Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS HARIAN

SESI 2024/2025
1. Guru Bertugas Harian (GBH) akan menjalankan tugas berdasarkan garis panduan yang disediakan di
bawah. Sekiranya ada perubahan pada garis panduan ini, ianya akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa

2. GBH datang awal ke sekolah, iaitu sebelum 6.45 pg (sesi pagi) / 12.00 tgh (sesi petang) dan berada
dilokasi bertugas yang telah ditetapkan untuk mengawasi disiplin dan keselamatan murid.

3. GBH balik dari sekolah, iaitu selepas 2.00 ptg (sesi pagi) / 7.00 malam (sesi petang)

4. Membantu Pengetua dan pihak pentadbiran sekolah mengawasi disiplin murid dan pergerakan murid
di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan
segera / munasabah jika perlu.

5. Mengawasi kebersihan makanan yang di jual di kantin sekolah.

6. Mengawal disiplin murid semasa rehat di kantin dan pantri (sebelah Dewan Ibnu Sina)

7. Mengawasi kebersihan bilik darjah , tandas , kantin, bilik khas, blok bangunan , dataran dan sekitar
kawasan sekolah.

8. Menguruskan murid yang sakit dengan menghubungi ibu bapa/ penjaga dan hanya membenarkan
murid yang sakit pulang bersama ibu bapa/penjaga. Memberi bantuan rawatan awal “First Aid” jika
perlu dengan kebenaran ibubapa/penjaga. Walau bagaimana pun, guru TIDAK DIBENARKAN
memberi sebarang ubat secara oral/dimakan kepada murid tanpa kebenaran ibu bapa / penjaga
murid.

9. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital / klinik dan merekod nama murid yang memohon.

10. Memastikan ketepatan waktu kehadiran murid, penyuraian murid, semasa rehat dan semasa
pertukaran guru.

11. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan dan perjumpaan barangan serta mengawasi harta
benda sekolah.

12. Mencatatkan peristiwa penting yang berlaku di sekolah seperti aktiviti sukan dan permainan,
persatuan dan unit beruniform serta perkara-perkara yang berlaku sepanjang hari/minggu
persekolahan dalam buku laporan bertugas.

13. Mencatatkan pengumuman/ ucapan (jika ada) yang dibuat dalam Buku Laporan Harian.

14. Membuat laporan dalam Buku Laporan Guru Bertugas yang disediakan dan jika perlu terus lapor
kepada Pengetua supaya tindakan dapat diambil.

15. Mengurus dan mengawal murid di lokasi ditetapkan semasa waktu rehat.
16. Mengurus dan mengawal pergerakan murid semasa masuk ke kelas, waktu rehat dan semasa
balik sekolah
• Mengetuai Guru Bertugas pada minggu berkenaan dan berada di Dewan Al Ghazali untuk
mengawal murid yang hadir awal.
• Mengarahkan murid bergerak ke kelas dalam barisan (7.15 pagi) melalui tangga 2 di Blok A
(bagi kelas Ting 4 yang berada di Blok A ) , tangga 3 di Blok B (Ting 3) dan tangga 5 di Blok D
( bagi kelas Ting 4 yang berada di Blok C)
• Membantu Penyuraian Murid di Pagar C dengan memastikan murid terus bergerak balik dan
GURU 1
tidak berada lama di hadapan luar pagar sekolah
• Membuat penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada hari Ahad.
• Mengumpul maklumat dari rakan guru bertugas dan menyiapkan Buku Laporan Guru
Bertugas pada Hari Ahad
• Membuat laporan guru bertugas pada perhimpunan rasmi.

• Mencatat pengumuman/ucapan pengetua semasa “5 Minutes Talk” dan masukkan dalam


telegram Pengurusan.
• Bertugas di Pagar B waktu murid hadir (Kunci pagar B pukul 7.15 pagi)
• Galakkan murid sanitise tangan sebaik masuk kawasan sekolah.
• Membantu mengawasi Penyuraian Murid sewaktu balik di Pagar B dan meminta pengawal
GURU 2
keselamatan mengunci pagar B setelah semua murid PPKI dan bermotosikal balik.
• Membuat penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada hari Isnin dan Selasa
• Mengumpul maklumat dari rakan guru bertugas dan menyiapkan Buku Laporan Guru
Bertugas pada hari Isnin dan Selasa

• Membuat rondaan di setiap blok pada waktu pagi.


• Memantau dan mengawasi disiplin murid di kantin pada waktu rehat.
• Memastikan murid tidak melalui kaki lima hadapan pejabat semasa balik.
• Mengurus murid sakit dalam tempoh PdPc*
GURU 3
• Membuat penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada hari Rabu.
• Mengumpul maklumat dari rakan guru bertugas dan menyiapkan Buku Laporan Guru
Bertugas pada Hari Rabu

• Menyediakan sanitiser dan bertugas di Pagar C waktu murid hadir.


• Menggalakkan murid sanitise tangan sebaik masuk kawasan sekolah.
• Membantu Penyuraian Murid di Pagar C dengan memastikan murid terus bergerak balik dan
tidak berada lama di hadapan luar pagar sekolah.
GURU 4 • Membuat penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada hari Khamis.
• Membuat rumusan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
• Mengumpul maklumat dari rakan guru bertugas dan menyiapkan Buku Laporan Guru
Bertugas pada Hari Khamis.
NOTA TAMBAHAN :
• Kaunselor dan guru displin bertugas akan mengambil alih tugas di Pagar A mulai

7.20 – 8.30 pagi/12.30 – 1.30 petang untuk mengurus murid lewat.


• Guru mata pelajaran pertama akan masuk ke kelas pada pukul 7.15 pagi/1.10 ptg
• PdPc dimulakan pada pukul 7.25 pagi/1.10ptg
• Masa rehat, guru yang bertugas di kantin dan guru kantin bertugas akan mengawal
murid di kantin.
• Guru pengawas dan guru disiplin bertugas membuat rondaan diblok-blok kelas
waktu murid hadir (6.45 -7.15 pagi) dan waktu rehat.
Waktu Rehat 1 : 9.50 – 10.20 pagi / 3.30 – 3.50 ptg
Waktu Rehat 2 : 10.25 – 10.45 pagi
• Semua guru bertanggungjawab menjaga pelajar di pelbagai laluan.
• Guru bertugas juga perlu memantau perjalanan solat Zohor dan solat Asar sesi pagi
dan petang.

Anda mungkin juga menyukai