Anda di halaman 1dari 24

PERATURAN-PERATURAN

TATATERTIB PELAJAR
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN
BELIA DAN SUKAN 2022

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA


KEMENTERIAN BELIA
1 DAN SUKAN
PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PELAJAR
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN 2022

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Nama dan mula berkuat kuasa

(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan


Tatatertib Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan 2022.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022.

2. Pemakaian

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang sedang


mengikuti pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

3. Kewajipan mematuhi Peraturan-Peraturan

(1) Seseorang pelajar hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan


Peraturan-Peraturan ini.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh


seseorang pelajar boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib
menurut Peraturan-Peraturan ini.

4. Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki


makna yang lain –

“Amaran Lisan” ertinya teguran yang diberikan atas kesalahan tatatertib oleh
pegawai Institut dan dicatatkan oleh Pegawai Disiplin;

“Amaran Pertama” ertinya surat amaran bertulis kepada pelajar yang


melakukan kesalahan tatatertib setelah dikenakan Amaran Lisan;

“Amaran Akhir” ertinya surat peringatan bertulis kepada pelajar yang


melakukan kesalahan tatatertib setelah dikenakan Amaran Pertama;

“asrama” ertinya apa-apa kemudahan tempat tinggal yang disediakan dan di


bawah kawalan Institut;

“Bilik Riadah” ertinya apa-apa bilik yang dijadikan sebagai bilik rehat, bilik TV,
bilik rekreasi, bilik bacaan atau yang seumpama dengannya di Institut;

2
“Denda” ertinya hukuman yang dikenakan kepada pelajar dalam bentuk aktiviti
seperti yang berikut:

(a) kawad tambahan (1-2 jam);

(b) khidmat masyarakat (5-10 jam);

(c) tahan outing (2-10 hari); atau

(d) show parade (melapor diri secara berkala mengikut waktu yang
ditetapkan oleh Pegawai Disiplin di balai pengawal keselamatan atau
dimana-mana lokasi yang ditetapkan sama ada secara berkumpulan
atau individu);

“Denda Spontan” ertinya denda/latihan tambahan yang diberikan oleh mana-


mana pegawai Institut secara serta-merta seperti yang berikut:

(a) tekan tubi/lompat selang-seli/bangkit tubi (aktiviti secara berterusan tidak


melebihi 30 kali);

(b) lari setempat tidak melebihi 2 minit di padang bola atau padang kawad;
dan/atau

(c) melakukan perbuatan nilai-nilai murni;

“diberhentikan” ertinya ditamatkan pengajian dari Institut, hilang segala hak dan
kemudahan sebagai pelajar ILKBS;

“Institut” ertinya Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang
merupakan institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia;

“Jawatankuasa Disiplin Pelajar” ertinya sebuah jawatankuasa yang mempunyai


bidang kuasa tatatertib ke atas kes-kes selain kes-kes Kesalahan Berat;

“kawasan Institut” ertinya kawasan dan/atau bangunan di bawah kawalan


Institut;

“keluarga” ertinya ibu bapa/ penjaga atau ibu bapa tiri dan adik-beradik atau
adik beradik tiri termasuklah datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara;

“Kesalahan Berat” ertinya kesalahan yang boleh dikenakan hukuman gantung


atau diberhentikan dari pengajian oleh Lembaga Tatatertib Pelajar;

“Latihan Industri” ertinya latihan di industri berkaitan bidang pengajian yang


diikuti oleh pelajar di Institut;

“Lembaga Tatatertib Pelajar” ertinya sebuah lembaga yang mempunyai bidang


kuasa tatatertib ke atas kes-kes Kesalahan Berat;

3
“Pegawai Disiplin” ertinya pegawai di bawah unit disiplin Institut;

“pegawai” ertinya pegawai yang bertugas di Institut;

“pelajar” ertinya pelajar yang mengikuti pengajian di Institut;

“Pengajar” ertinya pegawai yang memberi latihan kemahiran berdasarkan


bidang pengajian pelajar;

“Pengarah” ertinya Pengarah Institut dan termasuklah mana-mana orang atau


kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk bertindak bagi
pihaknya.

“Penyelia Asrama” ertinya pegawai yang menyelia asrama pelajar;

“Warden” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas pelajar selepas


waktu pejabat.

BAHAGIAN II

TATAKELAKUAN

5. Disiplin Kumpulan

(1) Setiap pelajar hendaklah bergerak secara berkumpulan semasa


perbarisan pagi.

(2) Ketua kumpulan dikehendaki menguruskan semua ahli kumpulannya


supaya bergerak bersama.

(3) Bagi maksud peraturan ini –

(a) “Ketua kumpulan” ertinya pelajar yang dipilih atau dilantik oleh
Institut untuk mengetuai sesuatu kumpulan pelajar;

(b) “kumpulan” ertinya bilangan pelajar tiga orang atau lebih.

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

4
6. Masa

(1) Pelajar hendaklah sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan oleh
Institut.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

7. Asrama

(1) Tanggungjawab pelajar

(a) Pelajar diwajibkan menjaga kebersihan asrama supaya sentiasa


berada dalam keadaan bersih, selesa dan teratur terutamanya
kebersihan di bilik air atau tandas, koridor, tangga, bilik tetamu,
bilik rehat dan kawasan persekitaran asrama. Pelajar dikehendaki
bertugas mengikut giliran bagi membersihkan kawasan asrama;

(b) Tempat tidur mestilah sentiasa bersih dan kemas. Cadar dan
sarung bantal hendaklah berwarna putih atau warna yang
ditetapkan oleh Institut;

(c) Pelajar bertanggungjawab menjaga almari dan kunci masing-


masing. Almari hendaklah dikunci sepanjang masa;

(d) Pelajar hendaklah memadamkan semua lampu di asrama tepat


jam 11.00 malam. Pelajar terakhir yang meninggalkan bilik
asrama hendaklah mematikan semua suis;

(e) Sebelum meninggalkan asrama, pelajar dikehendaki


memulangkan semula peralatan asrama seperti kunci almari,
bantal, tilam dan lain-lain peralatan Institut yang dipinjamkan
selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum hari terakhir pengajian.
Asrama hendaklah ditinggalkan dalam keadaan bersih, baik dan
sempurna; dan

(f) Sebarang kecemasan, kemalangan atau perkara-perkara lain


yang dianggap serius hendaklah segera dilaporkan kepada
Penyelia Asrama atau Warden.

5
(2) Pelajar dilarang –

(a) bertukar tempat atau bilik yang telah ditetapkan kepadanya tanpa
kelulusan Penyelia Asrama;

(b) memaku, melekat, menulis, melukis atau menconteng di dinding,


katil, almari, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang
disediakan;

(c) mengubahsuai, menukar kunci-kunci yang terdapat pada pintu,


almari dan laci asrama;

(d) memasang, mengubah suai atau membaiki lampu dan kipas atau
mengubahsuai pemasangan elektrik di bilik asrama;

(e) memasak makanan atau minuman di dalam bilik asrama;

(f) merendam pakaian dan kasut di dalam bilik asrama atau di dalam
singki bilik air atau tandas;

(g) menggunakan lilin atau pelita di dalam bilik asrama;

(h) meninggalkan tempat tidur, berkumpul di luar asrama dan


mengganggu pelajar lain yang sedang tidur selepas lampu
asrama dipadamkan;

(i) membawa peralatan-peralatan elektrik berkuasa tinggi yang


boleh menyumbang kepada berlakunya litar pintas dan
penggunaan kadar elektrik yang tinggi di asrama dan Institut
kecuali alat-alat bantuan pelajaran dengan mendapat kelulusan
Penyelia Asrama;

(j) membawa sebarang bahan-bahan mudah terbakar dan bahan


letupan ke dalam bilik asrama;

(k) melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu


ketenteraman penghuni asrama lain atau pun awam seperti
memasang radio terlalu kuat, menjerit, membakar mercun dan
sebagainya;

(l) berada atau balik ke asrama semasa apa-apa sesi pembelajaran


dan program/aktiviti sedang berjalan kecuali pada masa yang
dibenarkan;

(m) membawa keluar, mengubah suai susun atur semua inventori


dalam bilik asrama seperti yang sedia ada;

(n) membawa sebarang peralatan kelas atau bengkel (hak Institut) ke


dalam bilik asrama kecuali dengan kebenaran Pengajar
berkenaan;

6
(o) memasak atau membawa sebarang peralatan memasak dalam
asrama; dan

(p) membawa atau menunggang atau memandu sebarang


kenderaan bermotor di dalam kawasan Institut.

(3) Pelajar hanya dibenarkan bertemu rakan, tetamu luar atau keluarga di
bilik tetamu atau di tempat yang dibenarkan dalam kawasan Institut
sahaja.

(4) Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di asrama pelajar perempuan dan
sebaliknya.

(5) Pelajar yang menjalani Latihan Industri tidak dibenarkan sama sekali
masuk ke mana-mana bilik asrama ataupun meletakkan kenderaan di
kawasan asrama.

(6) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

(7) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (2) hingga (5) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

8. Masjid atau Surau

(1) Pelajar dikehendaki berpakaian sopan, bersih, kemas dan bersesuaian


semasa berada di masjid atau surau.

(2) Pelajar lelaki dan perempuan yang beragama Islam diwajibkan solat
berjemaah (pada setiap waktu solat) di masjid atau surau. Semua pelajar
lelaki yang beragama Islam diwajibkan solat Jumaat.

(3) Pelajar diwajibkan hadir ke ceramah umum anjuran Institut dan dilarang
meninggalkan masjid atau surau semasa aktiviti agama dijalankan.
Pelajar juga dilarang menjemput penceramah luar tanpa pengetahuan
pihak pengurusan.

7
(4) Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
peralatan masjid atau surau.

(5) Pelajar dilarang menggunakan masjid atau surau sebagai tempat tidur
atau sebarang aktiviti-aktiviti yang tidak berbentuk keagamaan.

(6) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (5) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan & Denda Spontan (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama & Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

9. Bengkel dan Bilik Kuliah

(1) Pelajar hendaklah –

(a) menghadiri apa-apa sesi pembelajaran di bengkel atau bilik


kuliah;

(b) mencapai sekurang-kurangnya 80% jumlah kehadiran sebenar


bengkel, kuliah atau modul latihan bagi setiap semester;

(c) memakai pakaian seragam dan berpenampilan kemas seperti


yang ditetapkan oleh Institut semasa menghadiri kuliah atau
latihan amali di bengkel;

(d) memakai pakaian dan peralatan keselamatan semasa sesi


pembelajaran di bengkel;

(e) mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh


Institut;

(f) menggunakan peralatan keselamatan hanya pada masa


kecemasan di bengkel atau di bilik kuliah;

(g) mengambil tindakan awal seperti membunyikan siren dan


melaporkan kepada Pengajar;

(h) bekerjasama menjaga keselamatan mesin dan peralatan latihan.


Semua peralatan dan mesin akan dijadualkan
penyelenggaraannya supaya sentiasa berada di dalam keadaan
baik dan selamat digunakan;

8
(i) memastikan alat-alat perkakas yang telah digunakan dibersihkan
dan disimpan dengan sempurna. Perkakas yang dipinjam dari
stor hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan bengkel;

(j) memastikan perkakas elektrik dan mesin digunakan dengan


selamat; dan

(k) melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan mesin di bengkel


kepada Pengajar.

(2) Pelajar dilarang –

(a) memakai selipar atau seumpamanya semasa menghadiri kuliah


mahupun latihan amali bengkel;

(b) menggunakan apa-apa jua alat latihan tanpa arahan dan


bimbingan Pengajar;

(c) menggunakan mesin yang rosak dan tidak selamat pada bila-bila
masa;

(d) membawa keluar bahan dan peralatan bengkel tanpa kebenaran


Pengajar; dan

(e) keluar semasa latihan di bengkel atau bilik kuliah tanpa


kebenaran bertulis daripada Pengajar.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1)(a) dan (1)(b)


adalah melakukan Kesalahan Berat.

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1)(c) hingga (k)


adalah melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (2) adalah melakukan


kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

9
10. Pejabat Pentadbiran

(1) Pelajar dibenarkan memasuki kawasan pejabat dan menggunakan


peralatan pejabat dengan kebenaran pegawai Institut.

(2) Pelajar yang dibenarkan memasuki pejabat hendaklah memakai pakaian


seragam yang lengkap dan berpenampilan kemas.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

11. Sahsiah Diri

(1) Pergaulan dan Hormat

(a) Pelajar hendaklah menjalinkan hubungan yang baik antara


pelajar lain dan pegawai Institut.

(b) Pelajar hendaklah memberi salam atau hormat kepada semua


pegawai Institut, pelawat-pelawat rasmi dan sesama pelajar
dengan cara yang sewajarnya (ucapan salam bagi yang
beragama Islam).

(c) Pelajar dikehendaki menjawab “SAYA ENCIK” atau “SAYA


TUAN” (mengikut kesesuaian) apabila dipanggil oleh pegawai
Institut.

(d) Pelajar hendaklah berdiri sedia apabila lagu Kebangsaan atau


lagu Negeri berkumandang.

(e) Pelajar dilarang berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan dan


menimbulkan syak wasangka pada bila-bila masa.

(2) Pakaian

(a) Pelajar hendaklah berpenampilan kemas dan memakai pakaian


yang bersesuaian pada masa dan tempat seperti yang berikut:

(i) pakaian seragam yang ditetapkan oleh Institut (hari dan


waktu bekerja atau berlatih dan lawatan rasmi di luar
Institut) berserta tanda nama;

10
(ii) pakaian sukan (semasa aktiviti sukan sahaja); dan

(iii) pakaian solat yang sopan dan bersesuaian.

(b) Pelajar dilarang mengubah bentuk pakaian yang diperolehi atau


diterima daripada Institut kecuali dalam keadaan yang dibenarkan
oleh Institut.

(c) Pelajar diwajibkan berpakaian sopan, menutup aurat (bagi yang


beragama Islam), tidak dibenarkan memakai jeans dan pakaian
mencolok mata (seperti seksi, ketat, singkat dan berpakaian
nipis).

(d) Pelajar dilarang memakai pakaian yang menutup mana-mana


bahagian muka termasuklah tetapi tidak terhad kepada purdah,
niqab, headbuff atau yang seumpama dengannya dalam Institut.

(e) Pelajar dilarang memakai peralatan perhiasan diri dan barang


kemas.

(f) Pelajar dilarang berkuku panjang. Pelajar lelaki dikehendaki


berambut pendek, kemas setiap masa serta tidak berjambang,
berjanggut dan bermisai.

(g) Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa berada


di kantin, Dewan Makan dan Bilik Riadah. Pelajar dilarang tidak
berbaju atau memakai selipar, baju tidak berlengan, seluar
pendek atau kain sarung.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1)(a) hingga (d) dan
(2) adalah melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan
hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1)(e) adalah


melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

11
12. Program atau Aktiviti

(1) Pelajar diwajibkan mengikuti semua program atau aktiviti yang


ditetapkan oleh Institut.

(2) Sepanjang tempoh mengikuti pengajian di Institut, pelajar tidak


dibenarkan mengikuti sebarang program atau aktiviti yang dianjurkan
oleh mana-mana agensi luar kecuali dengan kebenaran Pengarah.

(3) Pelajar dilarang menubuhkan sebarang persatuan yang melibatkan


kenegerian, bangsa atau agama melainkan dengan persetujuan dan
kelulusan bertulis Pengarah.

(4) Pelajar dilarang melibatkan diri dalam sebarang tunjuk perasaan,


mogok, perhimpunan haram dan tidak dibenarkan membuat bantahan
terbuka atau lain-lain tindakan yang bertentangan dengan Peraturan-
Peraturan ini.

(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (3) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

(6) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (4) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

13. Bilik Riadah

(1) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Bilik Riadah dan


dilarang membawa makanan dan minuman ke Bilik Riadah. Segala
kelengkapan di Bilik Riadah hendaklah dijaga dengan kemas, bersih
dan sempurna.

