Anda di halaman 1dari 5

Keberkesanan didikan di rumah

Didikan ibu tiga kali lebih berkesan berbanding


bapa
DR. AMINUDIN MANSOR | 12 Mei 2015 2:15 PM

Anak-anak harus dididik dengan akhlak dan juga sentiasa


mempraktikkan moral yang tinggi dan terpuji. - GAMBAR
HIASAN
DALAM kehidupan berumah tangga, ibu bapa
berperanan mendidik anak-anak, bagi menjadikan
anak-anak tidak liar, berbudi pekerti dan juga tidak
terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Perlu
ditegaskan didikan dan doa ibu lebih mustajab dan
berkesan ke arah kebaikan dalam pendidikan
akhlak anak.

Sementara itu, anak-anak seharusnya melayan ibu


dengan baik. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: Seorang sahabat bertanya, Ya
Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh
pelayanan dan persahabatanku? Nabi SAW menjawab:
Ibumu ibumuibumu, kemudian ayahmu dan
kemudian yang lebih dekat kepadamu. (riwayat
Mutafaalaih)
Oleh sebab itu, pendidikan anak daripada ibu sangat
penting dalam pembentukan akal budi, keimanan dan
ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan aspek yang sangat
penting dalam diri seseorang Muslim. Kita tidak mahu
anak-anak yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran
tetapi tidak mempunyai akhlak yang baik dan terjebak
dalam pelbagai gejala sosial.
Meskipun sambutan hari ibu baru berlalu, perlu
ditegaskan selalu bahawa anak-anak seharusnya
mengetahui dan memahami peranan ibu dalam
pendidikan anak-anak di rumah. Ibu lebih dekat dengan
anak-anak dan selalu memberi nasihat kepada anak-anak
berbanding bapa.
Kes anak-anak remaja, khususnya remaja perempuan
sanggup meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih
menjadi fenomena terbaharu yang seharusnya ditangani
oleh ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat. Bagi
mengelakkan perkara ini berlaku ibu bapa mestilah
prihatin dengan tindak tanduk anak-anak.
Justeru, kerjasama erat ibu bapa seharusnya dapat
bertindak lebih pantas apabila melihat gelagat dan gaya
anak-anak yang mencurigakan. Tanya kegiatan anakanak, ke mana mereka pergi bersama kawan-kawan.

Biarlah kita sentiasa cemburu dan bimbang dengan


langkah anak-anak apabila mereka meninggalkan rumah.
Hal ini telah ditegaskan oleh Nabi SAW sejak dahulu lagi
akan peranan ibu bapa iaitu: Tiap anak yang dilahirkan
dalam keadaan suci (fitrah Islami). Ayah dan ibunyalah
kelak akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi
(penyembah api dan berhala). (riwayat Bukhari)
Hadis ini jelas bahawa tanggungjawab mendidik anakanak adalah terletak di bahu ibu bapa. Tegasnya, amanah
mendidik, menjadikan anak-anak soleh adalah tugas dan
amanah yang perlu dipikul oleh semua ibu bapa yang
mempunyai anak.
Lantaran itu, anak semasa kecil lebih senang dijaga dan
mendidiknya. Apabila sudah remaja dan sudah besar
semakin payah. Mereka lebih senang berkawan dengan
rakan sebaya dan rakan sekolahnya. Jika anak dibiarkan
terlalu bebas apa-apa yang buruk pasti terjadi di luar
rumah.
Kajian pakar psikologi Islam mendapati pengaruh rakan
sebaya, persekitaran dan juga pengaruh teknologi baharu
adalah pengaruh yang kuat mempengaruhi emosi, gaya
hidup, perlakuan anak-anak. Pengaruh ibu bapa semakin
kurang, disebabkan ibu bapa semakin jauh dengan anakanak.
Komunikasi yang kerap, perhubungan erat dan rapat
antara ibu bapa dengan anak-anak dapat mengelakkan
mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti
terbabit dengan kumpulan samseng. Maka, sebagai ibu
bapa selalulah berkomunikasi dengan anak-anak
mengenai masalah sosial dan emosi mereka bagi
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Cintai anak
Anak-anak
sebenarnya
masih
mentah
dengan
persekitaran dan permasalahan hidup serta tipu daya
dunia yang serba canggih, pelbagai jenayah yang berlaku
di luar rumah. Ibu bapa yang sudah berpengalaman serta
sudah lama hidup seharusnya sentiasa menasihati,
memberi bimbingan kepada anak-anak agar tidak
terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang boleh
merosakkan masa depan mereka.
Lantaran itu, Nabi SAW bersabda yang bermaksud yang
bermaksud: Cintailah anak-anak dan sayangilah mereka.
Apabila menjanjikan sesuatu kepada mereka tepatilah.
Sesungguhnya yang mereka ketahui hanya kamulah yang
memberi mereka rezeki. (riwayat Ath Thahawi)
Justeru, menjadi ibu bapa yang pintar, cekap dan sentiasa
mengambil tahu hal anak-anak adalah amat payah jika
tidak dilakukan dengan rasa tanggungjawab dan amanah
yang diberikan oleh Allah. Kebebasan hidup tidak harus
diberikan 100 peratus kepada anak-anak dalam memilih
jalannya sendiri. Anak-anak harus dididik dengan akhlak
dan juga sentiasa mempraktikkan moral yang tinggi dan
terpuji.
Sebagai ibu, persiapan fizikal dan mental ke arah
mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja
sangat penting. Pengukuhan kerohanian akan dapat
membantu mereka menyedari potensi diri dan bakat
semula jadi.
Beragama
Ibu berperanan lebih dalam mendidik akhlak dan hati
mulia anak-anak, bermoral tinggi adalah antara faktor
yang dapat meneruskan kesinambungan tamadun

manusia. Secara amnya, orang yang berakhlak mulia


dikira sebagai orang yang gemilang dan cemerlang.
Seharusnya
difahami
dan
ditegaskan
bahawa
kebiasaannya orang yang berjaya ialah orang yang
cemerlang akhlaknya. Orang yang beragama seharusnya
mempunyai iltizam yang tinggi. Orang yang beragama
seharusnya mempunyai akhlak yang baik juga.
Justeru, pendidikan akal sahaja tidak dapat menentukan
apa yang benar dan apa yang tidak. Agama diperlukan
untuk memandu manusia kepada kebenaran dan
menyisihkan kebatilan. Kombinasi akal, agama dan
pancaindera dapat menghalang manusia daripada
melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kemurkaan
Tuhan.
Di samping itu, pihak sekolah juga harus memantau
kegiatan para pelajar agar tidak terbabit dengan gejala
samseng di luar sekolah. Langkah ini perlu dilakukan
melalui kerjasama pihak disiplin sekolah dan juga
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang harus
melakukan perkara ini agar tidak berlaku dalam kalangan
pelajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai