Anda di halaman 1dari 2

SKRIP EMCEE

DIJEMPUT SEMUA IBU BAPA DAN KANAK-KANAK UNTUK BERKUMPUL DI HADAPAN


PENTAS UNTUK SESI SENAMRONIK BERSAMA MR MOO TAJAAN FARM FRESH.

Bismillahirahmanirahim ,

Robbisrohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii..

Yang berusaha ENCIK MOHD ASRI BIN SULAIMAN , PEGAWAI KEMAS DAERAH
KEMAMAN ,

Yang berusaha PUAN AISHAH BINTI HAJI ABU , PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Yang berusaha CIK NADIA BINTI RAMLI , PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

Serta yang dihormati PM,PPM,PPMS,MU Dun Air Putih,Ibu bapa dan kanak-kanak yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh

Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

Alhamdulilah ke hadrat ilahi, dapat kita berhimpun bagi menjayakan PROGRAM COMBAT

KEMERDEKAAN DUN AIR PUTIH KEMAS DAERAH KEMAMAN TAHUN 2023

Kalau pergi ke Segamat,

Yang manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Sebelum kita memulakan program, bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah kita sama sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh adik Muhammad Harith bin Muhamad Hafiz dari
TABIKA 2 RUMAH MURAH BINJAI . Dengan segala hormatnya, dipersilakan .

Amin Amin ya rabbal amin, terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan 6 buah lagu iaitu Negaraku, negeri. KEMAS,
Malaysia Madani, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh adik Mohd Afkar Izdiyan bin Mohd
Zulkipli dari Tabika Kancil. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Afkar di atas bacaan ikrar yang penuh bersemangat.

Sambut merdeka sekali setahun,

Keringat tercurah pejuang berjasa,

Malasysiaku merdeka sudah 66 tahun,

Itulah sejarah perjuangan bangsa.

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis menjemput En Mohd Asri bin Sulaiman Pegawai Kemas Daerah
Kemaman untuk membaca amanat Ketua Pengarah KEMAS dan seterusnya merasmikan PROGAM
CMOBAT KEMERDEKAAN DUN AIR PUTIH KEMAS DAERAH KEMAMAN TAHUN 2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai