Anda di halaman 1dari 22

BENGKEL SMART SOLAT PEMANTAPAN RUKUN SOLAT

MUQADDIMAH

Solat merupakan amalan pertama dihisab oleh Allah S.W.T. Sabda Nabi : Bermaksud: sesungguhnya amalan pertama seseorang .hamba yang dihisab pada hari Kiamat ialah solatnya )(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi .Sabda Nabi S.A.W
: , , , , , , , , .

SURUHAN MENYEMPURNAKAN SOLAT


: . Bermaksud: Siapa yang menunaikan solat pada waktunya dan menyempurnakan wudhuknya serta rukuk, sujud dan kyusyuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat ke langit dalam keadaan putih berseri, solat itu berkata semoga Allah memelihara engkau sepertimana kau memeliharaku, siapa yang menunaikan solat di luar waktu dan tidak menyempurnakan wudhuk, rukuk , sujud dan kyusyuknya, sembahyang itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam, dan berkata semoga Allah mensia-siakan engkau sebagaimana kau mensia-siakan aku, apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan Allah maka iapun dilipat sebagaiman dilipat baju yang koyak lalu dipukulkan sembahyang itu ke muka orang yang melakukannya.

RUKUN SOLAT
Rukun solat ada 13 iaitu: 1. Niat 2. Berdiri bagi yang mampu 3. Takbiratul Ihram 4. Membaca al-Fatihah 5. Rukuk 6. I`tidal 7. Sujud (2 kali setiap rakaat) 8. Duduk antara dua sujud 9. Duduk Tahiyat Akhir 10. Bacaan Tahiyyat Akhir 11. Selawat Dalam Tahiyat Akhir 12. Salam Ke Kanan 13. Tertib

PERBEZAAN SOLAT LELAKI DAN WANITA


Terdapat 6 perbezaan lelaki dan wanita di dalam solat iaitu: (a) Merapatkan kedua-dua siku ke bahagian rusuk ketika rukuk dan sujud. (b) Merapatkan perutnya ke pehanya ketika sujud. (c) Memperlahankan suara apabila bersolat bersama kaum lelaki. (d) Memukul tapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri untuk membuat teguran dalam sembahyang. (e) Semua tubuh wanita melainkan muka dan tapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. (f) Perempuan disunatkan iqamah.

RUKUN PERTAMA (NIAT)

Niat sembahyang wajib, tanpanya tidak sah sembahyang. Wajib nyatakan fardhu untuk bezakan dengan perbuatan sunat. Wajib tentukan jenis sembahyang seperti zohor dan sebagainya. Tidak diwajibkan menyebut jumlah rakaat, kerana Allah, mengadap kiblat dan seumpamanya. Niat berlaku dihati, disunatkan melafazkan niat sebelum takbiratul ihram untuk membantu kita berniat dan mengelakkan was-was.

RUKUN KEDUA (BERDIRI)

Berdiri dalam solat fardhu jika mampu walaupun dengan membayar upah. Wajib berdiri ketika bertakbiratul ihram. Ketika berdiri hendaklah meluruskan belakang. Jika ia mampu berdiri pada sebahagian rakaat sahaja, maka ia tetap wajib berdiri. Sembahyang sunat boleh dilakukan dalam keadaan berdiri, duduk baring dan sebagainya. Sabda nabi S.A.W. ,

RUKUN KETIGA (TAKBIRATUL IHRAM)

Dilakukan selepas tegak berdiri. Menggunakan bahasa Arab. Mengakhirkan perkataan Akbar. Hendaklah lafaz tersebut didengari oleh dirinya sendiri. Berlaku setelah masuk waktu sembahyang dan dalam keadaan dadanya menghadap kiblat. Disunatkan mengangkat kedua-dua belah tangan, keduadua tapak tangan hujung jari dicondongkan sedikit ke arah kiblat, serta dijarakkan sedikit antara jari-jarinya. Tangan diangkat menyamai bahu dan ibu jari setentang dengan cuping telinga. Wajib menyertakan niat ketika takbiratul ihram.

RUKUN KEEMPAT (MEMBACA FATIHAH)

Bacaan fatihah sekurang-kurangnya didengari oleh diri sendiri. Membaca dalam keadaan berdiri. Membaca dengan bacaan sederhana. Dimulakan dengan isti`azah. Disudahi dengan amin. Aa (dua harakah) miin (5 harakah jika dikehendaki)

RUKUN KELIMA (RUKUK)


Mengucap takbir untuk rukuk dan mengangkat tangan. Dipanjangkan sedikit takbir sehingga sempurna rukuk. Kedua tapak tangan diletakkan atas kedua lutut serta jarinya diluruskan ke bawah sambil dikembangkan. Lutut ditegakkan. Belakang diluruskan (diratakan) kepala hendaklah sama, tidak rendah dan tidak tinggi daripada belakang. Merapatkan kedua-dua siku ke kedua-dua rusuk. Tuma`ninah dalam keadaan tetap/ tenang. Sunat membaca:

bermaksud: Maha suci tuhanku Memandang ke tempat sujud.

