Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN ASRAMA POLITEKNIK MERSING JOHOR

1. 2. 3. 4. 5. 6. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan asrama. Tindakan buang asrama serta-merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah. Tidak membenarkan orang asing / pelawat menginap di dalam bilik asrama pada setiap masa dan pelasah boleh diambil tindakan buang asrama jika melakukan kesalahan tersebut. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik. Mesti menghormati waktu senyap asrama iaitu mulai 8.30 pagi. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis dan kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda. Semua penghuni asrama dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak debenarkan keluar kampus pada waktu tersebut. Semua pelajar mesti berada di blok asrama masing-masing pada jam 11.00 malam. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu study selepas waktu itu atau belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih. Bantal sentiasa bersarung dan bersih. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna. Tidak menyidai sebarang pakaian pakaian di railing, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika. Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan spot check dari masa ke semasa. Kunci hendaklah di jaga dengan baik dan dikembalikan pada hujung semester dalam keadaan baik dan bertag. Semua warga asrama dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD dsb. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan perempuan. Pemakaian jeans dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di asrama tetapi di seluruh kawsan kampus PMJ. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kamsis dan persekitarannya. Pelajar yang terpaksa membawa kenderaan dikehendaki meletakkan kenderaan ditempat yang telah ditetapkan. Kawasan parking pintu masuk utama PMJ. Dilarang meninggalkan asrama atau bermalam di luar asrama tanpa kebenaran. Dilarang sepenuhnya meninggalkan asrama ketika grounded. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

24. 25. 26.

27. Dilarang melanggar peraturan asrama pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang didapati bersalah, termasuk tindakan buang asrama. Antara beberapa peralatan tambahan yang perlu dibawa semasa mendaftar, iaitu :a. Pelajar yang ditawarkan asrama, dikehendaki membawa bantal sendiri kerana ianya tidak dibekalkan. b. Lampu study berkuasa 20 watt. c. Cadar bujang berwarna biru yang bersih 1 helai. d. Sarung bantal berukuran standard yang bersih 1 helai. e. Sehelai sejadah, senaskah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam. f. Satu set pakaian Melayu lengkap bersamping dan songkok hitam bagi pelajar lelaki Islam. g. Pakaian sukan / riadah h. Dan lain-lain peralatan yang diiktirafkan sesuai. Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni asrama PMJ ini. Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni asrama bukan sahaja berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin. Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di belakang pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari kediaman asrama PMJ dengan serta-merta. Pihak Pengurusan asrama tidak akan berkompromi dalam hal ini.

UNIT ASRAMA, POLITEKNIK MERSING JOHOR.

Anda mungkin juga menyukai