Anda di halaman 1dari 5

Bidang Tugas Jawatankuasa HEM

1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas


a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas

Melantik Pengawas
Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
Menasihatkan dan membimbing pengawas
Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid

mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar


bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah,
lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah
a) Bangunan dan kelas

Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga


Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas
sentiasa kemas, bersih dan teratur
Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal
Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan
pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah

Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah


Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
c) Kantin Sekolah
Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga,
perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu
guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi


Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam
Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan

Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun
Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada dalam
keadaan terkawal
f) Jawatankuasa Tandas

Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan


Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas
sebanyak 3 kali sehari
Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan
dan kebersihan dalam tandas.
Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di
sekolah
Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang
timbul
Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas
sentiasa dijaga

g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi

Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan
murid sekolah dan melaporkan ke JPWP
Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan
nyamuk di kawasan sekolah
Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat
takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah jika
perlu

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks

Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua
borang SPBT
Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir
penggal
Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan
dengan SPBT
Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua
guru dan pelajar
Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang
rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan


Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan
Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari
Jabatan Pelajaran
Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan
keluar sekolah
Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG
5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru


bimbingan dan kaunseling
Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan
yang diperlukan
Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
Merancang dan menyelaras program PRS
Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
Menjalankan program motivasi untuk pelajar
Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang
dirujuk kepadanya
Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu
sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL


Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya
selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan
menjaga kesihatan dari semua aspek
7.Jawatankuasa Majalah Sekolah

Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah


Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
Mendapatkan iklan majalah sekolah
Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain
8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar


Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu
tidak hadir dan ponteng
Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan
Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang
dikehendaki
Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang
Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN
SEKOLAH
Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat
pada papan kenyataan dalam pejabat
9. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan

Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan


Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua
tingkatan
Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
ketua tingkatan dan penolong tingkatan
10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang
ditetapkan
Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru
tingkatan

Anda mungkin juga menyukai