Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PENGINAPAN DI ASRAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN TEKNIK KUALA LUMPUR

A. PENDAFTARAN

1. Melaporkan diri kepada warden bertugas pada hari pertama penginapan.


2. Tidak dibenarkan menerima pelawat dari luar kecuali menerima kebenaran warden bertugas.
3. Setiap pelawat dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal sebelum memasuki kawasan
asrama.
4. Pelawat dikehendaki membawa cadar, sarung bantal dan selimut sendiri.

B. KEMUDAHAN ASRAMA

1. Setiap pelawat dipertanggungjawab ke atas apa jua kemudahan yang diberikan untuk menginap di
asrama.
2. Pembayaran gantirugi akan dituntut ke atas pihak pelawat yang melakukan kerosakkan
kemudahan asrama.
3. Pelawat tidak dibenarkan mengubah kedudukan katil, tilam dan loker di dalam dorm.

C. KEBERSIHAN ASRAMA DAN KAWASAN SEKITARNYA

1. Semua pelawat adalah bertanggungjawab membersih dan mengemas tempat tidur dan dorm
masing-masing.
2. Tidak dibenarkan menyidai pakaian basah dalam dorm dan koridor asrama.
3. Dilarang menggunakan plug elektrik dalam dorm.
4. Sila pastikan suis lampu dan kipas ditutup apabila meninggalkan dorm.
5. Semua lampu dorm mesti ditutup tepat jam 11:30 malam. Dilarang memasang lilin selepas itu.
6. Pelawat dilarang mandi di dalam takungan air dalam bilik air.
7. Pelawat juga dilarang membuang sebarang pakaian / tuala pelekat wanita / bekas sabun, ubat gigi
dan lain-lain barang ke dalam lubang tandas.
8. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dorm.
9. Pelawat dimestikan menggunakan tong-tong / bakul sampah yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai