Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN ASRAMA SMK BAWONG 2018

1. PERATURAN AM ASRAMA

1.1 Penghuni-penghuni asrama hendaklah sentiasa berkelakuan baik,beradab,


taat,aktif dan bertanggungjawab semasa berada di dalam dan diluar kawasan
asrama.
1.2 Penghuni-penghuni mesti berpakaian bersih,kemas dan sopan serta
bersesuaian dengan satu-satu aktiviti yang dijalankan.
1.3 Setiap penghuni hendaklah mempunyai semangat kakitaan,bekerjasama,
bertoleransi serta menghormati semua keluarga asrama.
1.4 Semua penghuni mesti menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan
asrama dan bertanggungjawab menjaga harta benda asrama
1.5 Para penghuni mesti menghormati Tuan Pengetua,Penolong Kanan, Penolong
Kanan HEM,Warden,Penyelia Asrama,Guru-guru, AJK Asrama dan semua
Penghuni Asrama.

2. DISIPLIN ASRAMA

2 .1 Jenis – jenis kesalahan dalam katogeri kumpulan A yang boleh


diambil tindakan disiplin.

2.1.1 Penyalahgunaan dadah


2.1.2 Penghisap / meyimpan rokok dan mancis.
2.1.3 Memiliki senjata berbahaya.
2.1.4 Memiliki / meminum minuman keras
2.1.5 Mencuri /menyamum /merompak
2.1.6 Memeras ugut
2.1.7 Berjudi / menyimpan peralatan judi
2.1.8 Bergaduh / bertumbuk
2.1.9 Menghasut / mengejek.
2.1.10 Menceroboh /mengintai kawasan Asrama Puteri / Putera
2.1.11 Buli / ragging.
2.1.12 Keluar asrama tanpa kebenaran
2.1.13 Meyimpan gambar / menonton filem lucah
2.1.14 Merosakan harta benda asrama
2.1.15 Berpasangan / berkhalwat / membuat maksiat.
2.1.16 Melakukan sesuatu yang berbahaya.
2.1.17 Ponteng sekolah.
2.1.18 Lain – lain kesalahan yang serius.

2.2 Tindakan kesalahan kumpulan A

2.2.1 Diserahkan kepada pihak polis / pihak berkuasa


2.2.2 Disingkir dari asrama
2.2.3 Membayar gantirugi
2.2.4 Rotan

2.3. Jenis – jenis kesalahan dalam kumpulan B

2.3.1 Tidak hadir perjumpaan / perhimpunan rasmi


2.3.2 Tidak hadir sembahyang Jumaat / berjemaah
2.3.3 Ponteng kelas bimbingan / kelas agama
2.3.4 Pulang lewat dari masa yang ditetapkan
2.3.5 Biadap / tidak sopan
2.3.6 Menyalahgunakan kemudahan asrama
2.3.7 Tidak menjaga kebersihan bilik / bangunan / persekitaran
asrama
2.3.8 Meludah merata – rata
2.3.9 Membuang sampah merata – rata
2.3.10 Lewat pergi ke sekolah
2.3.11 Tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan
2.3.12 Merayau – rayau tanpa sebab pada waktu malam
2.3.13 Menyimpan rambut panjang / misai / janggut / rambut berekor
2.3.14 Melanggar peraturan dewan makan
2.3.15 Menulis / menerima / menyimpan / bermain cinta
2.3.16 Lain – lain kesalahan yang difikirkan munasabah

2.4 Tindakan kesalahan kumpulan B

2.4.1 Gantung dari asrama


2.4.2 Bayar gantirugi
2.4.3 Rotan
2.4.4 Lain – lain yang difikirkan patut dan sesuai

3. PERATURAN DI DEWAN BELAJAR / WAKTU BELAJAR

3.1 Dewan belajar hendaklah sentiasa bersih dan kemas


3.2 Aktiviti pembelajaran mesti dilakukan di tempat yang dibenarkan
sahaja
3.3 Mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan
3.4 Percampuran lelaki dan perempuan dilarang sama sekali
3.5 Penghuni dilarang makan , membaca majalah , surat khabar atau
berbual-bual diwaktu belajar.

4. PERATURAN DI BILIK ASRAMA/ DORM

4.1 Bilik asrama hendaklah sentiasa bersih dan kemas.


4.2 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan teratur sebelum jam 7.00
pagi.
4.3 Tuala , kain, kasut tidak dibenarkan disangkut / disidal / diletakkan di
dalam bilik asrama. Kain hendaklah dijemur dijemur di tempat yang
disediakan.
4.4 Penghuni tidak dibenarkan membawa makanan atau makan di bilik
asrama.
4.5 Penghuni hendaklah tidur melebihi jam 11.15 malam dan semua
lampu hendaklah dipadamkan dan tidak dibenarkan berbual-bual.
4.6 Penghuni mesti bangun pada pukul 5.45 pagi
4.7 Penghuni tidak dibenarkan menampa / menggantung sebarang jenis
gambar dan membuat catatan di dinding , almari dan katil.
4.8 Penghuni tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama pada waktu
belajar / bersukan.
4.9 Penghuni ditegah tidur tidur lebih daripada seorang sekatil.
4.10 Pemasangan lilin,pelita dan ubat nyamuk tidak dibenarkan.
4.11 Penghuni terakhir yang keluardari bilik asrama mesti mempastikan suis
lampu dan kipas ditutup.

5. PERATURAN AM DI DEWAN MAKAN / WAKTU MAKAN.

5.1 Semua penghuni dikehendaki berada di dewan makan pada waktu


yang ditetapkan.
5.2 Penghuni hendaklah berpakaian kemas dan memelihara kesopanan
diri ketika berada di dewan makanan.
5.3 Penghuni mesti beratur ketika mengambil makanan.
5.4 Pelajar haya dibenarkan mengambil makanan yang disediakan
untuknya sahaja dan tidak boleh bersifat tamak atau mengambil hak
pelajar lain.
5.5 Penghuni mesti makan bersama dan membaca doa sebelum dan
selepas makan.
5.6 Penghuni tidak dibenarkan berbual atau membaca semasa makan.
5.7 Penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan dewan makan
( termasuk meja makan, kerusi, tong sampah, sisa-sisa makanan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah).
5.8 Penghuni tidak dibenarkan menggunakan “Sinky Filter” untuk
membasuh tangan atau mencuci pinggan.
5.95 Penghuni dilarang makan di luar dewan makan asrama. Setelah
selesai makan, penghuni mesti menyusun semula kerusi dan peralatan
lain yang telah digunakan.

6. PERATURAN SEMBAHYANG BERJEMAAH DI SURAU.

6.1 Penghuni hendaklah menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau


6.2 Semua penghuni diwajibkan sembahyang berjemaah
6.3 Mempastikan suis lampu, kipas dan pintu surau ditutup setelah
selesai berjemaah
6.4 Surah Yassin dan kitab-kitab Al-Quran mestilah diletakkan di tempat
yang sempurna

7. PERATURAN WAKTU MELAWAT.

7.1 Pelawat dibenarkan melawat pada jam 5.00-6.00 petang pada hari
persekolahan dan bagi hari Jumaat, Sabtu dan hari-hari kelepasan am
pada jam 10.00 pagi - 6.00 petang
7.2 Pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada warden
7.3 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bilik / dorm asrama

8. PERATURAN KELUAR DARI KAWASAN ASRAMA

8.1 Penghuni yang hendak keluar mesti mencatat memo dalam buku
kebenaran setelah mendapat kebenaran dan melapor diri kepada
warden apabila telah pulang semula ke asrama
8.2 Penghuni boleh keluar dari asrama dengan muhrim setelah mendapat
Kebenaran daripada ibubapa / penjaga masing-masing
8.3 Penghuni dibenarkan pulang 2(dua) minggu sekali dan mesti pulang
semula ke asrama sebelum jam 5.00 petang.
8.4 Keluar dari asrama pada waktu malam tidak dibenarkan sama sekali
8.5 Penghuni tertentu sahaja dibenarkan ke bandar pada hari Sabtu dan
mesti pulang semula ke asrama tidak lewat darupada jam 3.00 petang

9. PERATURAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR DAN


ELEKTRIK

9.1 Penghuni tidak dibenarkan menyentuh pemulas paip meter (Stop Corke\
gate valves) yang ada pada paip meter pada sebarang masa kecuali atas
arahan warden.
9.2 Penghuni tidak dibenarkan menggunakan plug elektrik untuk
menggosok pakaian.
9.3 Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab dan gantirugi
daripada pelajar berkenaan.
9.4 Penghuni mesti memastikan suis lampu, kipas, paip dan laia-lain ditutup
setelah selesai digunakan.

Anda mungkin juga menyukai