Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL LABUAN Pelajar DILARANG SAMA SEKALI menggunakan lilin,

lampu minyak tanah dan sebagainya di dalam bangunan


1. Tanggungjawab Pelajar Asrama asrama.

1.1 Keselamatan Harta Benda Asrama: Penggunaan seterika hanya dibenarkan di bilik khas yang
telah disediakan.
Pelajar asrama adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas keselamatan harta benda asrama. Sekiranya berlaku 1.4 Penggunaan Air
sesuatu kerosakan sama ada sengaja atau tidak sengaja,
pelajar berkenaan adalah bertanggungjawab membayar Penggunaan air : Penggunaan air hendaklah secara
ganti rugi atau kos pembaikan. minima sahaja. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan,
pelajar hendaklah melaporkan kepada warden bertugas
1.2 Keselamatan Harta Benda Sendiri: dengan kadar yang segera.

Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab Penggunaan Tandas, bilik mandi/cuci: Tandas hendaklah
pelajar sendiri. Pihak sekolah tidak akan di pam selepas setiap kali digunakan. Kebersihan bilik
bertanggungjawab atas kehilangan dan sebarang mandi/cuci adalah tanggungjawab semua penghuni
kerosakan harta benda pelajar. asrama.

1.3 Penggunaan Lampu (Tenaga Elektrik) 1.5 Kebersihan Dorm

Semua lampu bilik belajar (study room) hendaklah Kebersihan dan keceriaan dorm adalah tanggungjawab
dipadamkan pada jam 12.00 malam. Semua lampu dorm sepenuhnya ahli dorm.
mesti dipadamkan tepat jam 11.00 malam. Sebarang
aktiviti tidak dibenarkan selepas jam 12.00 malam kecuali Pelajar dilarang berpindah bilik atau tidur di bilik rakan
atas kebenaran warden bertugas. lain. Semua kemudahan yang disediakan tidak boleh
dipindah milik dan mesti dikembalikan setiap habis
Penggunaan lampu yang menggunakan bateri hanya semester.
dibenarkan semasa ketiadaan tenaga elektrik sahaja.
Pelajar DILARANG SAMA SEKALI MEMBUAT Hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih (tidak berbau),
SEBARANG PENYAMBUNGAN bekalan / tenaga elektrik kemas dan tersusun.
di mana-mana bahagian bangunan asrama.

1 2
2. Peraturan Makan/Minum
3. Keluar /Masuk Asrama (Outing & Balik Bermalam)
2.1 Waktu makan hendaklah mengikut waktu yang telah
ditetapkan. 3.1 Pelajar hendaklah akur dan bijak merancang jadual
pengurusan diri sesuai dengan jadual keluar bandar dan balik
2.2 Berpakaian bersih dan kemas ketika di dewan makan. bermalam asrama yang telah keluarkan oleh pihak
Perempuan : berbaju kurung atau pakaian sopan Pengurusan Asrama. Sebarang permohonan keluar/ masuk
Lelaki : T-Shirt sekolah dan seluar panjang asrama tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab yang
sangat penting dan kecemasan sahaja.
Penggunaan KAIN PELIKAT dan SELUAR PENDEK
TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. 3.2 Pelajar hendaklah mendapatkan kad keluar bandar
daripada penyelia asrama dan mendapat tandatangan warden
2.3 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap menu makanan bertugas sehari sebelum outing atau balik bermalam.
hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada penyelia
asrama. 3.3 Pelajar hendaklah melaporkan diri dengan meminta kad
keluar bandar atau balik bermalam mereka daripada biro
2.4 Sebarang aduan mengenai masalah makanan atau perhubungan setelah kembali ke asrama.
minuman hendaklah dimaklumkan dan dilaporkan secara
bertulis kepada penyelia asrama atau warden bertugas. 3.4 Pelajar hendaklah berada di asrama selewat-lewatnya jam
5.00 petang apabila melapor masuk.
2.5 Pelajar dilarang membawa atau meminum MINUMAN
KERAS di premis asrama. 3.5 Pakaian keluar bandar atau balik bermalam

2.6 Tidak dibenarkan membawa pelajar BUKAN asrama untuk Lelaki : Baju korporat asrama & seluar slack hitam,
makan/minum bersama. kasut bertutup

2.7 Pelajar tidak dibenarkan berada di dewan makan asrama Perempuan: Baju korporat , tudung hitam (muslim),
kecuali pada waktu-waktu yang dibenarkan (PREP). Kasut bertutup.

