Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN KESELAMATAN , KEBERSIHAN DAN PERATURAN

DI KELAS.

1. Pelajar diwajibkan untuk meminta kebenaran guru atau


memaklumkan kepada ketua kelas terlebih dahulu sekiranya
hendak keluar dari kelas ke tandas, bilik guru dan lain-lain.
2. Dilarang membawa sebarang bentuk hiburan ke sekolah.
Contohnya MP3, MP4, walkman, telefon bimbit, komik dan majalah
atau apa-apa sahaja.
3. Dilarang merayau-rayau, berkelakuan tidak sopan dan ponteng
sekolah.
4. Dilarang meludah di merata tempat.
5. Dilarang membuat bising, berkejaran atau makan dalam kelas.
6. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada ketika waktu rehat.
7. Digalakkan menghias kelas dengan alat-alat pembelajaran yang
menarik, sesuai dan dapat membantu dalam proses pembelajaran.
8. Pastikan plan laluan kecemasan dipamerkan di dalam kelas.
9. Peraturan keselamatan sekolah harus dipatuhi sewaktu berlaku
kebakaran atau kecemasan.
10. Dilarang membawa benda tajam dan bahaya ke sekolah.
11. Elakkan pembaziran dan guanakan lampu dan kipas pada
masa yang diperlukan sahaja tutup suis sebelum meninggalkan
kelas.
12. Laporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak
sebarang perbuatan yang mencurigakan atau cubaan merosakkan
harta benda sekolah.
13. Laporkan dengan segera kepada guru atau guru bertugas
sekiranya berlaku kecemasan, kehilangan dan kecurian untuk
tindakan selanjutnya.
14. Susun kerusi meja dengan teratur dan kemas bagi mengelakkan
kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai