Anda di halaman 1dari 8

BUTIRAN KERTAS CADANGAN BAGI PERMOHONAN

BANTUAN KURSUS DAN LATIHAN GURU/PROGRAM/BENCANA/BANTUAN


PENYELENGGARAAN
BANTUAN KEWANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA
BERDASARKAN SEKSYEN 52 AKTA PENDIDIKAN 1996

TAJUK KERTAS CADANGAN: MEMBAIK PULIH BANGUNAN / PENAMBAHAN SEBUAH KELAS


NAMA INSTITUSI: KAFA KG KARANAAN SOOK

1.0 PENGENALAN

Kelas alquran dan fardhu ain (KAFA) merupakan perkara asas dalam menuntut ilmu agama
di kawasan ini. Hal ini kerana, kafa merupakan institusi tunggal dalam kalangan penduduk
persekitaran kawasan ini yang meliputi tempat tinggal murid-murid yang terlibat khusus
untuk menimba ilu agama. Oleh itu, kafa memainkan peranan penting dalam kawasan ini
untuk membentuk akidah, akhlak dan peribadi para pelajar.

Kafa kg karanaan terletak di kawasan pedalaman yang termasuk dalam tadbir kafa daerah
zon nabawan. Ia berada dalam kawasan Parlimen Pensiangan dan dun Sook, dan kg
karanaan ini majoriti penduduknya adalah beragama islam. Kafa ini telah diwujudkan pada
tahun 1992, pada ketika itu kelas kafa menggunakan bangunan surau sebagai tempat
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP), namun pada tahun 1994 bangunan khas
kelas kafa telah dibina dan tidak lagi menggunakan ruang surau. Beberapa tahun kemudian
atas sebab-sebab tertentu, pelajar kafa kg karanaan telah bergabung dengan pelajar kafa
sook yang berpusat di Sk sook. Hal ini adalah disebabkan, terdapat beberapa pihak
mendakwa jumlah pelajar yang berdaftar dengan kelas -kelas kafa yang beroperasi sekitar
kawasan kampung yang pelajar beragama islam bersekolah di Sk sook tidak sama dengan
jumlah pelajar beragama islam berdaftar di kafa.

Namun setelah beberapa tahun pdp dijalankan di Sk sook, masalah perbezaan murid tetap
sama kerana terdapat ramai murid islam tidak dapat hadir disebabkan tempat tinggal
mereka terlalu jauh termasuk pelajar yang berasal dari kg karanaan. Akhirnya kelas kafa kg
karanaan mula beroperasi kembali di kg karanaan dan memggunakan bangunan khas kafa
terdahulu. Seterusnya pihak pentadbir meluluskan pendaftaran dalam sistem SIMPENI pada
tahun 2022. oleh yang demikian banyak kerosakan yang berlaku dan perlu dibaik pulih
dengan segera. Kelas ini beroperasi pada sebelah petang bermula pada jam 2.00 petang
dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kafa ini terdiri daripada 2 orang guru dan hampir 40
orang murid dari pelbagai etnik seperti dusun, bajau, melayu dan pelbagai latar belakang
keluarga.
Justeru itu kemudahan infrastruktur serta keselamatan pelajar merupakan agenda yang
paling penting bagi pihak kafa. Struktur bangunan yang kondusif akan menjamin
keselamatan dan keselesaan serta pencapaian murid akan meningkat. Sehubungan dengan
itu, pihak kafa terpaksa mengambil inisiatif untuk menambah baik pulih kemudahan
tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Menambah baik pulih bangunan premis Kafa yang sedia ada kepada bangunan yang lebih
selamat dan lebih kondusif agar keselamatan murid-murid lebih terjamin serta lebih selesan
dalam melaksanakan Pdp.

3.0 JUSTIFIKASI PERMOHONAN

1. Bangunan sedia ada telah uzur dan lama. Sistem pendawaian juga tidak selamat
digunakan untuk guru dan murid.

2. Kelas pelajar tahap 1 sangat sempit dan tidak sesuai menampung jumlah murid yang
agak ramai iaitu seramai 18 orang. Oleh itu, mohon penambahan kelas berukuran 16’ x
26’.

3. Perbaiki bumbung kelas kafa yang bocor dan menyebabkan air hujan masuk ke dalam
kelas sekaligus menggantikan syiling yang telah rosak terkena air hujan.

4. Pemasangan meter elektrik serta sistem pendawaian yang lebih selamat untuk
digunakan.

5. Pemasangan tangki air untuk kegunaan para pelajar.

6. Dengan bantuan ini ianya dapat menjamin keselamatan murid dan guru daripada
bangunan yang sudah semakin uzur dan banyak kerosakan. Ini kerana bagunan tersebut
telah dibina hampir 30 tahun (diperbuat daripada kayu).Murid terdiri dari penduduk
kampung ini iaitu hampir 40 orang dan 2 orang guru yang berkhidmat di sini.

4.0 KUMPULAN SASARAN


- Pelajar KAFA karanaan
-
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN
- Membeli bahan-bahan keperluan
- Mengupah orang membaik pulih kerosakan
6.0 JAWATAN KUASA PERLAKSANA

Jawatan Nama No. Kad Pengenalan

a) Penaung En. Hajiris bin Raidin 780914-125249

b) Pengerusi En. Rude bin Jahadi 800430-12-5803

c) Timbalan Pengerusi Pn. Kosmawati binti Sariman 780624-12-5522

d) Setiausaha Suzela binti Mahusin 931105-12-6810

e) Bendahari Suzela binti Mahusin 931105-12-6810

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan tambahan (jika ada)


- Tidak ada

7.2 Cadangan beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam anggaran ini adalah:

- Baik Pulih Bangunan.

- Lantai ditinggikan sedikit dan pemasangan jubin.

- Pendawaian elektrik termasuk pemasangan kipas syiling sebanyak 6 buah


dan 8 buah kipas dinding.

- Pembaikan atap atau bumbung yang sudah bocor.

- Pemasangan sebuah tangki air

- Penambahan sebuah kelas untuk pelajar tahap 1 (16’x26’)

- pembaikan syiling yang rosak akibat daripada bumbung yang bocor.


8.0 Gambar lokasi
8.1 Cadangan tapak pembinaan kelas tahap 1 ( ukuran 16’X26’)

8.2 Keadaan kelas tahap 1 yang sempit


8.3 Keadaan syiling kelas yang bocor
8.4 Keadaan sistem pendawaian yang tidak selamat (sambungan elektirk dari surau)

Di sediakan oleh,

___________________

En. Rude bin Jahadi

(Pengerusi KAFA Kampung Karanaan)

Anda mungkin juga menyukai