Anda di halaman 1dari 18

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

1. PENGENALAN

Dalam bidang pendidikan, adalah mustahil untuk kita mengelakkan aktiviti berfikir. Berfikir
satu ketika dahulu pernah di anggap sebagai bakat, hadiah atau kelebihan yang diperoleh
daripada sejak azali; yakni sejak dilahirkan. Dengan pemahaman seumpama ini, aktiviti
berfikir ialah satu perkara yang amat jarang berlaku; dimana hanya dilakukan oleh orang yang
di anggap istimewa dan berbakat. Genius. Namun demikian, seiring dengan perkembangan
globalisasi ini, pemahaman masyarakat tetang aktiviti berfikir turut berubah. Perspektif kecil
yang membelenggu masyarakat kini terburai. Kini, berfikir tidak lagi di anggap sebagai bakat
si genius. Ia telah di anggap sebagai kemahiran, Kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa
sahaja yang mahu mempelajari tentangnya.
Seorang guru bertanggungjawab mengajar kemahiran ini kepada anak-anak muridnya.
Memperoleh anak murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir boleh memudahkan proses
pembelajaran yang akan dilakukan. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya
intelek diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu, bagi memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan
kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah sama ada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, mengembangkan bakat serta
kreativiti, mengembang dan meningkatkan daya intelek, seta pemikiran rasional, kritis dan
kreatif.
Menurut Wan Zahid Mohd Nordin (1993), kepintaran akal tidak menunjukkan
seseorang itu mampu berfikir dengan baik sekiranya pelajar tersebut tidak menguasai
kemahiran berfikir. Sejajar dengan itu, Raths dan rakan-rakan (1967) menegaskan bahawa
matlamat utama pendidikan ialah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir
berfikir. Kemahiran seumpama ini dapat dikuasai melalui pengajaran pembelajaran
yang tersusun dan sistematik di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dengan
latihan berterusan.

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

2. HURAIAN TUGASAN
2.1 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN
KRITIS
Secara umumnya, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, menilai bernas, kebaikan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti yang munasabah.

Terdapat banyak definisi berfikir pernah di utarakan . Antaranya Beyer (1984),


Fraenkel (1980) dan Meyer (1977). Menurut George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu
proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono
(1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud
bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu
dengan pelbagai perspektif bagimenyelesaikan masalah. Meyer (1977) pula melihat
pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
Menurut Chaffee (1988) pula, pemikiran berfikir secara kreatif dan kreatis merupakan
proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Manakala Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis ialah berfikir apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi
atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan
untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Fraenkel (1980) pula
berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau
menyelesaikan masalah.
John Barell (1991) pernah mengatakan . I define thinking as a search for meaning
and understanding that can involve the adventurous generation of options, theattempt to arrive
at logical, reasonable judgements and reflection on the proses. (merupakan kecekapan proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi
pelbagai

kemungkinan

idea,membuat

keputusan,

menyelesaikan

masalah,

membuat

pertimbangan secaralogik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses
pemikiran yang dilalui).
Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, konsep kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis boleh dirumuskan sebagai Proses penggunaan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang
dialami.
2.2 EMPAT CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
2.2.1 Ciri kemahiran berfikir kritis
Pada amnya Kemahiran Berfikir

dibahagikan kepada 2 domain utama iaitu Kemahiran

Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif. Kemahiran Berfikir secara
kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti bernas, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah .Ciri
Kemahiran Berfikir kritis ialah :
- mencirikan
- membanding dan membezakan
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan
- menyusun mengikut
3

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan
Gambar rajah 1:
Menunjukkan ciri kemahiran berfikir secara kritis

membu
at
inferen
s

menciri
kan

teliti
bahagia
n kecil
dan
keselur
uh

membu
at
kategor
i

menera
ng
sebab

kemahiran
berfikir
secara
kritis

membu
at
ramalan

bandin
g beza
menges
ah

usul
periksa
andaian

sumber
maklum
at

Manakala komponen kemahiran berfikir secara kritis dalam membuat keputusan boleh
terbahagi kepada beberapa bahagian. Ia adalah membanding dan membezakan, membuat
kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat
urutan, menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan
membuat inferens.
Pada bahagian pertama dalam membuat keputusan, seseorang hendaklah mempunyai
kemahiran membanding dan membezakan. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu
meneliti persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa dan sebagainya berdasarkan aspek4

