuangkan tabiat suka membazir dan pastikan setiap wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, rumah , kenderaan, masa, tenaga dan ilmu digunakan dengan bijak dan berhemah dan tidak membazir, pada masa yang sama dapat menguruskan serta memanfaatkan rezeki dan nikmat-nikmat kurniaan Allah. Mudah-mudahan nota ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua.

PEMBAZIRAN:NIKMAT YANGDISIA-SIAKAN, oleh: Mazlan Zainol (CAHAYA OGOS 2006)


Nilai Murni<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

PEMBAZIRAN: NIKMAT YANG DISIA-SIAKAN


Oleh MAZLAN BIN ZAINOL

Dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin meningkat akhir-akhir ini, pelbagai pihak menyeru agar kita sebagai pengguna berjimat cermat atau berhemat ketika berbelanja. Kenaikan harga petrol, peningkatan harga barangan runcit (beras, tepung dan gula) dan barangan basah seperti (ayam, ikan, daging dan sebagainya) mendorong pengguna untuk berhati-hati sewaktu merangka atau merancang bajet kewangan mereka. Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah Syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran). Ibnu Masud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak berlandaskan tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah SWT. Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya. Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik. Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah SWT, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT(kufur nikmat). Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-

saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya (Surah al-Isra: 27).

Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, dan makanlah serta minumlah dan

jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan(Surah al-Araf: 31).
Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa, tenaga muda dan umur. Jika pembaziran dari sudut makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kita sedari kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Kegiatan melepak, berpeleseran dan berbual-bual kosong adalah antara perbuatan yang sia-sia, malah mungkin boleh mengundang dosa jika ada unsur-unsur maksiat di dalamnya. Justeru, perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Tidak akan berganjak dua tapak

kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan

manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan? (HR
Tirmizi).

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalunya waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sia umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata, Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan

kecuali untuk sesuatu yang berharga juga.

Pembaziran masa sering berlaku jika kita tidak bijak menguruskannya. Terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita yang suka menghabiskan masa dengan sia-sia. Bagi yang bekerja, mereka kadang-kadang mencuaikan masa dan sengaja melengahkan tugas atau kerja yang diberikan kepadanya. Tidak merancang tugasan, agihan tugas yang tidak sistematik, menyerahkan tugas kepada orang yang bukan ahlinya dan sikap pekerja sendiri yang tidak bermotivasi serta tidak mementingkan nilai masa adalah antara faktor yang menyumbang ke arah pembaziran masa. Lebih teruk lagi apabila pembaziran masa yang dilakukan itu mengakibatkan berlakunya kelemahan pengurusan, merosotnya produktiviti, kurangnya kualiti serta perjalanan pentadbiran yang tidak sistematik dan produktif. Rasulullah SAW sendiri menasihati umatnya agar meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi kehidupan dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan masa dan umur dengan percuma. Sabda baginda daripada Abu Hurairah R.A yang bermaksud, Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya (H.R alTirmizi). Justeru, perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda adalah teladan yang terbaik untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan kenegaraan, perniagaan, ekonomi, peperangan, hal ehwal rumahtangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu baginda uruskan dengan baik tanpa adanya pembaziran. Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat Islam menghindarkan diri dari pembaziran sama ada yang melibatkan wang, harta, masa, tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dibenci dan dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan Allah dengan menggunakannya secara wajar, berhemah, bersyukur, berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Menangani Masalah Pembaziran Menerusi Pengurusan Islam


