Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN SEKOLAH SERTA AMALAN MURID-MURID

SK TANJUNG BATU BINTULU, BINTULU

Semua murid mesti patuh kepada peraturan-peraturan dan disiplin sekolah. Sesiapa yang didapati melanggar arahan
akan diambil tindakan disiplin sekolah.

DEFINISI DISIPLIN

Peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok atau badan masyarakat bagi mewujudkan tingkahlaku
yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang sama ada dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri

1. Semua murid sesi pagi dan petang mesti berada di sekolah 15 minit sebelum kelas bermula. Pintu pagar sekolah
akan ditutup pada pukul 7:05 pagi dan 12:35 tengah hari. Kereta ibu bapa tidak dibenarkan masuk pada waktu
tengah hari. Kedatangan lewat akan direkod oleh guru dan pengawas yang bertugas untuk tindakan yang
selanjutnya.

2. Kasut berkanvas putih, stokin putih atau kasut berkanvas hitam, stoking hitam, lencana sekolah, tali pinggang
(lelaki) dan tudung (murid perempuan beragama Islam) mesti dipakai bersama pakaian seragam sekolah.

3. Barang kemas (emas dan sebagainya) tidak boleh dipakai sewaktu persekolahan.

4. Rambut, kuku mestilah bersih dan kemas pada setiap masa. Rambut yang panjang (perempuan) harus diikat ke
belakang dengan riben berwarna biru, hitam sahaja.

5. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang. Sesiapa didapati melanggar peraturan ini akan
diambilkan tindakan.

6. Pakaian seragam sekolah yang lengkap harus dipakai setiap masa, sama ada ke kelas biasa, kelas tambahan
atau majlis-majlis sekolah. Murid-murid dikehendaki menggunakan pakaian PJ (warna biru gelap) dan berseluar
‘tracksuit’ panjang semasa Pendidikan Jasmani dan waktu kegiatan Kokurikulum.

7. Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan kecuali dengan
kebenaran Guru Besar. Ibu bapa/ Penjaga yang ingin membawa keluar anak/ jagaan mesti mendapat kebenaran
dahulu daripada Guru Besar/ Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM/ Penyelia Sesi Petang dan
merekod dalam Buku Pergerakan Murid.

8. Semua murid harus senyap semasa perhimpunan dan pertukaran kelas.

9. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti menghantar sijil sakit daripada doktor kepada guru kelas atau
membawanya sendiri semasa hadir semula ke sekolah atau menelefon ke pejabat sekolah untuk memaklumkan
ketidakhadiran. (Telefon: 086-251731).
10. Kawasan sekolah dan tandas mestilah dijaga dengan bersih pada setiap masa. Murid-murid yang didapati
membuang sampah-sarap di merata tempat atau sisa makanan/ sampah ke dalam mangkuk tandas akan
dikenakan tindakan. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.

11. Murid-murid mesti menghormati arahan smua guru dan pengawas sekolah. Sekiranya ada aduan, sila kemukakan
kepada Guru Disiplin / PK HEM / Guru Bimbingan dan Kaunseling/ Guru Besar. Sebarang kebiadapan akan
diambil tindakan tegas dan akan direkodkan.

12. Semua murid tidak boleh membawa gambar-gambar lucah, majalah-majalah hiburan, permainan, ‘video games’
dan sebagainya yang berkaitan. Barang-barang tersebut akan dirampas dan tidak akan dikembalikan.

13. Murid-murid tidak dibenarkan berjudi di sekolah. Membawa wang yang melebihi RM5.00 adalah tidak dibenarkan
dan kehilangannya tidak akan ditanggung oleh pihak sekolah kecuali atas sebab-sebab tertentu.

14. Kuaci atau gula-gula getah (chewing gum) dilarang dibawa ke sekolah.

15. Murid-murid dilarang menggunakan bahasa kasar (kata-kata yang menyakitkan hati orang lain).

16. Murid-murid tidak dibenarkan mengintip sesiapa yang berada di dalam tandas.

17. Semua murid tidak dibenarkan ponteng kelas/ kelas tambahan dan aktiviti sekolah. Surat amaran ponteng kelas
akan dihantar kepada ibu bapa/ penjaga jika murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab 3 hari berturut-turut.
Kehadiran murid dipantau secara ‘online’ oleh pihak KPM.

18. Semua murid wajib mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Kokurikulum, kecuali mereka yang tidak sihat dari
segi kesihatan (surat doktor perlu sebagai bukti).

19. Murid-murid hendaklah berwaspada, bertanggungjawab, bertimbang rasa, bersopan santun, bertolak ansur, suka
tolong-menolong semasa di dalam atau di luar kawasan sekolah. Mereka sepatutnya berbangga memelihara nama
baik sekolah.

20. Harta benda sekolah hendaklah dijaga dengan baik. Menconteng perkakas/ perabot/ pintu atau dinding tidak
dibenarkan sama sekali. Murid-murid akan dikenakan denda menggantikan perkakas yang dirosakkan.

21. Semua murid tidak dibenarkan membawa ‘marker pen’, ‘liquid paper’ dan benda-benda tajam ke sekolah.

22. Murid-murid tidak dibenarkan makan / bermain di dalam kelas pada waktu rehat.

23. Pengangkutan murid tidak dibenarkan menunggu di dalam kawasan sekolah dan tidak boleh membunyikan hon.
Patuhi papan tanda yang terdapat di dalam kawasan sekolah.

24. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelawat dilarang mengambil gambar atau merakam video semasa Pdpc sedang dijalankan di
dalam kelas.

25. Murid-murid dilarang membawa telefon bimbit dan jam pintar ‘smart watch’ ke sekolah. Jika dijumpai, gajet
tersebut akan dirampas dan tindakan disiplin akan diambil.
26. Gejala buli akan diambil tindakan disiplin. Perbuatan membuli dikategorikan kepada 5 kategori.

FIZIKAL LISAN ISYARAT MEMERAS UGUT MEMULAU


 Memukul  Mengejek  Menjelir lidah  Meminta wang  Tidak berkawan
 Menendang  Memfitnah  Menunjukkan  Menyembunyikan dengan mangsa
 Menampar  Mencarut isyarat lucah barang  Mengasingkan
 Menolak/ menarik  Menghina mangsa dengan
mangsa kumpulan lain
 Mencekik
 Menindih/
menghimpit

27. Pemeriksaan ‘spot check; akan dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa notis. Tujuan agar tiada murid yang
membawa barang-barang terlarang dan merbahaya ke sekolah.

28. Sistem naik turun tangga

29. Peraturan barisan waktu terakhir (turutan kelas) yang telah ditetapkan.

30. Hujung minggu (tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah)

Pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa dan penjaga akan turut bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi
mutu disiplin murid-murid di sekolah ini. Tujuan kita ialah untuk melahirkan seorang insan yang harmonis dan
seimbang yang mempunyai intelek, emosi, jasmani dan rohani yang baik.

Anda mungkin juga menyukai