Anda di halaman 1dari 2

BERTUNANG DARI SEGI SYARAK

Soalan 1:

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk


dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang
walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak
lelaki?

Jawapan 1:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat
berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata
setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki
tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan,


"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia
telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam
telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui.
Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu,
maka ia tidak haram.

Soalan 2:

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan


meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Jawapan 2:

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam.
Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum
Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju
dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Soalan 3:

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Jawapan 3:

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah


diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh
dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan
pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak
seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk
menjawab 'pinangan' tersebut.

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak.
Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran
dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam
pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu
kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan.
Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."

p/s: “Sudah je baca article ni awk komen la gpo2 pn pasal ni...malu ke,tak puas hati ke,takut
ke,menyesal ke....saya tak kisah dah....apa2 hal sekalipn saya tetap sayang awk selama2nya...”

Anda mungkin juga menyukai