2.8 Pelajar dilarang membuat bising ketika berada di dewan 3.6 Pelajar yang mempunyai urusan rasmi dengan pensyarah-
makan. pensyarah lain di luar waktu pengajian kuliah dan di luar kolej
hendaklah memaklumkan kepada warden bertugas dan
2.9 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dewan mengisi borang kebenaran.
makan.(Tidak membuang sisa makanan di atas meja & lantai).

4
3
3.7 Pelajar yang didapati keluar asrama tanpa kebenaran 5.3 Pelajar DILARANG SAMA SEKALI membuat bising, tidur
boleh diarahkan untuk mengisi borang memohon keluar dan berkelakuan tidak sopan ketika berada di bilik prep.
asrama serta merta.
5.4 Berpakaian bersih dan kemas ketika di bilik prep.
Perempuan : berbaju kurung atau berpakaian sopan
4. Perjumpaan Pelajar Lelaki : T-Shirt sekolah dan seluar panjang.

4.1 Pelajar WAJIB menghadiri perjumpaan, perhimpunan 5.5 Waktu prep atau ‘study hour’ akan dilanjutkan kepada
atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej. 12.00 malam pada minggu-minggu ‘study week’ dan minggu-
minggu peperiksaan.
4.2 Sebarang perjumpaan, perhimpunan atau aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar perlu mendapat kebenaran daripada 6. Larangan Keras
pihak pengurusan asrama terlebih dahulu.
Pelajar asrama sama sekali DILARANG terlibat dan
4.3 Pelajar tidak dibenarkan untuk berkumpul dan melakukan perkara-perkara berikut:
mewujudkan sebarang pertubuhan atau organisasi yang
bercorak kedaerahan, kesukuan dan melibatkan fahaman 6.1 Merokok, memiliki rokok dan menyimpan rokok termasuk
politik serta isu-isu sensitif seperti keagamaan. rokok elektrik.

4.4 Perjumpaan pelajar lelaki dan perempuan secara sulit dan 6.2 Membawa, menyimpan dan meminum arak atau sebarang
menimbulkan keraguan (berdua-duaan sama ada siang minuman keras.
ataupun malam) adalah DITEGAH sama sekali.
6.3 Mengambil atau menyimpan ubat-ubatan yang
5.Waktu Belajar meragukan.

5.1 Pelajar hendaklah mengikuti perhimpunan pagi setiap hari 6.4 Mengedar, menyalahguna, memiliki atau menyimpan
pada hari pengajian kuliah pada jam 7.00 pagi di hadapan sebarang jenis dadah dan yang seumpama dengannya.
asrama (lengkap beruniform).
6.5 Membawa atau menyimpan sebarang jenis bahan yang
5.2 Pelajar sama sekali tidak dibenarkan berada di kawasan boleh dikategorikan sebagai racun.
asrama pada waktu kuliah. Waktu kuliah adalah tertakluk
kepada jadual waktu kuliah harian yang dikeluarkan oleh pihak 6.6 Menyimpan atau memiliki bahan atau alat yang boleh
kolej. menyebabkan penyalaan api seperti mancis kayu, mancis gas
dan yang seumpama dengannya.

5 6
6.7 Memiliki, menyimpan atau menggunakan sebarang jenis 6.19 Balik kampung, ikut kawan atau keluar dari kawasan
senjata berbahaya. asrama tanpa kebenaran.

6.8 Melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan 6.20 Membawa atau memakai seluar Jeans di kawasan
harta benda kolej, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar lain asrama.
dan orang awam.
6.21 Pelajar tidak dibenarkan menyidai kain basah pada
6.9 Membawa dan merekrut orang luar untuk tujuan jahat. tingkap, kipas, palang-palang katil serta di pintu-pintu gril
kawasan asrama.
6.10 Menconteng atau melukis/menulis dinding bangunan,
papan kenyataan, notis-notis di dalam premis asrama. 6.22 Berulang kali melakukan kesalahan kecil (Rujuk peraturan
asrama dan peraturan kolej).
6.11 Melakukan ‘ragging’, peras ugut dan membuli.
6.23 Pelajar boleh disingkirkan daripada asrama sekiranya
6.12 Mencabul kehormatan pensyarah atau pelajar-pelajar didapati melakukan kesalahan berulang oleh pihak pengurusan
lain. asrama.

6.13 Mengancam pensyarah atau pelajar-pelajar lain.

6.14 Bergaduh atau terlibat dengan pergaduhan.

6.15 Menunjukkan sikap melawan/ protes atau melawan


pensyarah atau warden serta pengurusan asrama.

6.16 Mencuri atau terlibat dalam kes kecurian.

6.17 Membawa, memiliki, mengedar atau menampal gambar


atau bahan-bahan yang berunsur lucah.

6.18 Berkhalwat, permulaan kepada perbuatan yang boleh


ditafsirkan sebagai khalwat atau bersubahat dalam perbuatan
khalwat.

7
8
PENGAKUAN PELAJAR

Saya …………………………………daripada kursus ………………………


No. Bilik: ………………, No. Kad Pengenalan …………………………..
pelajar asrama Kolej Vokasional Labuan telah membaca dan
memahami isi kandungan Peraturan Asrama kolej ini.

1. Saya berikrar untuk mematuhi semua peraturan yang


terkandung dalam buku peraturan ini dan peraturan-
peraturan yang akan diumumkan dari masa ke semasa,
demi kebaikan bersama.

2. Saya bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh


pihak kolej sekiranya saya melanggar mana-mana
peraturan / bahagian yang dinyatakan dalam peraturan
ini.

Tandatangan pelajar :…………………………..Tarikh :………………


BUKU PANDUAN ASRAMA
Nama Bapa / Penjaga : ……………………………………………………… KOLEJ KEDIAMAN
Alamat Bapa / Penjaga: …………………………………………………….. KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

………………………………………………………………………………………..

Tandatangan Bapa / Penjaga: ………………….. Tarikh : …………

Nama Saksi : ………………………………………………………

Tandatangan Saksi : ………………………….… Tarikh : …………..

No. Kad Pengenalan Saksi : ……………………………………………

Hubungan Pelajar dengan Saksi : …………………………………


PENGAKUAN PELAJAR

Saya …………………………………daripada kursus ………………………


No. Bilik: ………………, No. Kad Pengenalan …………………………..
pelajar asrama Kolej Vokasional Labuan telah membaca dan
memahami isi kandungan Peraturan Asrama kolej ini.

1. Saya berikrar untuk mematuhi semua peraturan yang


terkandung dalam buku peraturan ini dan peraturan-
peraturan yang akan diumumkan dari masa ke semasa,
demi kebaikan bersama.

2. Saya bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh


pihak kolej sekiranya saya melanggar mana-mana
peraturan / bahagian yang dinyatakan dalam peraturan
ini.

Tandatangan pelajar :…………………………..Tarikh :………………

Nama Bapa / Penjaga : ………………………………………………………

Alamat Bapa / Penjaga: ……………………………………………………..

………………………………………………………………………………………..

Tandatangan Bapa / Penjaga: ………………….. Tarikh : …………

Nama Saksi : ………………………………………………………

Tandatangan Saksi : ………………………….… Tarikh : …………..

No. Kad Pengenalan Saksi : ……………………………………………

Hubungan Pelajar dengan Saksi : …………………………………

Anda mungkin juga menyukai