(2) Pelajar hanya dibenarkan menggunakan Bilik Riadah sehingga jam


11.00 malam sahaja dan tidak mengganggu penghuni lain.

(3) Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan peralatan di Bilik


Riadah kepada Penyelia Asrama secepat mungkin. Pelajar tidak
dibenarkan membaik pulih peralatan dan kelengkapan yang rosak tanpa
kebenaran Penyelia Asrama.

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (3) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

12
(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan
(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

14. Dewan Makan

(1) Pelajar hendaklah berpakaian bersih, kemas dan sopan serta


menanggalkan kasut sebelum memasuki Dewan Makan. Pelajar tidak
dibenarkan masuk ke Dewan Makan dengan memakai pakaian yang
kotor, seluar pendek, tidak berlengan dan kain sarung.

(2) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan dan


kantin. Sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
dan dulang makanan disusun di tempat yang dikhaskan.

(3) Pelajar dikehendaki beratur semasa mengambil makanan dan makan


dengan sopan dan beradab serta tidak membuat bising semasa berada
di Dewan Makan.

(4) Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan Dewan


Makan.

(5) Pelajar dilarang masuk ke stor barang-barang atau perkakas dan


kawasan dapur Dewan Makan pada bila-bila masa.

(6) Makanan hanya dibekalkan pada waktu yang ditetapkan oleh Institut.
Pelajar hendaklah mengikut jadual makan yang ditetapkan oleh
Pengarah.

(7) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (5) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

15. Keselamatan

(1) Pelajar bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda Institut


dan mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda
Institut.

13
(2) Pelajar dilarang merosakkan, mengubahsuai atau mengurangkan nilai
harta benda Institut.

(3) Pelajar dilarang membuat sambungan elektrik secara haram di Institut.

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (3) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

16. Pelawat

(1) Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari ahli keluarga sahaja.
Pelajar hendaklah memastikan pelawat melaporkan diri di Balai
Pengawal.

(2) Pelajar dibenarkan berjumpa dengan pelawat pada hujung minggu dan
hari kelepasan am Negeri dan Persekutuan sahaja. Waktu lawatan
adalah dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Bagi perjumpaan
di luar waktu lawatan, pelajar hendaklah mendapatkan kelulusan
daripada Pegawai Disiplin atau Warden.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Amaran Lisan dan Denda Spontan


(Berekod);

(b) kesalahan kedua: Amaran Pertama dan Denda (Berekod);

(c) kesalahan ketiga: Amaran Akhir (Kesalahan berulang adalah


tertakluk kepada subperaturan 28(1)).

17. Cuti

(1) Pelajar tidak diperuntukkan kemudahan cuti rehat sepanjang


pengajiannya kecuali hari kelepasan am Negeri dan Persekutuan sahaja
serta hari-hari pelepasan tertentu yang dibenarkan oleh Institut.

(2) Pelajar boleh dipertimbangkan untuk diberikan cuti kecemasan oleh


Institut. Sekiranya cuti kecemasan dimohon selepas waktu pejabat,
pelajar hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Warden
atau Pegawai Disiplin.

(3) Sekiranya pelajar berada di luar Institut dan perlu memohon cuti
kecemasan, pelajar hendaklah menghubungi Warden atau Pegawai

14
Disiplin untuk kelulusan dan membawa dokumen pengesahan berkaitan
(seperti salinan sijil kematian) apabila kembali semula ke Institut.

(4) Pelajar yang sakit hendaklah mendapatkan sijil cuti sakit daripada klinik
atau hospital Kerajaan. Sijil cuti sakit daripada klinik atau hospital swasta
adalah dihadkan untuk dua (2) hari sahaja pada satu-satu masa dan
tidak boleh melebihi lima (5) hari dalam satu semester. Sekiranya cuti
sakit tersebut melebihi had yang ditetapkan, pelajar akan dirujuk ke
hospital Kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya oleh Institut. Sijil cuti
sakit hendaklah diserahkan kepada Pengajar apabila pelajar kembali
semula Institut. Walau bagaimanapun, pelajar tertakluk kepada syarat
80% kehadiran ke kelas atau bengkel untuk menduduki peperiksaan
akhir.