Ditulis oleh Muhammad Hisyam Bin Mohamad. Posted in Artikel

Pengurusan Islam dilihat sebagai satu alternatif yang terbaik dalam pengurusan sesebuah organisasi. Konsep pengurusan Islam yang berteraskan tauhid menggambarkan betapa dinamiknya Islam dalam menangani isu-isu pengurusan yang gagal diselesaikan oleh sistem pengurusan yang sedia ada. Kenyataan ini bukan bermakna sistem pengurusan yang digunapakai sekarang tidak selaras dengan Islam. Cuma masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan serta keperluan kepada proses mengasimilasi nilai-nilai universal Islam ke dalam sistem pengurusan yang digunapakai dewasa ini. Jika ditinjau ke dalam sesebuah organisasi, masalah pembaziran merupakan isu yang sering diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Pembaziran yang di maksudkan di sini ialah pembaziran sumber atau pembaziran input kerja yang sudah tentu memberi kesan yang negatif terhadap produktiviti sesebuah organisasi. Pembaziran Kepakaran Kelayakan dan kepakaran seseorang itu dalam sesuatu bidang belum tentu dapat menjamin dia akan diambil bekerja di dalam bidang yang dipelajarinya semasa dia berada di universiti. Semasa sesi temuduga biasanya kemahiran berkomunikasi dan keupayaan meyakinkan pihak penemuduga memainkan peranan yang penting bagi memastikan calon tersebut berjaya atau tidak dalam sesi berkenaan. Dalam suasana pasaran kerja yang begitu sengit dewasa ini, objektif utama para graduan baru ialah untuk mendapatkan kerja (walau dalam apa bidang sekalipun). Adalah tidak pelik jika ada di antara kita yang mempunyai ijazah dalam bidang kimia tetapi di ambil bekerja dalam bidang pentadbiran awam, atau mempunyai ijazah sarjana dalam bidang teknologi maklumat tetapi bekerja dalam bidang pemasaran insurans. Mungkin keadaan yang mendesak telah menyebabkan mereka merimaa sebarang jawatan yang ditawarkan walaupun ia tidak berkaitan dengan apa yang dipelajari. Mereka mungkin bertahan untuk tempoh waktu yang singkat sahaja dengan sesebuah organisasi tersebut sebelum mencari pekerjaan baru yang bersesuaian dengan mereka. Jika ini berlaku, organisasi akan mengalami kerugian dari segi kos lantikan dan kos latihan. Seharusnya majikan perlu memastikan sumber manusia yang ada dalam organisasi terbabit di tempatkan mengikut kelayakan dan minat masing- masing. Ini bagi memastikan kualiti kerja yang terbaik dapat dihasilkan melalui kepakaran yang ada. Di dalam Al-Quran, Allah ada berfirman di dalam surah Yusuf ayat ke 55 : "Nabi Yusuf berkata : Jadikan saya penjaga perbendaharaan Sesungguhnya saya pandai menjaga lagi mengerti." Walaupun ada hadis nabi s.a.w yang melarang seseorang itu meminta sesuatu jawatan - seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : "Sesesungguhnya kami tidak akan melantik sesorang itu untuk sesuatu jawatan yang dimintanya". - ini tidak bermakna sesorang itu tidak boleh meminta jawatan yang bersesuaian dengan kelayakannya. Malah ia tidak menjadi satu kesalahan jika dia sanggup dan mampu

memikul amanah tersebut. Apa yang menjadi kesalahan di sini ialah kerana ia inginkan jawatan tersebut bagi tujuan bermegah-megah dan inginkan pangkat kemewahan dunia. Dalam kisah nabi Yusuf ini, kerana minat dan kepakaran yang baginda ada, baginda telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai menteri ekonomi Mesir dengan begitu efektif sekali sehinggakan kemakmuran negara Mesir mampu dikongsi dengan penduduk negara jiran pada ketika itu Pembaziran Idea Seringkali pekerja yang mempunyai idea untuk memajukan sesebuah organisasi itu gagal untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak atasan atau gagal untuk menyakinkan pihak atasan tentang pendapat mereka. Di dalam istilah pengurusan pengetahuan, ini dikenali sebagai pembaziran modal inteleks. Kegagalan ini sama ada disebabkan para pekerja takut untuk menyuarakan pendapat atau pun disebabkan kegagalan pihak pengurusan untuk menilai sesuatu idea yang diutarakan. Dalam hal ini, pekerja perlu berani kerana idea yang bernas itu tidak semestinya datang daripada pihak atasan sahaja dan pihak pengurusan perlu bersikap lebih terbuka dalam menilai pendapat yang disuarakan. Nabi s.a.w sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat di mana pendapat mereka diambil kira dalam menentukan sesuatu keputusan. Sebagai contoh, baginda s.a.w menerima saranan Salman Al-Farisi supaya dibuat parit di sekeliling kota Madinah sebagai penampan dan usaha menghalang kaum musyrikin Mekah daripada memasuki kota tersebut semasa Perang Khandak. Pembaziran Sumber Peralatan Pejabat Peralatan pejabat seperti telefon, faksimili, komputer, mesin fotostat dan sebagainya adalah hak milik organisasi dan ia perlu digunakan untuk tujuan pejabat sahaja. Kita sering menyalahgunakan kemudahan ini untuk tujuan peribadi. Sebagai individu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, kita perlu sedar bahawa setiap perbuatan kita sama ada yang elok atau yang sebaliknya akan diberi balasan oleh Allah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 : "Maka sesiapa yang berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, walaupun sebesar zarah, pun Dia akan melihatnya" Justeru itu, penggunaan perlatan pejabat untuk tujuan peribadi dianggap sebagai satu pembaziran dari segi nilai ekonomi kepada organisasi dan merupakan satu kesalahan di sisi Islam. Pihak pengurusan perlu memandang serius masalah ini, walaupun secara kasar, kesannya tidak begitu besar. Ia perlu dibendung daripada peringkat awal lagi sebelum menjadi lebih serius. Di samping itu, pihak pengurusan juga perlu menggalak para pekerja supaya mengamal konsep kitar semula seperti menggunakan kedua-dua belah muka surat untuk mencetak dokumen yang kurang penting, menggunakan kembali sampul-sampul surat yang telah dipakai untuk menghantar dokumen ke jabatan lain di dalam organisasi terbabit serta memastikan air dan elektrik digunakan tanpa pembaziran. Amalan kitar semula, di samping dapat mengurangkan kos operasi, ia juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Pembaziran Waktu Pembaziran waktu selalunya dikaitkan dengan kegagalan pekerja untuk menggunakan masa yang berkualiti untuk meningkatkan produktiviti. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan agensi-agensi kerajaan. Walaupun ada agensi-agensi swasta mengalami masalah yang serupa, tetapi masyarakat

biasanya menuding jari ke arah jentera perkhidmatan kerajaan kerana ia mengendalikan urusan orang ramai dari pelbagai peringkat. Masalah lewat datang ke pejabat, keluar minum di luar waktu rehat, keluar pejabat untuk mengurus hal peribadi dan seumpamanya adalah antara faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini. Semua pihak dalam organisasi perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab adalah amanah. Jika seseorang itu, baik pengurus atau pekerja bersikap amanah, sudah pasti segala kerja dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat dan produktiviti dapat ditingkatkan. Pelanggan pula tentu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kita perlu sedar bahawa kita mendapat gaji daripada kerja yang dilakukan. Daripada gaji yang diperolehi inilah kita gunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Gaji yang diperolehi melalui sumber yang tidak sepatutnya adalah haram dan setiap yang terhasil daripada sumber yang haram tiada tempat di sisi Islam. Sabda nabi s.a.w dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari : "Orang yang paling dirundung penyesalan pada hari akhirat ialah orang yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka". Masalah pembaziran waktu ini boleh dikaitkan juga dengan sikap sesetengah individu sendiri. Sikap ini perlu diubah dan dalam hal ini peranan majikan amat penting dalam membentuk nilai-nilai yang murni pekerja menerusi latihan dan kursus ke arah pemantapan sakhsiah seseorang pekerja itu. Kesimpulan Pengurusan secara Islam lebih menitikberatkan kepada penyemaian nilai-nilai universal Islam ke dalam jiwa individu itu sendiri. Baik individu ini seorang pengurus, penyelia mahupun pekerja biasa. Sifat amanah dan bertanggungjawab bukan sahaja perlu ada dalam jiwa ketua, malah pekerja juga. Apapun, pekerja perlu menghormati ketua dan ketua pula perlu mengambil berat tentang kabajikan pekerjanya barulah persekitaran kerja yang harmoni dapat diwujudkan di dalam sesebuah organisasi tersebut.

Sikap tamak punca pembaziran


JIKA sebut berbuka puasa di hotel, sudah pasti terbayang deretan makanan yang enak-enak sedia menanti untuk dimakan. Ditambah dengan selera selepas sehari berpuasa, semua yang dilihat nampak sedap membuatkan kita mengambil makanan lebih daripada yang sepatutnya. Ini menyebabkan pembaziran apabila makanan terpaksa dibuang kerana tiada siapa yang mahu makan lebihan makanan orang lain. Pembaziran itu bukan sahaja tidak baik dari sudut budaya tetapi bertentangan dengan semangat bulan Ramadan yang mengajak umat Islam untuk bersederhana dalam kehidupan termasuk ketika berbuka puasa. Menurut seorang chef di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Dani, pihak pengurusan hotel sememangnya tidak mahu melakukan sebarang pembaziran kerana ia melibatkan kos.

Jika boleh pihak dapur akan menggunakan bahan yang ada semaksimum yang mungkin untuk mengurangkan kos dan hanya akan membuang bahan yang sudah rosak serta tidak boleh digunakan lagi. Sebagai contoh, penggunaan buah tembikai untuk hiasan ukiran hanya akan menggunakan kulit buah dan isinya sedikit sahaja, kerana isinya itu akan dijadikan minuman. "Apa yang menjadi masalah kini adalah makanan lebihan ketika hidangan bufet diadakan. Sebagai contoh, seramai 200 orang akan menghadiri bufet itu dan pihak hotel akan memastikan hidangan untuk 200 orang disediakan. "Teknik yang diguna pakai oleh pihak hotel adalah keluarkan makanan mengikut peringkat agar tidak berlaku pembaziran makanan. "Makanan yang masih elok disimpan semula untuk diagihkan kepada kafetaria ataupun kantin kakitangan bagi dihidangkan kepada kakitangan yang bertugas,'' katanya. Melalui pengalamannya, Dani menambah, pembaziran sering berlaku membabitkan kanak-kanak yang suka mengambil makanan berlebihan. Namun ada juga dalam kalangan ahli keluarga yang mengambil makanan yang banyak, kononnya untuk merasa semua tetapi akhirnya tidak dijamah disebabkan sudah kenyang. "Cara makan makanan bufet agak sukar walaupun termanya agak mudah iaitu makan selagi kita termampu untuk makan. "Pilih makanan ikut aturan, bermula pembuka selera, hidangan utama, sampingan sehinggalah pencuci mulut. "Selain itu, ambil untuk diri kita sendiri, itulah cara betul untuk menikmati makanan bufet tanpa pembaziran," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130720/lk_06/Sikap-tamak-puncapembaziran#ixzz2cu115qnK Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai