Anda di halaman 1dari 13

BUKU PERATURAN

ASRAMA MAAHAD

NAMA PELAJAR :____________________________________

NAMA PENJAGA:___________________________________

Email:mtaqwassa@gmail.com
Fb:www.facebook.com/mtaqwa
Website: https://mtaqwas.edu.my/
Alamat: d/a Surau An-Nur,No 1. Jalan
Ungu U9/33, Seksyen U9, Sunway
Kayangan,40150 Shah Alam, Selang

1
MTAQWA’S

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A - PERATURAN AM ...............................................................................................................................1

BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA.......................................................................................................................2

1.0 KELAS PERSEDIAAN ..................................................................................................................................2

2.0 AKTIVITI KEROHANIAN ..............................................................................................................................2

3.0 AKTIVITI PERMAINAN.................................................................................................................................3

4.0 WAKTU MAKAN...........................................................................................................................................3

5.0 WAKTU TIDUR.............................................................................................................................................4

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA ....................................................................................................4

1.0 BILIK.............................................................................................................................................................5

2.0 PEMERIKSAAN BILIK ..................................................................................................................................5

3.0 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH..............................................................................................................6

4.0 BILIK REHAT................................................................................................................................................6

5.0 BARANG PERSENDIRIAN ..........................................................................................................................6

6.0 MAJALAH DAN PENULISAN .......................................................................................................................7

7.0 KIRIMAN MAKANAN ....................................................................................................................................7

8.0 BARANG LARANGAN..................................................................................................................................8

9.0 KAWASAN LARANGAN ...............................................................................................................................8

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI .........................................................................................................8

1.0 KAD KELUAR MASUK ASRAMA .................................................................................................................9

2.0 KELUAR MASUK ASRAMA .........................................................................................................................9

3.0 WAKTU LAWATAN ................................................................................................................................... ..9

4.0 CUTI BALIK KAMPUNG............................................................................................................................ 10

BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN.................................................................................................................. 10

BAHAGIAN F - PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN .............................................. 10

BAHAGIAN G - TAFSIRAN KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA ..…………………….. 11

2
MTAQWA’S

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WA AS SUNNAH

BUKU PERATURAN ASRAMA

BAHAGIAN A - PERATURAN AM
1.0 Peraturan ini dinamakan Peraturan Asrama Maahad Tahfiz Al-Quran wa As-Sunnah.
Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar mana-mana
peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

2.0 Peraturan di dalam buku ini boleh dimansuh, dipinda dan ditambah atau peraturan baru
dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalamnya oleh pihak berwajib.

3.0 Pelajar asrama juga terikat dengan peraturan sekolah pada setiap masa.

4.0 Pelajar asrama dikehendaki:

(a) Menghormati dan mematuhi segala arahan Warden , HEP , Ketua Asrama dan ketua-
ketua yang dilantik.

(b) Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan asrama serta bertanggungjawab


menjaga keselamatan harta benda asrama dan sekolah.

(c) Menjaga nama baik dan imej diri sendiri, asrama dan juga nama baik sekolah.

(d) Dilarang membuat bising apabila berada di asrama.

(e) Dilarang membuat hubungan dengan sesiapa sahaja yang bukan muhrimnya samada
melalui surat menyurat , telefon dan lain-lain yang berkaitan.

5.0 PENGUASAAN : Warden-warden dan guru-guru yang diberi kuasa untuk


menguatkuasakan peraturan-peraturan maahad ini. Kuasa menghukum adalah tertakluk
kepada Mudir, Ketua Muallim, Warden dan guru-guru yang diberi kuasa oleh mudir.

1
MTAQWA’S

BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA

1.0 KELAS PERSEDIAAN MALAM


1.1 Kelas persediaan malam adalah wajib setiap hari kecuali mendapat arahan daipada
pengetua atau warden dan pada hari Sabtu.

1.2 Kelas persediaan adalah bermula seawal jam 8.00/9.00 malam dan berakhir selewat-
lewatnya pada jam 10.00 malam mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.