(5) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (2) hingga (4) adalah
melakukan Kesalahan Berat dan boleh dikenakan hukuman yang
dinyatakan dalam subperaturan 19(2).

18. Latihan Industri

(1) Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada Latihan


Industri dan sentiasa tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini
sepanjang tempoh Latihan Industri.

(2) Pelajar hendaklah melapor diri di tempat pelajar menjalani Latihan


Industri berkenaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

(3) Pelajar hendaklah menghadiri Latihan Industri setiap hari bekerja


sebagaimana yang telah ditetapkan oleh majikan berkenaan. Kegagalan
pelajar menghadiri Latihan Industri tanpa kebenaran majikan adalah
suatu kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(4) Pelajar hendaklah menghubungi majikan jika tidak dapat menghadiri


Latihan Industri atas sebab-sebab kecemasan. Walau bagaimanapun,
kemudahan cuti kecemasan tersebut bergantung kepada budi bicara
majikan berkenaan.

(5) Pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh


tempat Latihan Industri. Kegagalan pelajar mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh tempat Latihan Industri tersebut adalah suatu kesalahan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(6) Pelajar tidak dibenarkan bertukar tempat Latihan Industri atau majikan
melainkan atas sesuatu sebab yang munasabah dan tertakluk kepada
budi bicara dan kelulusan Pengarah.

(7) Pelajar hendaklah mencatatkan segala aktiviti latihan harian yang dibuat
dalam buku log yang dibekalkan oleh Institut sepanjang tempoh Latihan
Industri. Pelajar dilarang membuat laporan palsu sepanjang menjalani
Latihan Industri.

15
(8) Pelajar dilarang berkelakuan yang boleh menjatuhkan imej Institut
seperti mencuri, bergaduh, minum minuman memabukkan, memiliki dan
menyalahgunakan apa-apa jenis dadah, berpakaian tidak senonoh dan
melakukan perkara lain yang bertentangan dengan Peraturan-Peraturan
ini akan ditamatkan Latihan Industri dan dikenakan tindakan tatatertib.

(9) Pembayaran elaun semasa menjalani Latihan Industri adalah


berasaskan kepada kehadiran pelajar di tempat Latihan Industri.

(10) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (2) hingga (7) adalah
melakukan kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

(11) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (8) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

19. Ketidakhadiran Tanpa Kelulusan

(1) Ketidakhadiran pelajar ke Institut tanpa kelulusan Pegawai Disiplin atau


Warden boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan tatatertib.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang berikut:

KESALAHAN HUKUMAN

Pertama:

(a) Tidak hadir ke Institut dalam Potong elaun:


bulan semasa (a) THTK* 1 hari – 25%
(b) THTK 2 hari – 50 %
(c) THTK 3 hari – 75%
(d) THTK 4 ke atas – 100%

(b) Tidak hadir ke Institut 7 Potong elaun dan rujuk ke


hingga 14 hari Jawatankuasa Disiplin Pelajar

(c) Tidak hadir ke Institut Rujuk ke Lembaga Tatatertib


melebihi 14 hari. Pelajar boleh dikenakan hukuman
sehingga diberhentikan pengajian

*THTK: Tidak Hadir Tanpa


Kelulusan

16
Kedua:

(a) Tidak hadir ke Institut tidak Rujuk ke Lembaga Tatatertib


lebih 7 hari. Pelajar dan boleh dikenakan
hukuman sehingga diberhentikan
(b) Tidak hadir ke Institut 7 hari pengajian
hingga 14 hari.

Ketiga:

Tidak hadir ke Institut tidak lebih Rujuk ke Lembaga Tatatertib


7 hari. Pelajar dan boleh dikenakan
hukuman sehingga diberhentikan
pengajian

(3) Bagi maksud subperaturan (2), “potong elaun” ertinya pemotongan


bantuan pelajaran yang dibayar kepada pelajar.