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

aspek tertentu. Contoh ciri kemahiran membanding dan membezakan adalah membanding dan
membezakan antara tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dan Tengku Abdul Rahman,
antara 2 pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan pyramid,
dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang dapat digunakan adalah pengurusan grafik
membanding dan membeza.
Kemudian kita hendaklah membuat kategori. Membuat kategori atau kemahiran
mengkategorikan adalah aktiviti minda yang mengkelompokkan maklumat, objek atau perkara
ke dalam kumpulan atau kelas yang ditetapkan mengikut ciri-ciri sepunya yang dapat
diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan memilih maklumat
serta meletakkan suatu perkara itu di bawah satu label atau tajuk dan sebagainya, anda
sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda iaitu mengklasifikasikan dan mengkategorikan.
Selepas itu, kita perlulah meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran
ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda,
organisma ataupun sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil ini dengan
keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi. Hal ini membantu kita memahami
dengan jelas situasi sekeliling kita.
Seseorang yang berfikir secara kritikal akan menerangkan sebab untuk setiap keputusan
yang dipilih dan membuat urutan bagi setiap bahagian. Bagi mendapatkan pilihan atau
keputusan yang terbaik seseorang itu juga hendaklah menentukan dan memilih sumber yang
dipercayai. Setelah itu, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Contoh ciri pemikiran kritis :

1. mencirikan- menyatakan ciri/sifat sesuatu konsep (contoh : kata nama am, kata majmuk dan
sebagainya)

2. membanding dan membezakan- menentukan persamaan dan perbezaan (contoh : hubungan


dan fungsi, pembolehubah bebas dan bersandar, membezakan fakta dengan pendapat)
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
5

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

b) Membuat pilihan atau keputusan.


Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

3. Mengumpul dan mengelaskan- mengumpul, menyusun, membuat urutan, mengkategori


mengikut ciri /kriteria tertentu (Contoh : ayat penyata, ayat majmuk dan ayat tunggal dan
sebagainya. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan
masing- masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :
a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b) Beri nama kepada kumpulan item itu.
c) Kenal pasti ciri lain.
d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.
Contoh :
Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,
baju hujan, pen dan pensel.
a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.
b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan kumpulankumpulan ini.
c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

4.Mengklasifikasi merupakan kemahiran mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori


tertentu mengikut ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan seperti jenis sayur-sayuran,
makanan, aktiviti senaman dan sebagainya. Pelajar dapat mengumpul, menyusun dan mengatur
maklumat dengan lebih sistematik dan teratur.
Contoh :
a

Jenis sayur-sayuran berwarna hijau

Haiwan liar dan haiwan yang diternak

Baju tradisional Masyarakat India

4. Menerangkan sebab
Menerangkan sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan menjelaskan sebab berlakunya
sesuatu kejadian berdasarkan alasan alasan dan bukti yang munasabah. Membantu individu
mencari pelbagai sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar
dalam membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

5. menganalisis- mencerakinkan maklumat (contoh : menganalisis maklumat dalam masalah


berayat) Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini
digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan
mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks
menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.
Contoh :
Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:
"Televisyen adalah penting kepada kehidupan".
Untuk menganalisis kita perlu:
a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepada
7

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

kehidupan.
b) Huraikan andaian yang tersirat "penting kepada kehidupan" dari segi televisyen:
i. Menyampaikan maklumat.
ii. Berunsurkan pendidikan.
iii. Boleh mengisi masa lapang.
iv. Memberi hiburan.
c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada kehidupan
kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang berunsurkan pendidikan, boleh
mengisi masa lapang dan memberi hiburan.