1.3 Hanya bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran sahaja dibenarkan untuk dibawa
semasa waktu kelas persediaan.

1.4 Lain-lain aktiviti bukan akademik semasa kelas persediaan tidak dibenarkan kecuali
mendapat arahan dari pengetua atau warden bertugas.

1.5 Pakaian untuk kelas persediaan adalah seperti berikut:-

(a) Perempuan : Berjubah dan bertudung labuh. Semasa kelas persediaan, pelajar
adalah dilarang untuk membuka tudung walaupun di dalam kelas.

(b) Lelaki : Baju Melayu / jubah / kurta dan berseluar slack.

1.6 Para pelajar diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas yang digunakan. Pelajar
tidak dibenarkan membawa atau makan ke dalam bilik bacaan/persediaan.

1.7 Pelajar dikhendaki menjaga tatatertib dan ketenteraman semasa di bilik bacaan.

2.0 AKTIVITI KEROHANIAN


2.1 Para pelajar diwajibkan solat fardhu 5 waktu berjemaah pada waktu yang telah
ditetapkan.

2.2 Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk mengendalikan program solat berjemaah
dan aktiviti kerohanian asrama.

2.3 Ketua bahagian dakwah mesti mencatat nama pelajar yang tidak hadir untuk solat
berjemaah dan aktiviti pada waktu yang ditetapkan.

2.4 Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kerohanian pada waktu yang
ditetapkan.

2.5 Semua pelajar diwajibkan memakai Baju Melayu / jubah / kurta dan berseluar slack. dan
jubah / baju kurung (perempuan) semasa ke surau untuk solat berjemaah.

2
MTAQWA’S

3.0 AKTIVITI PERMAINAN


3.1 Pelajar diwajibkan berada di padang / gelanggang permainan dari jam 5.00 petang hingga
6.00 petang setiap hari.

3.2 Semasa waktu permainan / riadhah pelajar tidak dibenarkan berada di asrama.

3.3 Pakaian semasa permainan:-

(a) Perempuan : T.shirt labuh / baju kurung berlengan panjang, seluar panjang biru
gelap atau hitam, bertudung, berkasut dan berstoking.

(b) Lelaki : T.shirt, seluar track, berkasut dan berstoking.

3.4 Dilarang bermain ketika hari hujan atau cuaca buruk.

3.5 Dilarang melakukan aktiviti sukan di dalam asrama, musolla, kantin, dan persekitaran
asrama kecuali tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk permainan indoor.

4.0 WAKTU MAKAN

4.1 Pelajar perlu mematuhi masa makan

4.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan
makan

4.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam bilik tidur.

4.4 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan
kepada warden atau AJK yang bertugas untuk tindakan.

4.5 Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersih ketika berada di dewan makan.

4.6 Menutup aurat semasa makan.

4.7 Makan tengah hari pada hari-hari persekolahan dikehendaki dengan pakaian maahad.

4.8 Penghuni hendaklah menepati masa semasa berada di dewan makan..

4.9 Dilarang berebut-rebut semasa makan.

4.10 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan yang berlebihan.

4.11 Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak, melaga-lagakan sudu dan garfu ,
pinggan mangkuk dan sebagainya.

3
MTAQWA’S

4.12 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dewan makan seperti berikut ;

a) Jadual makan adalah sebagaimana di dalam jadual harian pelajar

b) Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasan dewan makan selain dari waktu
makan dan dilarang juga masuk ke dapur.

c) Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal / lewat sebab berpuasa atau pulang
dari rombongan , hendaklah memberitahu warden atau AJK bertugas

d) Pinggan , mangkuk , cawan , dulang dan lain-lain peralatan dapur tidak dibenarkan
bawa keluar dari dewan makan.

e) Pelajar mesti beratur semasa mengambil makanan.

f) Selepas makan , pelajar-pelajar dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri,


membersih meja makan dan membuang lebihan makanan ke dalam bekas yang
disediakan.

5.0 WAKTU TIDUR


5.1 Waktu tidur adalah dari jam 10.15 malam hingga 4.45 pagi.

5.2 Pada jam 10.15 malam semua pelajar mesti berada di katil masing-masing untuk
pemeriksaan malam bila perlu kecuali mendapat kebenaran daripada warden.

5.3 Semasa pemeriksaan malam, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik air,bilik solat dan
sebagainya.

5.4 Pelajar tidak dibenarkan bangun, merayau atau berjalan selepas pemeriksaan malam.

5.5 Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli bilik untuk memastikan lampu dipadam tepat
pada jam 10.15 malam.

5.6 Pelajar mesti tidur hanya dikatilnya sahaja.

5.7 Ketua / AJK bilik wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam /
melanggar disiplin asrama kepada warden yang bertugas sebelum jam 7.15 pagi.

4
MTAQWA’S

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA

1.0 BILIK

1.1 Asrama hendaklah dijaga dengan bersih. Kasut, pakaian, buku dan lain-lain barang
kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan baik.

1.2 Penghuni hendaklah membuang sampah sarap di tempat-tempat yang disediakan.

1.3 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap hari. Kain selimut hendaklah
dilipat

dan diletakkan di hujung katil. Kain cadar / sarung bantal berwarna putih hendaklah
sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

1.4 Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai di penyidai kain yang telah disediakan.
Adalah dilarang menyidai di tingkap, di katil dan di kaki lima bangunan.

1.5 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil, almari atau barang lain dan alatan
asrama mengikut sesuka hati.

1.6 Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnya pada pukul 10.15 malam.

1.7 Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkan asrama kecuali jika terdapat
penghuni yang sakit.

1.8 Operasi membersih bilik hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau pada bila-bila
masa yang diperlukan. Ketua bilik hendaklah memastikan semua penghuni mengambil
bahagian.

2.0 PEMERIKSAAN BILIK


2.1 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh ketua bilik sebelum sarapan
pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas dan bersih.

2.2 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas
bagi memastikan :
(a) kebersihan bilik pelajar
(b) kebersihan asrama
(c) setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang lengkap

2.3 Pemeriksaan mengejut akan dilakukan oleh warden bertugas sekiranya perlu.

2.4 Ketua dorm perlu mengunci dorm apabila ahli dorm lain pergi ke kelas atau menghadiri
kegiatan – kegiatan tertentu yang lain dan kunci asrama hendaklah diserahkan kepada
warden bertugas.

5
MTAQWA’S

3.0 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH

3.1 Penghuni tidak dibenarkan meninggalkan baldi di merata-rata tempat. Baldi hendaklah
disimpan di tempat yang disediakan.

3.2 Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepas digunakan walaupun
pada masa ketiadaan air.

3.3 Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanan dan sebagainya di merata-rata
tempat. Gunakan tong sampah yang disediakan.

3.4 Tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki. Dilarang membuang sebarang objek
seperti tuala wanita, sabun dan seumpamanya di dalam lubang tandas. Selepas
menggunakan tandas hendaklah dibersihkan dengan menggunakan berus tandas yang
disediakan. Pastikan tandas dan bilik asrama sentiasa bersih.

4.0 BILIK SERBAGUNA

4.1 Semua penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan alatan.

4.2 Penghuni hendaklah menyimpan semula surat khabar atau majalah yang dibaca ke
tempat yang telah disediakan dan dilarang membawa keluar sama sekali.

4.3 Penghuni dilarang membawa makanan dan minuman atau makan dalam bilik ini.

4.4 Penghuni dilarang berbaring atau duduk dengan cara yang kurang sopan.

5.0 BARANG PERSENDIRIAN

5.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang milik persendirian.

5.2 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah
ditulis nama dan dijaga dengan cermat dan sempurna.

5.3 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, bilik atau
tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM
10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh warden.