20. Mencuri

(1) Pelajar dilarang mencuri atau bersubahat untuk mencuri atau memiliki
alatan dengan niat untuk mencuri harta benda Kerajaan atau
perseorangan atau memiliki, menyimpan, menyembunyikan harta
curian.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

21. Bergaduh/ Mengugut/ Menghasut/ Memulau/ Memfitnah/ Mengancam/


Demonstrasi

(1) Pelajar dilarang bergaduh sesama pelajar atau dengan pegawai/


kakitangan Institut atau pihak luar, sama ada mengakibatkan sebarang
kecederaan ataupun tidak.

(2) Pelajar dilarang mengugut atau mengancam atau menghasut bagi


maksud mendatangkan ketakutan kepada orang lain melalui apa jua
cara.

(3) Pelajar dilarang, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-
apa cara lain membuat atau menyebarkan apa-apa penyataan negatif
melalui media cetak atau media elektronik kepada mana-mana pihak
tentang Institut atau pegawai/ kakitangan Institut bagi tujuan
memburukkan nama Institut.

(4) Pelajar dilarang mempunyai hubungan atau menjadi ahli kepada suatu
kumpulan yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

17
(5) Pelajar dilarang dengan sengaja menimbulkan provokasi kepada pelajar
lain sehingga mencetuskan pergaduhan sesama pelajar.

(6) Pelajar dilarang memulau mana-mana program atau aktiviti Institut.

(7) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) hingga (6) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

22. Bahan Lucah dan Gangguan Umum

(1) Pelajar dilarang memiliki, menyimpan, menjual, mengedar, menonton,


mempamer, membaca atau berkongsi sebarang bahan lucah sama ada
melalui media cetak atau media elektronik.

(2) Pelajar dilarang membuat gangguan umum atau apa-apa cara lain
berkenaan dengan perbuatan lucah kepada pelajar lain atau pegawai/
kakitangan Institut atau pihak luar.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

23. Berjudi

(1) Pelajar dilarang berjudi atau bertaruh dalam apa jua cara sekalipun.

(2) Pelajar dilarang membekal, mencipta, memiliki, menyimpan apa-apa


jenis peralatan perjudian atau menganjurkan sebarang aktiviti perjudian.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

24. Minuman Beralkohol atau Bahan Memabukkan

(1) Pelajar dilarang meminum, memiliki, menyimpan, menjual, memproses


atau mengedar sebarang minuman atau bahan beralkohol.

(2) Pelajar dilarang menyalahgunakan bahan-bahan inhalan yang


memabukkan atau mengkhayalkan diri termasuklah tetapi tidak terhad
kepada gam, aerosol, thinner atau petrol.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

25. Memalsukan Dokumen atau Menipu

(1) Pelajar dilarang memalsukan apa-apa dokumen, atau menggunakan


dokumen palsu dengan memberikan maklumat palsu, atau meniru atau
memalsukan tandatangan pegawai Institut.

18
(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan
Kesalahan Berat.

26. Membuli atau Mendera

(1) Pelajar dilarang membuli atau mendera, atau menghasut untuk membuli
atau mendera pelajar lain.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

27. Rokok

(1) Pelajar dilarang menghisap, memiliki, menyimpan atau membawa rokok


atau peralatan rokok dalam Institut.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), “rokok” ertinya rokok, cerut, rokok
elektronik (vape), shisa atau apa-apa yang seumpama dengannya.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

28. Kesalahan-kesalahan lain

(1) Pelajar yang didapati melakukan kesalahan tatatertib melebihi tiga (3)
kali adalah melakukan Kesalahan Berat.

(2) Pelajar dilarang menceroboh mana-mana kawasan Institut yang telah


dinyatakan sebagai kawasan larangan.

(3) Pelajar dilarang keluar dari kawasan Institut tanpa kebenaran Pegawai
Disiplin atau pegawai Institut.

