Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN AM ASRAMA PELAJAR KOLEJ CYBERJAYA KOTA KINABALU

Peratuan asrama wajib dipatuhi oleh semua pelajar. Peraturan ini mesti dibaca dan difahami untuk dijadikan
panduan dan amalan dalam hidup seharian. Matlamatnya adalah untuk melahirkan para pelajar yang
berilmu,berahlak mulia,berdisplin,bertanggungjawab serta berketerampilan tinggi dalam usaha mencapai
kesejahteraan diri. Ia juga penting bagi menjaga kesejahteraan dan keselesaan rakan penghuni yang lain.
Oleh itu,patuhilah segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Terima kasih diatas kerjasama
anda.

PERATURAN –PERATURAN DAN UNDANG- UNDANG ASRAMA

1. Penempatan Pelajar

a. Pelajar TIDAK DIBENARKAN berpindah ke asrama/katil/bilik lain TANPA KEBENARAN Warden dan Unit
Logistik.
b. Bayaran gantirugi akan dikenakan jika terdapat sebarang kerosakan peralatan yang dipinjamkan
sebelum dan semasa Checkout daripada asrama. Sebagai contoh, katil, kipas, almari, suis, tombol pintu
dsb.
c. Kos penyelenggaraan adalah tanggungjawab penuh pelajar sekiranya didapati kerosakan disebabkan
oleh pelajar.
d. Pelajar yang berstatus aktif sahaja yang dibenarkan menginap di asrama. Pelajar yang menangguh
pengajian atau berhenti mesti mengosongkan unit asrama.

2. Waktu Keluar Masuk Asrama

a. Para pelajar dikehendaki berada di asrama selewat-lewatnya pada pukul 08.00 malam setiap hari.
b. Pelajar tidak dibenarkan keluar selain waktu yang telah ditetapkan oleh pihak asrama kecuali
berlakunya kes-kes tertentu dan pelajar wajib memaklumkan kepada warden.
c. Penghuni asrama dilarang membawa masuk rakan selain dari penghuni asrama baik lelaki atau
perempuan (termasuk pelajar Kolej Cyberjaya).
d. Para pelawat dilarang memasuki unit asrama pelajar tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Pelajar &
Perkembangan Pelajar (STAD), Unit Logistik dan Warden.

3. Tatatertib (Akhlak)

a. Pelajar mestilah sentiasa berkelakuan baik samada didalam atau luar asrama.
b. Membawa, memiliki dan menghisap rokok atau Vaping di asrama adalah DILARANG.
c. Para pelajar tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh seperti mencuri, bergaduh,
berkelakuan tidak sopan atau merosakkan harta benda asrama.
d. Pelajar DILARANG sama sekali membuat bising di asrama selepas jam10 malam.
KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

4. Kebersihan dan kesihatan diri

a. Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah diutamakan oleh setiap penghuni asrama.
b. Sebarang penyakit/kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.
c. Bilik asrama/kawasan sekeliling mestilah sentiasa bersih dan teratur.
d. Dilarang sama sekali makan dan masak didalam bilik asrama.
e. Pakaian dan alatan harian seperti tuala,sarung bantal,selimut dan cadar hendaklah sentiasa bersih dan
kemas.
f. Pakaian dan barang-barang yang basah tidak boleh disimpan didalam bilik asrama.
g. Semua pakaian dan barangan peribadi hendaklah di simpan dan di susun di tempat yang disediakan.
h. Semua penghuni dilarang menconteng,menampal sebarang tulisan,gambar pada
bantal,tilam,loker,katil dan dinding-dinding asrama/tandas/bilik air.
i. Tong-tong sampah hendaklah dikosongkan dan dibersihkan setiap malam bagi mengelakkan infestasi
haiwan seperti tikus.
j. Pelajar harus memastikan tidak membiarkan air bertakung di kawasan terbuka yang boleh menjadi habitat
nyamuk Aedes.
k. Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian dalam sinki/bilik air.
l. Pakaian yang telah dicuci hendaklah dijemur di tempat jemuran yang disediakan,pelajar dilarang
menjemur pakaian di besi tingkap, besi katil atau didalam tandas.
m. Tandas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
n. Kerja-kerja pembersihan bilik air dan tandas hendaklah dijalankan setiap hari oleh penghuni yang telah
ditetapkan didalam jadual unit masing-masing.
o. Pelajar harus mematuhi jadual bertugas pembersihan asrama harian yang telah ditetapkan di
unit asrama masing-masing. PERINGATAN PENTING : Unit asrama yang didapati tidak berada dalam
keadaan bersih dan tidak memuaskan akan diberikan surat amaran pertama, kedua dan ketiga.
Tempoh satu minggu akan diberikan untuk memastikan unit asrama tersebut kembali bersih dan
memuaskan. Jika keadaan unit asrama masih tidak berada dalam keadaan bersih dan memuaskan
selepas surat amaran ketiga, pelajar yang menghuni unit asrama tersebut akan dikeluarkan dan tidak
dibenarkan menginap di unit asrama lagi.
p. Jadual tugas pembersihan merangkumi tugas membersihkan dapur, bilik tidur, kawasan belajar,
lantai, halaman unit asrama, longkang bahagian di dalam halaman asrama (Bagi asrama Sembulan
1,2,3, Pink Building A & B)
q. DILARANG membuang sisa makanan di dalam sinki.
r. Pastikan tuala wanita dicuci bersih sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
s. Pelajar dilarang untuk membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas bagi mengelakkan tandas
tersumbat. PERINGATAN PENTING: Jika saluran paip atau pembetungan tersumbat disebabkan oleh
tuala wanita, baju atau bahan lain yang dibuang oleh pelajar, kos untuk membersihkan dan unclog
paip akan ditanggung oleh semua pelajar yang menghuni unit asrama tersebut.
t. Pelajar digalakkan membawa ubat-ubatan untuk kegunaan semasa berlaku kecemasan.
u. Adalah DILARANG sama sekali membawa binatang peliharaan ke asrama.
v. Pelajar WAJIB memakai bedsheet (sarung tilam) bagi kebersihan tilam.
KESELAMATAN

5. Keselamatan

a. Para pelajar bertanggunjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.


b. Alat-alat yang merbahaya seperti pisau,pedang dan buku lima dilarang disimpan di asrama.
c. Semua jenis peralataan elektrik seperti heater dan ricecooker dilarang digunakan didalam bilik asrama.
Ianya hanya boleh digunakan di tempat khas yang disediakan iaitu dapur.
d. Penghuni tidak sekali-kali dibenarkan membuat penyambungan elektrik sesuka hati.
e. Semua pelajar digalakkan untuk bergerak dan meninggalkan asrama secara berkumpulan untuk tujuan
keselamatan. Contohnya : keluar beriadah, membeli barang keperluan, ke kelas dan sebagainya.
f. Pelajar tidak dibenarkan berada di rooftop selepas jam 6 malam.

6. Penggunan Elektrik Dan Air

a. Lampu asrama hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya pada pukul 12.00 malam.


b. Pastikan semua suis elektrik dan juga pili air ditutup semasa ketiadaan penghuni.
c. Para pelajar bertanggungjawab atas pembayaran bil utiliti (elektrik dan air) di unit masing -masing. Semua
bayaran bulanan harus dilaporkan kepada unit Logistik (Bagi unit asrama University Apartment, Angkasa dan
asrama di kawasan Clinical Posting )
d. Jika terdapat masalah gangguan air di kawasan unit asrama, para pelajar dinasihati untuk berjimat cermat
dan berhemah menggunakan bekalan air.

7. Perkara Dan Perbuatan Yang Dilarang

Pelajar adalah dilarang membawa, memakai atau menggunakan benda atau bahan-bahan berikut :-

a. Bahan-bahan lucah dalam apa jua bentuk samada wajah,pita video,cakera padat,disket ataufoto.
b. Bahan-bahan berunsur negatif (dilarang) yang boleh meracuni fikiran serta bertentangan dengan
undang-undang Negara.
c. Dadah dan minuman yang memabukkan atau sebarang benda yang berkaitan dengannya.
d. Melibatkan diri dalam rusuhan yang tidak bermoral yang boleh mencemarkan nama Kolej.
e. Pelajar dilarang menyalahguna atau merosakkan peralataan asrama dan sekiranya terdapat sebarang
kerosakan hak milik kolej. Pelajar yang terlibat akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kerosakan
tersebut.

Pelajar yang gagal mematuhi peraturan-peraturan am berikut akan dikenakan tindakan displin sepertimana
termaktub dalam Student Code and Conduct.

Arahan daripada:

Joanna Fu Fui Tshui


Pemangku Ketua Eksekutif

4 Julai 2023

Anda mungkin juga menyukai