5.4 Sekiranya terjumpa wang atau barang-barang berharga, hendaklah diserahkan kepada
mana-mana warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.

6
MTAQWA’S

6.0 MAJALAH DAN PENULISAN

6.1 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita,
pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan bercetak mestilah mendapat
kebenaran daripada Ketua Muallim.

6.2 Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui guru
penasihat untuk semakan.

6.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau
badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran maahad.

6.4 Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah, adalah tertakluk
kepada peraturan sekolah.

7.0 KIRIMAN MAKANAN

7.1 Bungkusan makanan boleh diterima dari rumah masing-masing. Ibu / Bapa / Penjaga
adalah dinasihatkan supaya tidak menghantar makanan yang mudah basi /busuk.

7.2 Makanan tidak boleh dibawa ke bilik kuliah, makmal, musolla, kelas, bilik komputer,
dewan utama dan perpustakaan.

7.3 Penghuni dibenarkan menyimpan makanan kering sahaja seperti biskut.

7.4 Makanan tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas yang baik , bagi mengelakkan
semut dan lipas.

8.0 BARANG LARANGAN

8.1 Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa-apa jua jenis alat komunikasi adalah
tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

8.2 Rokok, gula-gula, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga,
cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers,
seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, gambar/buku/majalah berunsur
negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan
dibawa ke asrama dan sekolah.

8.3 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan
yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

7
MTAQWA’S

9.0 KAWASAN LARANGAN


9.1 Semua bilik dan blok asrama menjadi kawasan larangan kepada semua pelajar pada
waktu-waktu yang ditetapkan:

(a) Hari-hari persekolahan.


(b) Setiap waktu sembahyang.
(c) Aktiviti persatuan / kelab / penghayatan Islam
(d) Aktiviti rasmi sekolah .

9.2 Mendapat kebenaran bertulis dari Mudir atau Ketua Warden adalah satu kemestian
kepada pelajar-pelajar yang balik ke asrama.

9.3 Pelajar dilarang berkeliaran di hadapan rumah guru / kakitangan dan warden asrama.

9.4 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik komputer, perpustakaan, pejabat sekolah / warden,
dan bilik sakit melainkan dengan kebenaran mudir atau guru.

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI

1.0 KAD KELUAR MASUK ASRAMA


1.1 Setiap orang pelajar akan memiliki sekeping kad/buku pelajar bagi kegunaan keluar /
masuk asrama.

1.2 Semasa hendak keluar meninggalkan asrama, kad pelajar ini hendaklah ditandatangani
oleh ketua warden dan waris yang dibenarkan sahaja.

1.3 Kad / buku ini hendaklah ditinggalkan bersama warden asrama semasa meninggalkan
asrama.

1.4 Bagi pelajar perempuan, hanya dibenarkan keluar / balik kampung bersama waris yang
tercatat di dalam kad keluar masuk sahaja dan sekiranya waris tersebut tidak dapat hadir,
maka wakilnya hendaklah dimaklumkan kepada pengetua / warden secara lisan dan
bertulis.

1.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kawan atau ibu bapa / penjaga pelajar
lain kecuali mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu bapa / penjaga.

1.6 Kad keluar masuk pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan selamat. Sebarang
kehilangan boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM 10.00.

1.7 Kad asrama disimpan oleh warden. Pelajar perlu mengambil kad daripada warden
sekiranya hendak keluar dari kawasan sekolah dan menyerahkannya semula kepada
warden setelah pulang ke asrama. Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh dikenakan
tindakan yang sewajarnya

8
MTAQWA’S

2.0 KELUAR MASUK ASRAMA


2.1 Pelajar dibenarkan keluar asrama / ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pengurusan asrama.

2.2 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan maahad pada hari cuti am.Kebenaran
keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan,
atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.

2.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Warden atau warden
bertugas.

2.4 Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh
sekolah perlu dihantar oleh ibu bapa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permohonan
untuk dipertimbangkan oleh Mudir atau Ketua Warden.

2.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain kecuali dengan surat
kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan.

2.6 Pakaian keluar ke bandar adalah pakaian rasmi maahad / baju sekolah / pakaian yang
telah ditetapkan.

3.0 WAKTU LAWATAN

3.1 Ibu bapa atau penjaga boleh berjumpa dengan anak masing – masing pada waktu –
waktu yang telah ditetapkan.

3.2 Perjumpaan dan perbualan hendaklah diadakan di kawasan asrama. Ibu bapa atau
penjaga tidak dibenarkan sama sekali masuk ke bilik tidur pelajar.

3.3 Pihak sekolah berhak melarang mana – mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar
tanpa memberi sebarang sebab.

3.4 Lawatan di luar waktu (10.1) boleh dipertimbangkan jika ibu bapa sendiri berjumpa
dengan Ketua Muallim, Guru Disiplin atau wakilnya.

3.5 Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknya kecuali pada hari cuti sekolah
dan hari – hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.6 Ibu bapa / waris yang datang melawat hendaklah berpakaian sopan bersesuaian dengan
suasana persekitaran di maahad tahfiz.

9
MTAQWA’S

4.0 CUTI BALIK KAMPUNG


4.1 Pelajar hanya dibenarkan balik ke kampung pada cuti persekolahan sahaja atau pada hari
– hari yang diarahkan dan ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

4.2 Untuk tujuan keselamatan, ibu bapa / penjaga pelajar ( digalakkan bagi pelajar lelaki /
diwajibkan bagi pelajar perempuan ) menjemput atau menghantar wakil ( yang telah
direkodkan dalam kad keluar masuk ) dan menghantar kembali dengan cara yang sama ,
kad lawatan / buku keluar masuk mestilah ditunjukkan kepada warden yang bertugas.

4.3 Dilarang bermalam di rumah kawan kecuali mendapat kebenaran penjaga.

4.4 Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah:

(a) Mendapat kebenaran daripada Pengetua.

(b) Menunjukkan surat atau bukti waris yang menjemput pelajar. Ini adalah
untuk menentukan bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.

4.5 Pelajar – pelajar dikehendaki pulang semula pada hari yang ditetapkan ke asrama
sebelum jam 6.00 petang.

BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN


1.0 Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada warden yang bertugas untuk dihantar
ke klinik.

2.0 Ibu bapa / waris akan dimaklumkan sekiranya pelajar tersebut dimasukkan ke hospital

3.0 Sebarang bil rawatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa/penjaga.

4.0 Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit, dibenarkan balik ke
rumah.

BAHAGIAN F – PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN


1.0 Dilarang membawa dan memakai pakaian yang ketat, jarang dan pendek.

2.0 Dilarang membawa dan memakai tudung pendek dan segala jenis selendang / shawl.

3.0 Dilarang membawa dan memakai pakaian yang mempunyai banyak jenis corak dan
perhiasan seperti manik, labuci,corak dan seumpamanya.

4.0 Hanya dibenarkan memakai baju jubah yang berwarna gelap dan tidak berfesyen.

10
MTAQWA’S

BAHAGIAN G – TAFSIRAN KESALAHAN DAN PERLANGGARAN PERATURAN ASRAMA


1.0 Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana peraturan dan kesalahan yang tidak
tercatat dalam peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama yang dipengerusikan
oleh Mudir boleh dengan budi bicara mentafsirkan kesalahan dan hukuman yang akan
dikenakan.

2.0 Pelanggaran peraturan asrama adalah satu kesalahan. Hukuman yang akan dikenakan
adalah berdasarkan keseriusan kesalahan.

3.0 Kategori hukuman adalah

(a) Amaran dan kaunseling

(b) Memanggil ibu bapa / penjaga

(c) Gantung Asrama : 1 Minggu dan 2 Minggu

(d) Buang Asrama

11

Anda mungkin juga menyukai