Anda di halaman 1dari 7

Rimas cemburu suami

Gara-gara suka bersangka buruk yang bakal


mengundang bencana
BERSAMA NORAZMAN AMAT | 06 Mei 2015 1:41 PM

Mempunyai pasangan hidup yang tidak memenuhi


kehendak diri adalah ujian yang besar dalam kehidupan
berumah tangga. - Gambar hiasan
ASTAGHFIRULLAH...! Apa abang ni? Cakap macam orang
tak ada iman. Sudah-sudahlah nak syak saya yang
bukan-bukan. Saya bukan jenis perempuan macam
tulah!, kata Zara kepada Zahid. Zara sama sekali tidak
menyangka, perasaan syak-wasangka Zahid terhadapnya
sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Ada sahaja
yang tidak kena di mata Zahid.
Pantang ada lebam sikit di badan Zara, bermacammacam-macam soalan akan ditanya kepada Zara. Ibarat
inspektor polis yang sedang menjalankan soal siasat
suspek yang disyaki, begitulah Zahid memperlakukan ke
atas dirinya.
Zara sebenarnya rimas dengan perlakuan Zahid. Masakan
sudah lima tahun berkahwin, Zahid masih ada rasa syak
kepada dirinya. Sebenarnya lebam di kaki Zara adalah
akibat dia terjatuh ketika menaiki tangga di pejabatnya.
Bagi Zara, perkara itu perkara kecil sahaja dan tidak perlu
diberitahu kepada Zahid. Tapi lain pula jadinya apabila
Zahid melihat kesan lebam tersebut. Mulalah Zahid
mengesyakinya mempunyai hubungan sulit dengan

orang lain. Katanya, Zara cuba bermain kayu tiga


dengannya.
Begitu juga kesan merah yang ada di badannya. Bukan
Zahid tak tahu, Zara sememangnya alah dengan gigitan
serangga. Pantang digigit semut mahupun nyamuk
sekalipun, kesan gigitan serangga tersebut akan kekal
lama di badannya.
Jangan sesekali tipu abang. Abang masih suami Zara.
Kalau betul Zara dah tak suka dengan abang, cakap
betul-betul. Jangan sakitkan hati abang dengan perlakuan
curang Zara!, amaran Zahid kepada Zara.
Zara tercengang-cengang tatkala Zahid memarahinya.
Puas Zara memberikan penerangan akibat daripada
kesan lebam di badannya, namun Zahid enggan percaya
kata-katanya. Pernah sekali Zahid menghantar seseorang
mengekori Zara, kalau-kalau Zara ada lelaki lain, di luar
pengetahuannya.
Bukannya Zara tidak tahu. Tapi Zara buat tidak tahu. Dia
sudah mula bosan dengan sikap suaminya yang terlalu
menyimpan perasaan syak yang keterlaluan terhadap
isteri sendiri. Kadang-kadang Zara terfikir adakah
suaminya diserang sindrom sakit mental.
Cuak juga Zara dibuatnya. Bimbang, andai perlakuan
suaminya dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja
menyusahkan tugas-tugas harian Zara, bahkan akan
membuatkan dirinya tertekan. Mana tahan kalau suami
sering kali bertanyakan hal yang bukan-bukan. Jahat
sangat ke aku?, Zara kadang-kadang berfikir sendirian.

Pernah Zara berbincang dengan Zahid agar Zahid


berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mengesahkan dia
seorang yang normal atau sebaliknya. Tapi Zahid
menolaknya. Katanya, dia masih waras dan bukannya
gila!
Pening kepala Zara dibuatnya. Hari-hari Zara terpaksa
menghadap benda yang sama untuk menjawab soalan
yang remeh-temeh daripada suaminya. Sudahlah penat
bekerja seharian, sampai di rumah pula, terpaksa
dibebani dengan pelbagai soalan.
Pernah seketika, dek kerana terlalu marah dan bosan
dengan sikap Zahid, Zara membungkus pakaiannya dan
tidur di hotel. Satu nota ditinggalkan di atas meja.
Jangan cari saya. Saya nak cari ketenangan!, tulis Zara
ringkas.
Ternyata perbuatan Zara itu menyebabkan Zahid tidak
keruan. Pelbagai mesej Zahid hantar kepada Zara
termasuklah
memohon
maaf
kepadanya.
Hati
perempuan, selalunya cair dek pujukan. Zara pulang juga
ke rumah. Tapi hanya tahan seminggu sahaja. Zahid
mengulangi sikapnya yang sentiasa syak kepada isteri.
Entahlah, bingung juga Zara dibuatnya.
Pandangan kaunselor
KERUKUNAN rumah tangga terletak kepada keharmonian
hubungan suami isteri. Sistem komunikasi yang berkesan
menjadi faktor utama sebuah rumah tangga menjadi
aman dan sejahtera. Selain itu, personaliti yang stabil
menyumbang kepada kebahagiaan suami dan isteri.

Personaliti yang seimbang seperti rasional dalam


membuat sebarang keputusan serta tidak mudah merasa
tertekan adalah personaliti yang membantu seseorang
untuk menguruskan kehidupan seharian dengan lebih
tenang dan menggembirakan.
Kecenderungan berlaku kecelaruan personaliti pada
seseorang adalah disebabkan oleh banyak perkara
seperti latar belakang sejarah diri seseorang. Sebagai
contoh seseorang yang mengalami gangguan mental
mungkin berpunca daripada keturunan atau pewarisan
kedua ibu bapanya.
Jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai
rantaian hubungan kekeluargaan yang mempunyai
sejarah pesakit mental berkemungkinan seseorang akan
mendapat perkara yang sama apabila mereka dewasa.
Namun faktor keturunan bukanlah menjadi faktor wajib
seseorang akan menjadi pewaris penyakit mental yang
dihadapi oleh generasi sebelumnya.
Masalah kecelaruan personaliti ini adalah berasaskan
masalah dalam membuat penyesuaian diri ke atas
persekitaran hidup yang dilalui. Terdapat dua faktor yang
menyebabkan seseorang dapat membuat penyesuaian
dengan kehidupannya.
Pertama ialah rangsangan yang diterima daripada
persekitaran sosial yang berlaku sepanjang hayatnya
terutama pada waktu awal kanak-kanak dan remaja.
Kedua ialah sumber yang diperoleh dan dipelajari untuk
melakukan perubahan dalam dirinya yang merupakan

asas untuk berfikir, merasa dan melakukan sesuatu.


Kegagalan seseorang menguruskan persekitaran tersebut
akan mengakibatkan sesuatu yang berisiko bukan sahaja
dirinya, bahkan orang lain yang mempunyai kaitan
dengannya.
Dalam kehidupan seseorang, ia perlu belajar membuat
penyesuaian dengan keluarganya, proses pendidikan,
pekerjaan, komuniti dan masyarakat tempat tinggalnya.
Sebagai manusia juga kita akan berhubung dengan
pelbagai jenis persekitaran sama ada fizikal, mental,
sosial dan juga emosi. Oleh itu manusia akan menerima
beberapa jenis gerak balas yang pelbagai, sekali gus
memberi kesan kepada personaliti seseorang.
Seseorang yang dapat membuat penyesuaian diri dengan
persekitaran akan menempuh kehidupan dengan lebih
sihat melalui tingkah laku yang dapat diterima oleh orang
lain, sekali gus memberi kepuasan dan kesihatan mental
kepada dirinya. Sebaliknya jika seseorang gagal
menyesuaikan
diri
dengan
persekitarannya
akan
menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan
sesuatu yang dapat diterima oleh orang lain.
Kegagalan ini mungkin disebabkan berlakunya keadaan
tidak seimbang pada trait personaliti dirinya. Hasilnya ia
akan menjadi mangsa kepada emosinya yang tidak stabil,
sekali gus menimbulkan masalah yang lain kepada
dirinya dan orang lain.
Daripada perspektif Islam personaliti diertikan sebagai
sahsiah atau akhlak yang terbahagi kepada dua iaitu
akhlak yang terpuji dan akhlak yang keji. Antara akhlak

yang terpuji seperti sabar, syukur, reda, bersederhana


dalam semua perkara dan menerima takdir yang
ditentukan oleh Allah SWT.
Sebagai contoh sifat sabar dalam mengawal dirinya
ketika menghadapi sesuatu perasaan amarahnya. Maka
dia dilihat sebagai seorang yang kuat dan baik akhlaknya.
Demikian juga dengan sifat yang tercela seperti berburuk
sangka
akan
mengakibatkan
persengketaan
dan
perpecahan yang membinasakan perhubungan.
Seseorang
Muslim
yang
berakhlak
akan
dapat
membezakan antara sesuatu yang baik ataupun buruk
melalui pendidikan dan latihan yang diperoleh daripada
persekitaran hidupnya seperti melalui ibu bapa, rakan
sebaya, guru-guru yang mengajar serta masyarakat yang
hidup bersamanya. Dengan sumber yang diperoleh ini
manusia akan belajar banyak perkara untuk dijadikan
panduan kehidupan. Sebagai contoh Rasulullah SAW yang
menjadi utusan Allah menjalani kehidupan dengan akhlak
yang terpuji bukan sahaja untuk dirinya tetapi sebagai
manifestasi rasa syukur terhadap Allah. Dan inilah yang
dituntut supaya manusia berakhlak kepada ibu bapa,
keluarga, suami isteri dan anak-anak sehinggalah jiran
tetangga.
Islam sebagai agama yang universal menjadikan adab
dan akhlak yang terpuji sebagai sesuatu yang mulia
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan
sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang
mulia. (al-Qalam: 4)
Justeru, seorang Muslim yang baik akan sentiasa
berusaha untuk menunjukkan tingkah laku yang baik

kepada orang lain sebagai penzahiran ilmu yang


diperoleh dalam al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
Bahkan melalui akhlak yang mulia manusia akan hidup
dengan rukun damai dan harmoni tanpa merasa curiga
dan syak wasangka. Manusia akan menjadi tenang dan
berlapang dada kerana menyakini setiap apa yang
berlaku adalah mengikut ketentuan Allah SWT.
See
more
at:
http://www.utusan.com.my/gayahidup/keluarga/rimas-8232-cemburu-suami1.88487#sthash.l58t3cXL.dpuf

Anda mungkin juga menyukai