Anda di halaman 1dari 10

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK

PERASAN.
Kompleks Pendidikan Islam Bangi ( KPi Bangi )
October 18, 2013

Menghadiri conference dalam dan luar negara bukan


perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan
ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan
niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang
researcher atau ahli akademik di universiti atau research
centre. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong,
musafir adalah perkara ghalib.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah


besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah
yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah
bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak
pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut
sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan
dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara
sunat bukanlah aula jika yang wajib masih terumbangambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan
kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.

Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi


menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya
melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih
banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini

seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman


yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke
tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang
remeh.

Lihat situasi berikut:


Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap
bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama
berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat
melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi bermukim
(sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama
sekali tidak valid apabila anda telah sampai ke destinasi.
Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3
hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya
valid sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km
dan tidak valid sebaik tiba di destinasi yang anda ingin
duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak
qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang
benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu
tempat.

Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan


solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak
ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebabsebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila
kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat
jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan
Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana
belum mampu memberi kefahaman tentang masalah
feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu

mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan


dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang


perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer,
maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap


burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh
terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari
itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu


tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat
jika kamu takut diserang oleh orang kafir [an-Nisa :
101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasai dan Abu


Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat
mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan
aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km


2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk
hari berangkat dan pulang)
3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim
atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?


2) Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara
langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan
atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat
jamak
maksudnya
menghimpunkan
solat
tanpa
mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:


Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata:
Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang
tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan
hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan

pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki,


juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari
golongan Syafii, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah
ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir.
[al-Majmu, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada


menjelaskan
keharusan
jamak
kepada
beberapa
golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan,
pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana
alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk
menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua
marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam
kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi
tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat
jamak takhir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat
jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan,
musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat


Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat
Isya dalam waktu Maghrib.

Syarat jamak Taqdim :

1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan


solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib
daripada solat Isya'.
2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama
sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul
ihram.
3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama
(Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat
yang kedua (Asar atau Isya).
2. Jamak Takhir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan
solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat
Isya dalam waktu Isya.
Syarat jamak Takhir :
1) Hendaklah berniat jamak takhir dalam waktu pertama
iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak takhir
yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan
sedari awal waktu solat yang pertama.
Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

Sangat berbeza kerana,


1. Jamak qasar bermaksud
memendekkan,
manakala
menghimpunkan sahaja.

menghimpunkan dan
jamak
bermaksud

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang


sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak
melebihi 3 hari penuh.
3. Jamak pula dibenarkan pada
mengikut keperluan yang syarie.

pelbagai

keadaan

Lihat situasi berikut :


Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak
sebelum
memulakan
perjalanan.
Jumhur
ulama
berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak
sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat
dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di
Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula
musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada
Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan
begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan
yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa
dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith
Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK,


bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh


dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan
keluar daripada mukim.

Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat


adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung
(balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh alManhaji 1/187].

Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke


rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang
menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat
dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat
'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan
terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak takhir
di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK,
bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak valid
apabila anda telah sampai di rumah.

Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di


tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari),
maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza
mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan
kita berhadapan dengan pelbagai masalah.

Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan


tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah
keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran
kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita
menjadi hamba yang sentiasa taat.

Syeikh Mohammad
menyatakan hal ini :

Salih

al-Munajjid

juga

pernah

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak


musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu
sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya.
Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding
dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar)
solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan
tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan
musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi
kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya
atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak


pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan.
Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap
thabat di atas jalan-jalan orang yang abid.
"(Dengan
ketetapan
yang
demikian
itu)
Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
menghendaki
kamu
menanggung
kesukaran"[alBaqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu


keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [alHaj : 78]
__________________________________________________________
_______________________

Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan


pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana
fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam
adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam
Malik r.a, mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap
muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang
datang dari Muhammad s.a.w. Jadi, sekiranya terdapat
pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka
lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan
bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat
serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah
mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa
Muasarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal
1433

Anda mungkin juga menyukai