maha agung

RUKUN KEENAM (I`TIDAL)


Bangun daripada rukuk untuk berdiri semula serta mengangkat tangan. Mengucapkan bermaksud: Allah telah mendengar orang yang memujinya. Tegak berdiri dan berhenti sejenak lalu mengucapkan; bermaksud: tuhanku segala pujian bagimu. Tuma`ninah

RUKUN KETUJUH (SUJUD)


Mengucapkan takbir untuk sujud. Menunduk ke bawah serta meletakkan kedua-dua lututnya di atas tanah, tapak tangannya kemudian dahi dan hidung. Dirapatkan kedua-dua sikunya ke kedua-dua rusuknya. Dirapatkan kedua-dua kakinya Dirapatkan perut dengan pahanya. Tangan yang diletakkan di atas permukaan tadi hendaklah setentang dengan bahunya, serta tidak direnggang antara jarijarinya, janganlah kedua-dua lengan sampai ke atas permukaan. Sunat ia membaca 3 kali bermaksud: maha suci tuhanku yang maha tinggi. Anggota sujud, dahi (termasuk hidung), kedua tangan, dua lutut dua hujung jari. Tuma`ninah.

RUKUN KELAPAN (DUDUK ANTARA DUA SUJUD)


Mengucapkan takbir untuk bangun (tidak mengangkat tangan) Mengangkat kepala terus duduk atas kaki kirinya. Tumit kanan didirikan. Kedua-dua tangan diletakkan di atas peha dan diluruskan. Tuma`ninah Mengucapkan:

Bermaksud: Ya Tuhanku, ampunanlah daku, berilah rahmat kepadaku, limpahkan rezeki kepada ku, kurniakan kesihatan kepadaku dan maafkan segala kesalahanku.

RUKUN KESEMBILAN (DUDUK TAHIYAT AKHIR)

Letakkan punggung di atas lantai. Kaki kanan dilintangkan dan disilangkan kaki kiri di bawahnya (Hanya bagi yang mampu.) Rasulullah tidak menggenggam telapak kirinya di atas lututnya di sebelah kiri, beliau menggenggam jari jemari telapak kanan semuanya dan jari telunjuk menunjuk arah kiblat serta membengkokkannya sedikit, dan pandangan diarahkan kepadanya. Jari dirapatkan, hujung jari di kepala lutut

RUKUN KESEPULUH (MEMBACA TAHIYYAT)

Bacaan Tahiyyat terbahagi kepada 2: (a) Bacaan tahiyyat pertama adalah rukun. (b) Selawat ke atas nabi Ibrahim dan keluarganya adalah sunat. Sebaiknya bacaan tahiyyat dan tasyahud yang diajar kepada kita tidak ditokok tambah sayyidina. Didengari diri sendiri Bacaan berturut-turut. Menggunakan bahasa Arab.

RUKUN KESEBELAS (SELAWAT KE ATAS NABI)


Dilakukan dalam keadaan duduk tahiyyat, selepas bacaan tahiyyat. Sekurang-kurangnya: Selawat yang sempurna ialah . ,

Bacaan didengari diri sendiri.

RUKUN KEDUA BELAS (SALAM)

Memberi salam ke kanan merupakan rukun solat. Salam ke kiri adalah sunat sahaja. Salam yang sempurna ialah

Salam dimulakan ketika masih mengadap kiblat, dan berakhir dengan selesai berpaling. Berpaling sehingga seolah-olah dapat melihat pipinya.

RUKUN KETIGA BELAS (TERTIB)

Merupakan rukun sembahyang, jika ditinggalkan dengan sengaja batal sembahyang, jika terlupa hendaklah diganti semula. Ringkasan tertib solat : berdiri - niat angkat tangan takbiratul ihram Letakkan tangan di atas dada baca doa iftitah baca ta`awuz baca alFatihah baca surah takbir dan rukuk baca zikir rukuk I`tidal dan bacaan I`tidal sambil angkat tangan letakkan tangan dan membaca rabbana walakal hamd takbir dan sujud baca zikir sujud takbir dan duduk antara dua sujud baca doa duduk takbir dan sujud kedua doa sujud takbir dan bangkit ke rakaat kedua ulang untuk rukun seterusnya

PENUTUP

Solat yang sempurna amat penting untuk menghalang pelakunya melakukan kemungkaran. Sabda Nabi S.A.W.: Bermaksud: sesiapa yang sembahyangnya tidak dapat mencegah dirinya daripada perbuatan buruk dan kemungkaran maka orang itu tidak ditambahkan oleh Allah daripada kebaikan melainkan ia semakin jauh daripada kebenaran. (Riwayat al-Tabrani) Sabda Nabi S.A.W.. Bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi cahaya, pertunjuk dan jaminan selamat pada hari kiamat, dan siapa yang tidak memelihara solatnya ia tidak akan mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan dia akan bersama-sama dengan Qarun, Firaun dan Hamman serta Ubay bin Khalaf.

Cara-cara untuk khusyuk dalam solat ialah :

Firman Allah


SEMOGA MENJADI HAMBA ALLAH YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

Anda mungkin juga menyukai