(4) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (2) dan (3) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

29. Ingkar Perintah

(1) Pelajar dilarang ingkar perintah atau membantah apa-apa arahan


pegawai Institut dengan apa-apa cara sekalipun.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


kesalahan tatatertib dan boleh dikenakan hukuman:

(a) kesalahan pertama: Rujuk Jawatankuasa Disiplin Pelajar –


Amaran Akhir dan Denda (Berekod);

(b) kesalahan kedua: Rujuk Lembaga Tatatertib Pelajar.

19
30. Dadah atau Racun

(1) Pelajar dilarang menggunakan atau mengambil apa-apa dadah atau


racun, menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah atau racun
kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi
maksud perubatan oleh pengamal perubatan.

(2) Pelajar dilarang memiliki apa-apa peralatan bagi tujuan menggunakan,


mengambil, menyalahgunakan atau menagih dadah atau racun dalam
kawasan Institut.

(3) Mana-mana pelajar yang didapati “POSITIF” melalui ujian saringan awal
dadah (strip test) yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa
adalah melakukan Kesalahan Berat.

(4) Mana-mana pelajar yang disahkan “POSITIF” ujian saringan dadah


berdasarkan keputusan atau laporan patologi adalah melakukan satu
Kesalahan Berat.

(5) Bagi maksud peraturan ini, “dadah” atau “racun” ertinya apa-apa dadah
atau racun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya
1952 [Akta 234] atau Akta Racun 1952 [Akta 366].

(6) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) dan (2) adalah
melakukan Kesalahan Berat.

31. Memiliki Senjata/ Peralatan/ Bahan Berbahaya

(1) Pelajar dilarang memiliki apa-apa senjata, peralatan atau bahan yang
boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), “memiliki” ertinya menyimpan,


membawa, membuat, mengguna, mempamer atau apa-apa perbuatan
yang seumpama dengannya.

(3) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

32. Subahat

(1) Seseorang pelajar adalah bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di


bawah Peraturan-Peraturan ini jika pelajar itu –

(a) menghasut mana-mana pelajar lain melakukan kesalahan itu;

(b) mengambil bahagian bersama-sama dengan seorang pelajar


atau beberapa orang pelajar dalam melakukan kesalahan itu;
atau

20
(c) dengan sengaja membantu sama ada melalui perbuatan atau
suatu ketinggalan (act or omission) dengan tujuan untuk
melakukan kesalahan itu.

(2) Mana-mana pelajar yang melanggar subperaturan (1) adalah melakukan


Kesalahan Berat.

BAHAGIAN III

PELAJAR YANG TERTAKLUK KEPADA PROSIDING JENAYAH

33. Penahanan Pengajian Bagi Maksud Penyiasatan

(1) Jika seseorang pelajar disyaki telah melakukan suatu kesalahan


jenayah, Lembaga Tatatertib Pelajar boleh memberikan cuti khas
sepanjang tahanan reman.

(2) Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pelajar, Lembaga


Tatatertib Pelajar boleh menggantung pengajian pelajar itu bagi suatu
tempoh tidak melebihi 2 semester.

(3) Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar itu berkeputusan


dengan pensabitannya, Lembaga Tatatertib Pelajar boleh
memberhentikan pengajian pelajar.

(4) Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pelajar itu berkeputusan


dengan pembebasannya dan tiada rayuan dibuat terhadap keputusan
itu, pelajar itu hendaklah dibenarkan menyambung pengajiannya.

BAHAGIAN IV

HAL-HAL LAIN

34. Pindaan

(1) BPKB berhak meminda, menambah atau membuat perubahan kepada


Peraturan-Peraturan ini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan
terlebih dahulu kepada pelajar.

(2) BPKB mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala perkara


yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini.

(3) Bagi maksud peraturan ini, “BPKB” ialah Bahagian Pembangunan


Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

21
35. Kecualian

Semua prosiding tatatertib yang masih belum selesai sebelum


berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus diuruskan menurut
Peraturan Tatatertib Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan,
Pindaan 3, 2018 seolah-olah Peraturan-Peraturan itu tidak dibatalkan.

36. Pembatalan

Peraturan Tatatertib Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan,


Pindaan 3, 2018 dibatalkan.

22
23
24

Anda mungkin juga menyukai