Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN DI BILIK DORM / TIDUR MAAHAD AHMADI

1. Cadar dan sarung bantal biru mestilah dipasang dengan kemas sepanjang masa berada di asrama.
2. Selimut / gebar hendaklah dilipat dengan kemas dan diletakkan di bawah bantal.
3. Tempat tidur (katil & bilik) hendaklah dikemaskan sebelum waktu persekolahan.
4. Semua pakaian hendaklah dilipat dan disimpan dengan kemas dan teratur dalam almari.
5. Kasut dan selipar hendaklah disusun dengan teratur dan kemas ditempat yang ditentukan.
6. Almari hendaklah dikunci pada setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan memiliki lebih dari satu almari.
7. Pelajar tidak dibenarkan tidur diatas katil pelajar lain, bersendirian atau bersama-sama.
8. Tuala mandi, kasut dan sebarang pakaian basah / lembap / kotor / telah dipakai tidak boleh digantung
/ disidai / dijemur di dalam bilik sama ada di katil, di tingkap, di almari dan di kaki lima koridor
bangunan asrama.
9. Setiap pelajar bertanggungjawab ke atas asset kerajaan di asrama. Sebarang kerosakan adalah
tanggungan pelajar berkenaan.
10. Dilarang memindahkan sebarang asset kerajaan di asrama tanpa kebenaran pengetua.
11. Tidak dibenarkan menulis / menconteng pada aset kerajaan di asrama seperti almari, katil, tilam,
dinding dan sebagainya.
12. Tidak dibenarkan berada di asrama / bilik pada waktu yang ditetapkan. Rujuk perkara 12 dibawah.
13. Pada waktu persekolahan, pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik sakit di Dewan Ibnu Sina
(Lelaki) di PSS (Perempuan) dan dimaklumkan kepada guru bertugas. Jika di luar waktu persekolahan,
hendaklah dimaklumkan kepada pihak warden.
14. Dilarang membawa / menerima sebarang tetamu ke dalam asrama / bilik tanpa kebenaran khas
daripada pihak warden. Pelawat hanya dibenarkan berada di perkarangan asrama sahaja.
15. Pelajar terakhir yang hendak meninggalkan bilik, hendaklah mematikan suis kipas dan lampu.
16. Bilik yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan.
17. Pemeriksaan bilik akan dibuat pada bila-bila masa oleh warden atau mana-mana guru.
18. Pelekat nama hendaklah dilekatkan pada almari (dipasang pada bahagian tengah daun pintu almari)
dan pada hujung katil (dipasang pada bahagian tepi katil). Hendaklah sentiasa bersih & kemas.
19. Pelajar tidak dibenarkan membawa / memiliki sebarang alat yang tidak dibenarkan. Rujuk perkara
13 peraturan asrama.
20. Pelajar hendaklah akur dan menurut arahan terkini yang diberikan oleh warden.

Perkara 12 (Waktu Kosongkan Asrama)

BIL HARI SIANG MALAM

1. ISNIN – KHAMIS 5.30 pagi – 5.00 petang 6.45 petang – 10.45 malam
2. JUMAAT 5.30 pagi – 2.00 petang 6.45 petang – 9.00 malam
3. SABTU 5.30 pagi – 7.00 pagi 6.45 petang – 9.00 malam
4. AHAD 5.30 pagi – 7.00 pagi 6.45 petang – 10.45 malam
BILIK AIR ASRAMA (TANDAS & BILIK BASUH) MAAHAD AHMADI

1. Kebersihan bilik mandi, bilik basuh & tandas adalah tanggungjawab pelajar di asrama.
2. Pakaian semasa mandi / membasuh di dalam bilik air hendaklah menutup aurat.
3. Pastikan paip air ditutup selepas digunakan.
4. Pastikan jirus atau pam tandas dengan sempurna setiap kali selepas digunakan.
5. Lampu-lampu di dalam bilik mandi & tandas hendaklah ditutup mulai jam 7.00 pagi.
6. Sinki tidak boleh digunakan sebagai tempat merendam pakaian atau apa-apa barang lain.
7. Alat-alat mandi dan alat-alat membasuh hendaklah diletakkan di bilik basuh pada waktu
pembelajaran dan sentiasa tersusun kemas.
8. Dilarang merendam pakaian dan kasut di bilik basuh melebihi jangka masa 24 jam.
9. Dilarang membuang sampah dan sisa makanan dalam bilik air. Khususnya dalam sinki / lubang najis.
10. Dilarang menggunting rambut didalam bilik air / bilik basuh.
11. Dilarang menggantung / meninggalkan pakaian di bilik air selepas mandi.
12. Dilarang sama sekali membasuh pakaian, kasut dan seumpamanya selepas jam 11.30 malam.

BILIK AIR ASRAMA (TANDAS & BILIK BASUH)

Anda mungkin juga menyukai