Anda di halaman 1dari 9

PERTANDINGAN MENCIPTA BAHAN BANTU MENGAJAR

PRASEKOLAH TAHUN 2019

“SQUISHY WRITING BOARD”

AZNEE BINTI ADNAN

PEJABAT PENDIDIKAN
WILAYAH SENTUL
KUALA LUMPUR

2019
BAB 1

1.1 Pendahuluan

Dunia kanak-kanak merupakan tempoh masa yang sangat bermakna, bukan

sahaja kepada aspek tumbesaran fizikal malah ianya merangkumi keseluruhan

perkembangan kognitif, sosioemosi dan linguistik. Sungguhpun demikian, kesemua

perkembangan ini memerlukan rangsangan yang boleh membantu meningkatkan

potensi diri kanak-kanak ke tahap yang maksimum dan seterusnya boleh dijadikan

instrument untuk melihat tahap perkembangan serta mengesan keperluan intervensi

bagi kanak-kanak tersebut. Bahan rangsangan ini amat penting dalam membantu

kanak-kanak memahami konsep serta dapat memberikan pengalaman intervensi awal

bagi mengatasi permasalahan dan isu semasa kanak-kanak.

1.2 Tajuk Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar yang dihasilkan dinamakan Squishy Writing Board yang

mengambil nama sempena cara penghasilan dan bentuk produk yang dihasilkan.

1.3 Sinopsis BBM

Squishy Writing Board dihasilkan dan dijadikan bahan bantu mengajar serta

intervensi kepada murid-murid yang bermasalah dalam membentuk huruf.

Berdasarkan pemerhatian berterusan dan analisis terhadap hasil kerja murid dalam

penulisan, pengkaji mengambil pendekatan yang mudah dan praktikal untuk

meningkatkan kebolehan motor halus murid dalam membentuk huruf. Penghasilan

Squishy Writing Board ini dilihat dapat membantu murid-murid membentuk huruf

secara bebas dan turut memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk belajar.

2
1.4 Objektif BBM

Dalam menghasilkan BBM Squishy Writing Board ini, pengkaji meneliti

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran Semakan 2017) dan menumpukan kepada Standard Kandungan, BM 3.1

iaitu penguasaan terhadap kemahiran pratulis dan Standard Pembelajaran yang dipilih

khusus seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN
4+ 5+
BM 3.0 KEMAHIRAN MENULIS
BM 3.1 Menguasai kemahiran pratulis Murid boleh:
BM 3.1.4 Mengkoordinasikan
pergerakan mata dengan
tangan melalui lakaran
bentuk, corak dan garisan
secara bebas.

BM 3.1.5 Mengkoordinasikan
pergerakan mata dengan
tangan mengikut arah yang
betul.

BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan


cara yang betul.

BM 3.2.2 Menulis huruf besar dengan


cara yang betul.

Rajah 1

Berdasarkan penelitian ini, pengkaji memberi fokus kepada satu objektif utama

iaitu, murid boleh menguasai empat kemahiran pratulis yang terkandung dalam

Standard Pembelajaran.

1.5 Kumpulan Sasaran

Dalam kajian ini seramai 5 orang murid yang belum menguasai kemahiran

menulis telah dikenal pasti.

1.6 Rumusan

Berdasarkan perbincangan, bab ini bertujuan untuk memberikan gambaran

awal secara keseluruhan bagi kajian.

3
BAB 2

2.1 Pendahuluan

Penghasilan sesuatu bahan bantu mengajar adalah berdasarkan kepada tuntutan

keperluan murid-murid bagi memudahkan mereka membuat pemerhatian, meneroka

dan memanipulasi bahan tersebut yang seterusnya akan membantu dalam mencapai

objektif pembelajaran dalam sesuatu masa tersebut. Bahan yang sesuai dan menarik

minat murid bukan sahaja membantu mengilap kemahiran sedia ada malah turut

membantu murid meningkatkan tahap penguasaan terhadap sesuatu kemahiran.

2.2 Latar belakang

Menulis merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, ia bukan sahaja dapat

menguatkan otot bagi pergerakan motor halus malah ianya dapat meningkatkan

kemahiran seni tulisan itu sendiri. Dalam Pendidikan formal di sekolah, kemahiran

menulis antara wadah utama pemerolehan isi pembelajaran. Menulis adalah satu

proses yang kompleks dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensil,

pembentukan huruf dan postur badan. Kecekapan menulis memerlukan penguasaan

pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan,

ingatan, postur dan kawalan badan. Oleh yang demikian, sekiranya penguasaan

terhadap kemahiran pra tulisan tidak berkembang dengan baik ianya akan menganggu

kebolehan murid selagi tiada tindakan susulan untuk membantu meningkatkan

kemahiran diambil.

4
2.3 Penghasilan BBM

Perkembangan manusia dari usia kanak-kanak hingga dewasa adalah sesuatu

yang kompleks dan sangat berkait rapat dengan persekitaran yang dapat memberikan

rangsangan kepada keperluan pengetahuannya. Dalam pembinaan BBM ini, aspek

perkembangan kemahiran pra tulis murid-murid di kenal pasti melalui pemerhatian

terhadap koordinasi mata tangan dan hasil kerja mereka. Berdasarkan kepada

pemerhatian awal ini, tindakan awal di ambil dengan memberikan lebih tumpuan

kepada murid-murid yang di kenal pasti. Pada peringkat awal, kertas kosong dan

pensil digunakan dan murid di minta untuk melakarkan pelbagai garisan dan bemtuk.

Murid-murid tersebut dapat melakukannya tetapi masih tidak memenuhi objektif

pembelajaran yang menghendakkan mereka boleh menulis dengan betul.

Aktiviti yang dilakukan ini tidak menyeronokkan mereka dan adakalanya

mereka enggan untuk terus menulis, tambahan pula penggunaan kertas berulang kali

menyebabkan pembaziran walaupun setelah menggunakan kertas yang telah di kitar

semula namun ia tetap suatu pembaziran. Bertitik tolak dari itu, pengkaji meneliti

beberapa kaedah dan aktiviti yang sesuai, menyeronokkan dan dalam masa yang sama

menyumbang dalam penjagaan alam sekitar. Melalui carian atas talian terhadap

aktiviti dan kaedah yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran pratulis, pengkaji

akhirnya mendapat idea daripada penghasilan sensory bag di dalam youtube. Idea

yang diambil telah diolah semula maka terhasillah squishy writing board. Bahan

inovasi ini dihasilkan dengan menggunaan bahan yang mudah diperolehi dengan kos

yang sangat murah, ia menjadikannya suatu BBM yang menarik dan mesra alam

sekitar.

5
2.4 Isu / Masalah yang ditangani oleh bahan BBM

Penghasilan BBM ini banyak membantu dalam aktiviti pratulis khususnya dan

murid turut berpeluang menggunakan bahan ini dalam pelbagai keadaan secara amnya.

BBM ini menarik minat murid kerana ia dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai

warna dalam penghasilannya. Selain itu, struktur permukaan yang lembut turut

memberikan impak damai kepada sentuhan kanak-kanak. Di samping itu juga,

penggunaan bahan ini dalam aktiviti pratulis turut membantu murid untuk belajar

mengenal pelbagai jenis warna dan hasil gabungan warna-warna yang terdapat di

dalam bahan tersebut.

2.5 Huraian BBM

Huraian tentang bahan BBM ini adalah seperti jadual 1 di bawah;-

No. Pernyataan 1 Huraian


Bahan yang digunakan BBM Squishy Writing Board menggunakan bahan-bahan seperti berikut;-
untuk menghasilkan - Gam putih
BBM - Warna air / pewarna makanan
- Beg plastik berzip
- Masking tape
- Kertas tebal dan keras (dari kotak kitar semula)

1.

6
Cara BBM digunakan Bahan BBM digunakan sebagai tapak untuk menulis atau membuat
lakaran.

Permainan saya sebut anda lakar / tulis.

Permainan pilih kad bertuah dan tulis

2.

Permainan mari tiru nombor / bentuk itu.

7
Kos bagi menghasilkan Semasa menghasilkan bahan BBM ini, pengkaji menggunakan bahan
BBM sedia ada di sekolah, namun anggaran yang boleh diberikan untuk
3.
menghasilkan tiga buah bahan BBM ini adalah RM10.

Keberkesanan BBM Berdasarkan dapatan data;-


kepada PdPc
Jumlah murid
Sebelum guna BBM Selepas guna BBM
Boleh menulis huruf
5 4
dengan betul
Boleh melakar bentuk 5 4
4. Boleh membuat
garisan lurus dan 5 4
lengkung

5 murid yang dikenal pasti pada peringkat awal yang belum menguasai
kemahiran pratulis dan selepas menggunakan bahan BBM seramai 4
orang boleh menguasai kemahiran pratulis secara berperingkat dan
seorang belum menguasai kerana kerap tidak hadir sekolah.

Potensi BBM Penghasilan BBM ini mudah dan boleh dibuat oleh ibu bapa sebagai
latihan menulis murid di rumah.
Selain itu, bahan ini jika dikomersilkan ia boleh membantu bukan sahaja
5.
dalam penguasaan kemahiran pratulis malah dalam aktiviti menggambar
dan aktiviti matematik.

Keterangan lain Kelebihan BBM

Menarik dan berwarna warni, mudah dihasilkan serta boleh digunakan di


mana sahaja.

Kelemahan BBM

6. Kekangan bahan ini adalah hanya boleh digunakan pada aktiviti yang
melibatkan tulisan dan lakaran sahaja.

Bahan yang digunakan seperti beg plastik berzip kurang berkualiti dan
tidak tahan lasak.

8
Potensi BBM

Boleh dihasilkan dalam skala yang besar untuk aktiviti secara


berkumpulan tetapi mesti dihasilkan dengan menggunakan bahan yang
lebih berkualiti..

Penggunaan bahan yang lebih berkualiti mungkin akan membuatkan


bahan BBM ini lebih tahan lasak namun, ia akan meningkatkan kos
penghasilannya.

2.6 Rumusan

Seperti yang dinyatakan dalam bab ini, bahan BBM ini lebih berfokus kepada

meningkatkan kemahiran pratulis murid prasekolah, dan ia adalah prototype awal

kepada penghasilan bahan yang lebih baik. Sungguhpun demikian, jika diberikan

peluang untuk mengembangkan lagi potensi bahan BBM ini, ia akan menjadi salah

satu bahan BBM yang sangat diperlukan untuk membantu guru-guru prasekolah

mengatasi masalah penguasaan kemahiran pratulis murid prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai