Anda di halaman 1dari 10

Peraturan Asrama

1. Pendahuluan

Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar Asrama KVSI untuk membaca dengan teliti dan

memahami akan peratruran yang dibentangkan ini demi kepentingan para pelajar sendiri.

Peraturan ini adalah tambahan kepada peraturan sekolah yang sepatutnya dipatuhi dan diamalkan

serta dipertahankan untuk pembangunan diri selaras dengan cirri-ciri untuk menghasilkan pelajar

yang berilmu dan berdisiplin.

2. Kemasukan Ke Asrama

2.1 Masuk Melalui Tawaran

Pelajar ini ditawarkan kerana tempat tinggal (rumah) yang jauh ke sekolah.

2.2 Masuk Melalui Rayuan

Pelajar yang tidak ditawarkan tempat tetapi merayu masuk. Pelajar akan ditawarkan tempat

bergantung kepada kekosongan yang ada. Pelajar perlu mengisi borang rayuan kemasukan.

2.3 Pendaftaran Asrama

Pelajar perlu melaporkan diri kepada Penyelia Asrama / warden untuk mendapatkan katil, tilam,

bantal dan loker.

2.4 Keluar Dari Asrama

Penghuni asrama yang tidak mahu tinggal di asrama perlu mengisi borang keluar asrama dan

perlu mendapatkan sokongan (tandatangan) ibubapa. Permohonan keluar asrama hanya

diluluskan setelah ibubapa / penjaga berjumpa Pengetua atau wakilnya.

3. Peraturan Am Di Asrama

Peraturan asrama yang disediakan ini adalah untuk panduan penghuninya dan bukan bertujuan

untuk menyusahkan. Mana-mana pelajar yang kurang selesa perlulah datang dan berbincang

dengan Pengarah atau wakilnya.

Pelajar hendaklah berkelakuan baik sepanjang berada di asrama.

Pelajar perlu menghormati guru / warden / MPP / Ketua Blok/ Ketua Dorm dan
sentiasa mematuhi mereka.

Pelajar perlu mematuhi jadual waktu harian / cuti yang disediakan oleh

pengurusan asrama.

Pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah dan asrama yang berkait rapat.

Jangan lakukan salahlaku berikut:

3.1 Jenayah

Bergaduh / pelacuran / mencuri / bawa minuman keras / menyimpan senjata / berjudi / salahguna

dadah.

3.2 Kurang Sopan

Melawan warden / MPP / membawa dan merokok / mengganggu dan mengejek orang lain.

3.3 Lucah

Mengintai / bercumbu / tidur berdua-duaan / bawa bahan lucah / menconteng / menulis / melukis

bahan lucah.

3.4 Tidak Kemas

Berpakaian comot / tidak mengemas katil dan almari / tidak bekerjasama / berkuku panjang /

kotor.

3.5 Bersifat Pemusnah

Merosakan harta sekolah / menconteng / menghasut orang / memukul

3.6 Tidak Jujur

Berbohong / menipu / tidak amanah / mencuri / mengambil barang orang lain / tidak jelaskan

yuran.

4. Jadual Hari Persekolahan

4.1 Sarapan pagi pukul  : 6.30 pagi – 7.30 pagi

4.2 Perhimpunan Pagi Sekolah diadakan pukul 7:30 pagi – 8:00 pagi
4.4 Waktu kuliah bermula 8: 00 pagi sehingga mengikut jadual

4.5 Selepas sekolah :-

Makan tengah hari : 1.00-2.00 petang

:2.00 petang (Jumaat)

4.6 Bermain / riadah: 5.00 petang – 6.00 petang

4.7 Makan Petang: 6.30 petang – 7.30 petang

4.9 Minum Malam: 10.00 petang – 10.30 malam

4.10 Masa Tidur :-

a) Lampu padam: 11.00 malam

b) Pelajar-pelajar hendaklah tidur (berada di asrama masing-masing)

4.11 Belajar selepas 11.00 Malam

Kebenaran khas hendaklah diperolehi daripada Warden.

*       Hari Sabtu minggu Tidak Balik Kampung Kerja Gotong Royong

dijalankan untuk semua pelajar asrama. 8.00 – 9.00 pagi.

***   Gotong royong pada hari Ahad pada 5.00 – 6.00 petang.

5. Kelas-kelas Persedian Belajar Malam.

5.2 Belajar Lewat Malam

5.2.1    Tidak digalakkan.

5.2.2    Pelajar hanya dibenarkan mengguna bilik khas yang disediakan oleh

pihak sekolah sahaja.

5.2.3    Pelajar hanya dibenarkan belajar lewat sehingga pukul 12.00 tengah

malam sahaja.

5.2.4    Pelajar-pelajar yang ingin belajar melewati waktu tersebut TIDAK


dibenarkan.

6. Pakaian

6.1 Keluar Bandar / Balik Kampung / Ke Asrama

6.1.1    Pakaian seragam asrama diwajibkan. (Iaitu baju “T’ asrama sahaja) dan berkasut.

6.2 Semasa Bermain/Sukan/Riadah

6.2.1    Gunakan Pakaian yang sesuai

6.2.2    Larangan: Pelajar dilarang memakai selipar

6.3 Semasa Kelas

6.3.1    Kelas belajar makan – Pakaian kemas

6.3.2    Larangan: Memakai baju ‘singlet’

6.4 Pakaian Seharian

6.4.1    Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat (bagi pelajar perempuan

Islam)

6.5 Semasa Makan Di Dewan Makan

6.5.1    Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat

6.5.2    Memakai pakaian bersih

6.6 Semasa Aktiviti Kokurikulum

6.6.1    Sukan dan Permainan

6.6.1.1       Pakaian sukan dan memakai kasut

6.6.2    Kelab dan Persatuan

6.6.2.1       Pakaian kemas dan memakai kasut

6.6.3    Unit Beruniform

6.6.3.1       Pakaian seragam/baju ’T’ tertentu dan memakai kasut

 
7. Dewan makan

7.1 Pakaian – seperti 6.5

7.2 Waktu makan – ikut jadual yang ditetapkan

7.3 Pelajar-pelajar MESTILAH beratur mengambil makanan

7.4 Kebersihan Dewan makan adalah tanggungjawab bersama penghuni-penghuni

7.5 Pelajar-pelajar yang menyertai sebarang pertandingan di luar sekolah boleh memberitahu

terlebih dahulu untuk membuat tempahan makanan di Dewan Perdana.

8. Keluar Masuk Asrama

8.1 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan balik kampung mengikut ketetapan oleh pihak sekolah.

8.2 Keluar Bersama Ibu Bapa

8.2.1    Semua pelajar hanya dibenarkan keluar Bersama ibu bapa untuk urusan penting sahaja

yang memerlukan pelajar.

8.3 Balik Kampung

8.3.1  Semua pelajar wajib balik kampung semasa minggu balik wajib.

8.3.2 Pelajar yang tidak ingin balik semasa minggu balik kampung pilihan mestilah   memberi
nama kepada ketua warden.

Permohonan pulang hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari Rabu

minggu berkenaan.

8.3.3   Pelajar yang ingin balik semasa minggu BUKAN balik kampung mestilah memohon

kebenaran daripada TPSA. Selepas mendapat kelulusan pelajar mestilah mendapatkan Slip

Kebenaran daripada TPSA.

8.3.4    Pelajar hendaklah datang semula di asrama selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang hari

Ahad ataupun hari terakhir cuti.


8.4 Keluar/ Balik Tanpa Kebenaran Warden

8.4.1 Pelajar yang didapati atau tertangkap keluar tanpa kebenaran warden atau pihak

pengurusan akan dikenakan tindakan seperti berikut:

Kesalahan Pertama : Amaran lisan dan pihak ibu bapa akan dimaklumkan.

Kesalahan Kedua : Ibu bapa akan dipanggil dan pelajar akan digantung asrama seminggu.

Kesalahan Ketiga : Buang asrama

9. Ibadat

9.1 Tuntutan Ibadat

9.1.1  Diwajibkan menunaikan Rukun Islam dan aktiviti agama yang diadakan di sekolah dan

asrama.

9.1.2  Pelajar yang menunjukkan akhlak yang buruk serta engkar dan malas menunaikan tuntutan

Agama Islam boleh DISINGKIR dari asrama.

10. Penggunaan Elektrik Dan Air

10.1 Jimatkan penggunaan air dan elektrik

10.2Mencuci pakaian kotor selepas pukul 11.00 malam TIDAK DIBENARKAN.

10.3 Sambungan elektrik secara HARAM  TIDAK DIBENARKAN.

10.4 Alat-alat persendirian yang menggunakan elektrik TIDAK DIBENARKAN dibawa ke

asrama/sekolah. Senarai barang elektrik yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

a) Pemanas air

b) Kipas Elektrik

c) Periuk Nasi

d) Peralatan memasak elektrik.

10.5 Jaga keselamatan peralatan elektrik sekolah.


10.6 Kebersihan asrama, bilik air, tandas, bilik basuhan dan kolah air adalah tanggungjawab

bersama

11. Kegiatan Kokurikulum

11.1 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum sekolah/asrama

seperti persatuan, permainan atau sukan dan unit beruniform.

11.2 Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar sekolah hendaklah mengikut

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

12. Keselamatan dan Kebakaran di Asrama

12.1 Tindakan Ketika Berlaku Kebakaran

12.1.1 LOCENG AMARAN akan dibunyikan secara berterusan dengan panjang.

12.1.2   AMARAN lain ialah laungan “API, API, API….

12.1.3  Telefon nombor 999 untuk menghubungi Bomba dan Polis (471591).

12.1.4  Pelajar hendaklah bersegera turun mengikut laluan yang telah ditetapkan

12.1.5    Utamakan keselamatan diri daripada harta benda

12.1.6 Kejutkan kawan yang tidur sebelum turun menyelamatkan diri.

12.1.7   Jangan panik, gugup, tergopoh-gapah, berebut-rebut atau melaung tidak tentu arah.

12.1.8  Semua pelajar dikehendaki berkumpul tempat lapang dan gelanggang tenis

12.1.9     Exco MPP dikehendaki mengarah pelajar bergerak ke tempat yang ditetapkan.

12.2 Tindakan Mencegah Kebakaran

12.2.1 Pelajar dilarang menggunakan lilin.

12.2.2 Ketua Blok / Exco MPP hendaklah melaporkan kepada Penyelia Asrama/warden asrama jika

berlaku sebarang kerosakan elektrik.

12.2.3 Latihan menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran akan dijalankan dari semasa ke

semasa.
12.2.4 Semua alat pemadam api hendaklah dijaga dengan baik dan tidak digunakan sesuka hati

atau sengaja bermain-main dengannya.

13. Bilik/Asrama

13.1 Katil dan loker ditentukan oleh pihak sekolah. Pelajar tidak dibenarkan membuat pertukaran

tanpa kebenaran.

13.2 Setiap bilik asrama mesti melantik Ketua Dorm dan Penolong.

13.3 Mestilah sentiasa kemas, bersih dan tersusun. Kain cadar biru kolej yang diberikan hendaklah

dipasang rapi, bantal bersarung biru , tuala dan pakaian disidai di tempat sidaian yang disediakan.

13.4  Pelajar tidak dibenarkan memindah keluar/masuk apa-apa perabot / harta benda sekolah

tanpa kebenaran warden.

14. Bilik Rawatan dan Rehat

14.1     Dibawah kawalan dan tanggungjawab Penyelia Asrama/warden asrama

14.2     Penyelia asrama dan Exco MPP biro kebajikan bertanggungjawab dalam:

1. Menyelenggara, mengawas dan menjaga kebersihannya


2. Mengurus pesakit dan mendapatkan rawatan
3. Menguruskan makan minum.

14.3 Pelajar yang tinggal dalam bilik sakit mestilah mendapatkan kebenaran daripada warden /

guru bertugas dan penyelia asrama.

14.4 Pelajar-pelajar lain dilarang masuk ke dalam bilik sakit.

15. Kebersihan Dan Kesihatan Diri

15.1 Kebersihan

15.1.1 Pemeriksaan kebersihan asrama akan sentiasa  diadakan.

15.1.2 Kebersihan bilik asrama adalah tanggungjawab setiap ahli. Penghuni bilik  asrama yang

kotor akan didenda.


15.1.3 Kebersihan kawasan asrama adalah tanggungjawab semua penghuni.

15.1.4 Dewan makan, bilik bacaan, bilik tetamu, bilik air, dan tandas mestilah sentiasa dijaga

kebersihannya.

15.1.5 Gunakan tong sampah yang disediakan.

15.2 Kesihatan

15.2.1 Waktu untuk mendapat rawatan ke Klinik Seri Iskandar ialah pukul 2.00-3.00 petang.

15.2.2 Bagi kes kecemasan hubungi  warden / guru bertugas.

15.2.3 Pelajar yang ingin mendapatkan rawatan hendaklah membawa bersama borang

pengesahan rawatan yang diluluskan oleh Penyelia Asrama / Guru Bertugas/Warden

16. Keselamatan

16.1 Dilarang keras bergaduh / bertumbuk, mencetuskan pergaduhan atau menghasut / batu api.

Pelajar yang didapati melakukan kesalahan ini akan DIBUANG asrama tanpa amaran dan tidak

boleh merayu.

16.2 Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab masing-masing. Pelajar dikehendaki

mengunci almari kepunyaan sendiri.

16.3   Dilarang keras membawa senjata tajam.

16.4   Semua peraturan sekolah dan asrama mesti dipatuhi.

17. Pelawat

17.1   Semua pelawat (termasuk ibu bapa/penjaga) tidak dibenarkan pergi ke

asrama tanpa kebenaran.

17.2      Penghuni asrama dilarang menjemput orang luar atau pelajar harian

masuk ke kawasan sekolah atau asrama.

17.3 Ibu bapa yang ingin dating melawat pada hujung minggu seperti berikut:

Sabtu :10.00 pagi-5.00 petang


Ahad : 10.00 pagi- 5.00 petang

18.  KEROSAKAN PERALATAN/KELENGKAPAN/KEMUDAHAN

18.1  Segala kerosakan kemudahan/kelengkapan/peralatan di dalam asrama

adalah tanggungjawab semua penghuni.

18.2  Pelajar yang merosakkan kemudahan/kelengkapan/peralatan di

sekolah/asrama hendaklah membayar harga barang-barang tersebut atau

menggantikannya dengan yang baru dan serupa.

Senarai Harga Barang Dalam Kelas/Asrama

Bil. Kemudahan/Kelengkapan/Peralatan Harga (RM)


1. Cermin tingkap 5.00
2. Pili air 13.00
3. Kotak suis lampu 6.00
4. Lampu Kalimantang 18.00
5. Suis Kipas 45.00
6. Tangki Flush 50.00
7. Meja pelajar 145.00
8. Kerusi kayu pelajar 50.00
9. Kerusi plastik pelajar 30.00
10. Katil dua tingkat 575.00
11. Bantal 35.00
12. Tilam 170.00
13. Almari 329.00

Anda mungkin juga menyukai