Anda di halaman 1dari 4

Larangan Melabuhkan Pakaian

Dari Abdullah Bin Umar r.a berkata Aku pernah melintasi


(di hadapan) Rasulullah s.a.w. dengan mengenakan
(memakai) pakaian labuh... maka Baginda s.a.w.
bersabda, Wahai Abdullah ! Naikkan/tinggikan kainmu.
maka aku menaikkannya.. Baginda bersabda lagi,
Tambahkan (naikkan) lagi. maka aku tambah
lagi..kemudian aku teruskan tidak meninggalkan cara
berpakaian seperti itu selepas itu..beberapa kaum yang
bersama bertanya..sampai paras mana? Baginda s.a.w.
bersabda lagi,PERTENGAHAN BETIS..(Hadith Riwayat
Muslim).
Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain
yang lebih bawah dari itu(Hadith Sahih Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan hadith dari Alak b Abdilrahman hadith dari


bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abi Said alKhudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said
memberitahu: Atas orang yang pandai telah jatuh
engkau! (yakni, maksudnya, Tepat pertanyaan engkau).
Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) kepadanya:
Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha
fima bainahu wa-bainal kabaini. Ma kana asfla minalkabaini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam
yanzurillahu ilahi.
Yang bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam
(lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak
berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara
betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apaapa pakaiannya yang melebihi dari paras kedua matakaki
(atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Sesiapa
melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan
dengan sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau
buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak
melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak). [Hadith
Abu
Daud,
Kitab
Pakaian].
Rasulullah s.a.w. bersabda Jauhilah isbal (pakaian yang
labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam
perkara kesombongan (Hadis Sahih Riwayat Abu
Dawud).
Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai
pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah
perbuatan orang yang sombong kepada Allah s.w.t.

(walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia).


Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah
orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa
kepada
azab
neraka.
Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu
kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
Neraka
Jahanam
dalam
keadaan
hina.
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain
(bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada
dalam
api
(neraka).
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda,
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang
lelaki
yang
melabuhkan
kain
(bawahan)nya.
Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki
bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w.
menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu
pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang
lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah
sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula).
Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam
keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan
sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah
seseorang
lelaki
yang
kainnya
labuh.

Orang yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku


lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula
dalam keadaan yang diharamkan Allah (Hadis Sahih
Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut
tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan
yang
Allah
haramkan.
Kebanyakan
ulama
berpendapat
lelaki
yang
bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali
tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari
India berpendapat bahawa tidak diterima solah itu
bermaksud tidak diterima untuk diberi pahala penuh.
Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima
Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi
buku lali.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~

Anda mungkin juga menyukai