Anda di halaman 1dari 6

Suami tiba-tiba 'alim'

Gara-gara salah tafsiran,


dibuat semberono

maka

amalan

ibadat

BERSAMA NORAZMAN AMAT


16 April 2015 12:31 PM

ISLAM itu mudah dan indah tetapi mestilah dicari ilmu yang benar dan
bermanfaat. - Gambar hiasan

DILUAH
mati
emak,
ditelan
mati
bapa.
Perumpamaan
yang
sering
berlaku
apabila
timbulnya delima untuk sesuatu perkara. Apatah
lagi dalam kisah minggu ini, persoalan yang
dihadapi oleh si isteri amat berat iaitu apabila ia
melibatkan soal hukum-hakam agama. Sebagai

isteri, dia bertanggungjawab menegur suami


apabila yang dilihat dan didengar itu ada yang
tidak kena dengan kebenarannya.
Ditambah pula dengan peranan seorang isteri antaranya
memastikan tindakan suami mengikut peraturan lebihlebih lagi dalam soal agama. Bukanlah bermakna teguran
isteri itu menunjukkan isteri lebih tahu daripada suami
dalam semua perkara. Tetapi tanggungjawab menegur
kesilapan itu terletak di bahu setiap umat Islam
termasuklah dalam hubungan suami isteri.
Sayidina Ali ra pernah berkata: Susah sekali melakukan
kebaikan pada empat keadaan:
1. Memberi maaf ketika marah.
2. Bersedekah ketika kesempitan.
3. Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.
4. Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang
yang selalu menolong.
Sementara itu, Nabi Muhammad SAW juga pernah
bersabda yang bermaksud: Katakan yang benar
walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang
yang mencerca. (riwayat al-Baihaqi)
Pesanan Nabi SAW serta kata-kata Sayidina Ali ini
menggambarkan betapa pentingnya menegur untuk
perkara yang hak walaupun pahit untuk diterima oleh
orang yang mendengar. Apa yang ditegur mungkin
berbeza dengan pendapat dan pandangan kita, namun
jika ia sememangnya perkara yang perlu diperbetulkan,
sudah pasti penerimaan dengan hati yang terbuka adalah
amat perlu sekali.

Perlu dimaklumi, tidak salah untuk berbeza pandangan


atau pendapat, bahkan Islam juga menggalakkannya.
Namun apabila ia berkait soal akidah dan ibadah, tiada
kompromi terhadapnya. Yang hak tetap hak dan yang
batil tetap batil.
Tidak dinafikan, kerana sikap dan perangai manusia itu
berbeza-beza, maka ada yang kurang senang andai
ditegur. Bahkan melihat setiap teguran yang dilontarkan
kepadanya sebagai mencabar egonya. Justeru dalam
rumah tangga, sikap ego yang tidak berasas perlu
dielakkan.
Sebaliknya sentiasalah mendidik diri agar bersikap
terbuka dan tidak melenting kerana ia akan memudahkan
sesuatu perkara untuk difahami. Apabila adanya sikap
mudah berbincang, tenang dalam mendengar pandangan
dan pendapat orang lain, sesuatu perkara itu akan
menjadi lebih baik.
Sebagai contoh apabila seorang isteri menyatakan
pandangannya
tentang
sesuatu
perkara,
sikap
mendengar dan tidak menolak mentah-mentah setiap
yang dikatakan oleh si isteri, menunjukkan sikap suami
yang baik. Demikian juga isteri apabila wujudnya teguran
daripada suami terimalah dengan hati yang lapang dan
fikiran yang tenang.
Namun awas! apabila persepsi dan tanggapan yang
dibuat berdasarkan pemikiran dan perasaan satu pihak
sahaja ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati malah
mengeruhkan keadaan.
Dalam hal ini, suami isteri harus menjadikan setiap
perkara itu mudah untuk difahami dan diterjemahkan

dengan akal serta fikiran yang tidak menyusahkan manamana pihak.


Kedua-dua belah pihak harus memahami apabila
datangnya teguran daripada pasangan, itu tandanya dia
prihatin dan ambil berat perihal pasangannya. Pasangan
seharusnya berterima kasih kerana keadaan ini boleh
menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
Namun ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Ramai
yang lebih suka mengambil pendekatan negatif
berbanding positif. Justeru, terbukalah segala ruang
kelemahan yang ada pada setiap diri pasangan. Sekali
gus ia bukan sahaja tidak dapat membetulkan kesilapan
yang dilakukan sebaliknya perkara yang lebih buruk
daripada itu juga turut terjadi!
Dalam hal ini, akal yang waras serta pertimbangan
perasaan yang seimbang menjadi syarat penting untuk
mengawal diri agar tidak berlaku keadaan yang boleh
merosakkan. Oleh yang demikian, suami dan isteri
bukanlah bersaing untuk menegakkan pendapat masingmasing tetapi berganding bersama mencari persetujuan
dan titik persamaan untuk mencapai satu keputusan
yang akhirnya memberi kebaikan kepada kedua pihak.
RUNSING hati Milah dibuatnya. Suaminya tiba-tiba
berubah secara mendadak. Dulu taklah begitu, tapi
sekarang lagaknya lebih alim daripada tok imam masjid.
Silap sedikit diherdiknya Milah bagai orang bodoh.
Seolah-olah Milah tak tahu langsung soal agama. Sejahiljahil Milah, bab-bab ibadah, tidak pernah diabaikan.
Berbeza dengan Mail, solat pun selalu tuang. Bila
ditegur suruh melakukannya, Milah pula dimarahinya.
Mail pernah berkata kepada Milah: Kalau aku mati pun,

aku yang kena seksa. Bukannya engkau. Suka hati


akulah, nak buat ke tidak.
Kalau kau rasa kau dah alim sangat, kau buatlah. Aku
tak larang tapi jangan sesekali tegur aku lagi, ugut Mail
pada Milah.
Tapi hati isteri mana yang akan tenang apabila melihat
sikap suaminya yang tidak pernah berubah walhal umur
semakin
menginjak.
Daripada
awal
perkahwinan
sehinggalah usia mencecah 50 tahun, Mail tetap begitu.
Buat bila dia mahu, tak buat kalau tak mahu.
Bukan bab
Termasuklah
bayar zakat
berkata, Itu

solat sahaja, bahkan puasa pun begitu.


juga soal bayar zakat. Apabila ditanya sudah
ke belum, dengan marah-marah dia akan
kerja aku. Kau tak payah sibuk-sibuk!

Bagaimanapun, kerana sayangkan Mail, Milah berterusan


menegur suaminya. Biarlah kena marah, diherdik dan
ditengking, Milah akan tetap melakukannya. Siang malam
Milah berdoa, agar suaminya berubah. Milah turut
berdoa, agar dilapangkan dada Mail untuk menerima
hidayah Allah SWT.
Kini, apa yang Milah mahu, termakbul. Sejak ada imam
baharu di kampung tersebut, Mail sudah mula berubah
sedikit demi sedikit. Tapi perubahan Mail menggusarkan
Milah. Lain benar amalannya, getus hati kecil Milah.
Milah pernah mengintai Mail ketika dia melakukan solat.
Tak serupa macam mana biasa orang melakukannya. Bila
ditanya, mudah sahaja jawab Mail: Islam itu mudah.
Islam tak bebankan umat-umat-Nya. Jadi kita lakukan
mengikut kemampuan kita. Kalau kita mampu untuk buat
satu rakaat, maka satu rakaat sahajalah. Janganlah

dipaksa-paksa kerana Islam itu tidak pernah memaksa


umat-umatnya.
Terkejut Milah mendengar jawapan yang diberikan oleh
suaminya. Apa dah gila ke orang tua ni, sekali lagi hati
Milah berkata-kata.
Kepada tok imam Milah mengadu. Perangai pelik
suaminya
memahami
ajaran
Islam
benar-benar
membuatkan hati dan fikiran Milah runsing. Apabila
ditegur, Mail marah-marah. Katanya pula, Milah apa tahu.
Selama ini tunggang-tonggek mengerjakan solat, solat
yang dilakukan tidak sah! Banyak lagi amalan Milah yang
dianggap tidak betul di mata Mail. Dalam banyak perkara,
Milah juga disalahkannya.
Bahkan Mail pernah mengugutnya, sekali lagi Milah
menegurnya, dia akan diceraikannya. Tidak keruan Milah
dibuatnya. Dah buang tabiat ke suami aku ni, soal Milah
dalam diam.

Anda mungkin juga menyukai