6. mentaksir dan menilai- mentaksir maklumat, menilai ketepatan, kemusabahan sesuatu


maklumat ( contoh :data, hujah,andaian, definisi, pendapat,cadangan, pernyataan,sumber) pa
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait
antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu
kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.
Contoh :
Buat analisis bagi kenyataan yang berikut:
"Televisyen adalah penting kepada kehidupan".
Untuk menganalisis kita perlu:
a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepada
kehidupan.
b) Huraikan andaian yang tersirat "penting kepada kehidupan" dari segi televisyen:
i. Menyampaikan maklumat.
ii. Berunsurkan pendidikan.
8

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

iii. Boleh mengisi masa lapang.


iv. Memberi hiburan.
c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada
kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang
berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan.

Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak


kesilapan. Jikalau seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan
munasabah, barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan
kelemahan dan kesilapan kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki

2.2.2 Ciri Kemahiran Berfikir secara kreatif


Kemahiran Berfikir secara kreatif ialah " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan " . Ciri ciri Kemahiran Berfikir kreatif ialah :
mencipta analogi
mencipta metafora
meramal
mengitlak
menjana idea
mengembang idea
mensintesis

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

mengitla
k
mengan
alogi

mencipt
a
metafora

menjana
idea

kemahiran berfikir
kreatif

mensint
esis

mengemb
ang idea

meramal

Ciri ciri kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:


menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah
menjana idea baru- mengemukan, mencetus idea, mencadang alternatif( contoh :
kaedah baru penyelesaian masalah)
membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu
memutuskan satu tindakan wajar membuat inferens-membuat kesimpulan awal
daripada data, maklumat, pemerhatian dan ujikaji yang perlu dibuktikan kebenarannya.
membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza menghubungkait- mencari
perkaitan diantara pembolehubah, menentukan hubungan suatu konsep dgn konsep lain.
meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat
membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.
v membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.
mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan
untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh. mensintesis- menggabungkan,
menyepadukan idea idea, merekabentuk, menggubal model
mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataanpernyataan umum
10

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsepkonsep yang berlainan
membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di
dalam pemikirannya. membuat gambaran mental-menvisualisasi / menggambarkan /
membayangkan dalam minda / mengkonsepsualisasi sesuatu idea / situasi /
memperluaskan daya imaginasi (contoh : konsep had, infiniti, kadar)
merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh
digunakan dalam proses pengakaran dan pembelajaran. merekacipta - menghasilkan
idea asli, membuat inovasi/penambahbaikan/pengubahsuaian kaedah tanpa terikat
kepada kaedah yang lazim.

Dalam penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis guru boleh menggunakan
tatacara penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam aktiviti pengajaran. Di
antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
a. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang
memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai " bagaimana jari anda ada 5 "
b. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan
ini datang dari dunia orang dewasa." Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang
motor dengan laju
c. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan
gemari." Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa
yang kamu akan lakukan ? "
11

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

d. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja."
Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibu bapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat?
Kesemua Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang
hendak diajar . KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu
sukatan khas untuk KBKK ) Ia diajar secara penyebatian. Penyebatian ialah strategi pengajaran
yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.
a) TATACARA KAEDAH PENYEBATIAN
Kaedah penyebatian terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah
pengajaran yang dikenal pasti. Terdapat 2 cara :
a) kenal pasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenal pasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur
KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai .unsur KBKK hanya disepadukan
dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuaian penyebatian separa
biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang
lepas.
Proses berfikir berlaku dalam dua tahap iaitu :
i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal .
Mengajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi,

menajam dan

mendalamkan daya persepsi. Kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat .


Kemahiran Berfikir hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka
cipta. apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang
12

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan. reka cipta konkrit - teknikal seperti membina
sesuatu model .abstrak - seperti merancang/merangka strategi, taktik
Dalam rancangan pelajaran harian yang dilampirkan ( rujuk lampiran ) saya telah mengajar
tahun empat. dalam rancangan harian tersebut saya telah menerapkan pelbagai Kemahiran
berfikir kreatif dan kritis.ini dapat dilihat pada awal set induksi. Saya telah menggunakan
penyebatian sepenuhnya. Iaitu setiap langkah yang diajar ada penyebatian Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kritis. Terdapat proses penyebatian di mana guru meminta murid menceritakan
pengalaman sedia ada murid mengenai buku-buku cerita yang pernah mereka baca. Di sini
Kemahiran berfikir kreatif dan kritis ialah menghubungkaitkan, memproses maklumat. Murid
akan cuba menghubungkait akan pengalaman mereka membaca buku cerita dengan tayangan
video yang ditayangkan oleh guru. Guru juga memasukkan penerapan nilai murni . Nilai
murni perlu diserapkan dalam KBKK supaya murid dapat menerapkan nilai murni dalam diri
mereka dan sekali gus akan menjadi modal insan apabila dewasa kelak dan sekali gus menjadi
rakyat Malaysia yang sentiasa menerapkan nilai murni dalam kehidupan mereka.
Murid mempunyai pengalaman masing-masing dan mereka cuna memproses maklumat yang
mereka ada ke dalam bentuk lisan dengan betul . Mereka boleh menghubungkaitkan proses
pengajaran guru dengan proses pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.
b) TATACARA PENGGABUNGJALINAN DENGAN ILMU MATA PELAJARAN YANG
LAIN.
Ini jelas dalam rancangan harian yang disediakan oleh guru ada pengabung jalinan mata
pelajaran sains dengan mencirikan haiwan yang berbulu serta ada penerapan nilai murni
bekerjasama dan tolong menolong.
Dalam Aktiviti 1- langkah 1 guru meminta murid mengecam dialog dan mengajuk dialog
yang diperdengarkan. Disini unsur KBBK iaitu mengecam dan menganalisa dialog telah
berlaku. Murid perlu peka dengan watak dan dialog yang diperdengarkan sehingga murid
boleh mengajuk bunyi watak yang diperdengarkan dengan betul.

13

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

Dalam aktiviti 1- langkah 2 pula murid dikehendaki mendengar dan mengecam dialog yang
ditutur oleh rakan mereka.di sini KBKK ialah menjana idea dan memproses maklumat dan
menghubungkaitkan antara peribahasa dengan penceritaan yang didengar. Murid di minta
menerangkan peribahasa yang terdapat dalam dialog tersebut dan menerangkan maksud
peribahasa tersebut. Di sini berlaku proses menjana idea dengan mengabung idea rakan
rakan yang lain.
Dalam Aktiviti 2- langkah 1 pula guru meminta murid membina ayat berdasarkan peribahasa
yang didengarinya berdasarkan audio yang dipasang. Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif
dan Kritis di sini ialah menjana idea dan membuat hubung kait peribahasa dengan ayat yang
dibina.
Dalam aktiviti 2 Langkah 2 guru meminta murid secara berkumpulan diminta menerangkan
maksud peribahsa yang terdapat dalam cerita tersebut.berlaku proses KBKK penyerapan iaitu
KBKK mengembangkan idea dan adanya penerapan nilai murni (bekerjasama) .
Dalam aktiviti 3 Langkah 1 guru meminta murid menulis ayat (Aktivti kumpulan ) dan
membentangkan hasil dapatan. Penyerapan KBKK di sini ialah mengembang idea dan
menjana idea serta berlakunya penerapan nilai murni kerjasama dan tolong menolong.
Aktiviti penutup juga diterapkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kreatis dengan membuat
rumusan.KBKK Meramal dengan menyatakan apa yang terjadi pada haiwan lain sekiranya
berada di tempat watak utama iaitu monyet atau adakah haiwan lain sesuai digantikan dengan
watak monyet.

c) TATACARA PENYERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR

14

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

Dalam setiap langkah aktiviti ada dinyatakan berlakunya proses penyerapan melalui alat
berfikir seperti pengurusan grafik (langkah penutup) .Di mana gguru mennunakan peta minda
untuk merumuskan keseluruhan cerita .Selain itu pelbagai alat kemahiran berfikir yang
diserapkan dalam rancangan harian iaitu alat berfikir semasa bersoal jawab .

3. RUMUSAN KESELURUHAN

Kesimpulannya, kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam membentuk atau


membimbing murid murid supaya dapat melahirkan modal insan yang dapat berdaya saing
dalam menghadapi dunia era globalisasi sekarang. Justeru itu, kemahiran berfikir perlu dilihat
sebagai sesuatu yang serius oleh semua pihak bukan sahaja para pendidik dan murid murid,
malah individu individu juga perlu mempraktikkan kemahiran berfikir agar dapat membuat
sebarang keputusan dengan tepat dan sempurna. Salah satu faktor dominan yang menentukan
kejayaan sesebuah negara adalah dalam bidang pendidikan. Pelbagai perancangan dan
piawaian dilakukan bagi meningkatkan sistem pendidikan negara sejak dahulu lagi sehingga
kini. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir khususnya kemahiran berfikir kritis dan kreatif
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. Oleh itu guru-guru
juga perlulah bersama-sama mengembleng tenaga merealisasikan hasrat kerajaan untuk terus
meningkatkan sistem pendidikan negara. Menurut K.Narayanasamy (2000) guru yang
berinovatif dan kreatif perlulah memikirkan pelbagai cara dan aktiviti lain untuk mengatur
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang mereka. Ini secara tidak langsung
menunjukkan betapa pentingnya penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Kerjasama antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi memantapkan lagi adaptasi kemahiran berfikir dalam setiap mata pelajaran. Penyebatian
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat mempengaruhi gaya pembelajaran
pelajar. Kepentingan penyebatian kemahiran kritis dan kritis juga memberikan kesedaran agar
melakukan keseragaman gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar15

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

pelajar juga telah dapat mengimbas kembali dan membuat refleksi tentang proses kognitif
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pelajar telah membuat refleksi dalam
menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan proses berfikir untuk memperolehi
pengetahuan serta kemahiran sesuatu bidang yang dipelajari. Kesediaan guru juga diambilkira
dalam melaksanakan segala apa yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Rakyat yang berfikiran kritis dan kreatif akan menjamin negara agar mampu
bersaing dan setanding dengan negara maju yang lain selaras dengan Wasasan 2020.

RUJUKAN
16

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di
kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International
Malaysia Educational Technology Convention.
Adnan bin Ahmad, Mimi Mohaffyza Mohamad& Kamalularifin Suhari. 2006. Aplikasi corak
pembelajaran kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar dalam
subjek pengajian kejuruteraan awam sekolah menengah teknik negeri Johor. Latihan
Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.
Beyer, B.K. 1988. Developing a thinking skills program. Boston: Allyn & Bacon
Ea Ah Meng Pedagogi Amalan Dalam Bilik Darjah Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Forgarty, R & Bellanca, J. 1990. Teach Them Thinking. Australia: Hawker Brownlow
Education
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Pukal Latihan Sains Rendah: Modul 3 Kemahiran
Berfikir. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
K.Narayaanasamy. 2000. Melayan pelbagai gaya pembelajaran: pengajaran kemahiran berfikir
sebagai satu alternatif berkesan. Jurnal Pendidikan TIGAENF. 2(3): 64-70
Kamarudin Hj.Husin. (1988). Pedagogi Bahasa . Petaling Jaya, Selangor : Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
Kamarudin Jeon Et.Al. (2008).Bahasa Melayu SK Buku Teks Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Marzuki Nyak Abdullah. (1994).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu KBSR.. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir. ( ). Gaya pembelajaran: satu kajian deskriptif terhadap
pelajar kolej matrikulasi Perak.
N.S.Rajendran. 2001. Amalan berdaya fikir pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu dalam
bilik darjah. Kertas Kerja. Konvensyen Pendidikan ke-10.
N.S.Rajendran. 2001. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru
mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Kertas kerja. Seminar/ pameran
projek KBKK.
17

HBML 4303 NORLAILI MUHAMMAD (730620-08-6154)

Shahabudin Hashim Et.Al. (2005).Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Batu Caves, Selangor :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Http://Www.Slideshare.Net/Ninezero90xxx/Pedagogi-Bahasa-Melayu-Sekolah-RendahKonsep-Teknik

18

Anda mungkin juga menyukai