Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN AM SEKOLAH.

Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan sekolah dan apa-apa jua peraturan yang
dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke semasa selepas daripada ini.

Semua pelajar yang berdaftar dan belajar di sekolah ini dikehendaki mempunyai dan mengamalkan
nilai-nilai akhlak yang baik, bersopan, dan berbudi bahasa sepanjang masa samada di dalam atau di
luar kawasan sekolah.

Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai

➔Mencemarkan nama baik sekolah dan individu

➔Melakukan perbuatan merosakkan harta sekolah atau harta orang perseorangan atau harta
awam.

➔Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah

➔Menimbulkan kegelisahan / persengketaan di kalangan murid atau kakitangan sekolah.

➔Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak atau individu.

➔Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut mana-mana individu.

➔Tidak senonoh / melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang murid.

➔Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh.

➔Setiap pelajar dikehendaki menyertai semua kegiatan yang diadakan oleh sekolah samada
bercorak akademik atau kokurikulum.

➔Setiap murid dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan tingkahlaku.

WAKTU PERSEKOLAHAN

Sesi pembelajaran setiap hari bermula pada pukul 12.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Waktu Hadir

➔Murid mesti berada di kawasan sekolah sebelum loceng dibunyikan pada pukul 12.30 pagi.

➔Kehadiran akan direkodkan pada waktu pertama pembelajaran. Murid-murid dikira lewat jika
hadir selepas jam 12.40 pagi.
Waktu Balik

➔Loceng akan dibunyikan 5 minit sebelum waktu balik.

➔Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan

(termasuk waktu rehat) kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar dan
ditemani oleh hanya ahli keluarga.

➔Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas dan kawasan-kawasan larangan pada waktu

rehat dan sebelum loceng bermula kecuali dengan kebenaran guru atau mereka yang bertugas.

Kehadiran Sekolah

➔Kehadiran ke sekolah adalah wajib

➔Mana-mana murid yang tidak dapat hadir ke sekolah wajib memberitahu Guru kelas

secara LISAN dan BERTULIS. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan dikira PONTENG
sekolah.

➔Surat-surat peringatan tentang kehadiran murid, tingkahlaku, dan apa jua yang berkaitan dengan
persekolahannya yang bertentangan dengan peraturan sekolah akan dihantar pada ibu bapa /
penjaga. Ibu bapa / penjaga wajib memberi respon positif dan akur dengan sebarang keputusan dan
tindakan yang diambil oleh pihak guru dan pengarah sekolah ke atas anak / murid berkenaan.

➔Jika murid tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan, surat amaran
pertama akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga. Surat-surat amaran kedua dan terakhir akan
dihantar sekiranya murid masih ponteng sekolah tanpa alasan. Jika selepas ini pihak sekolah masih
juga tidah menerima apa-apa maklumat daripada ibu bapa / penjaga, tindakan yang sewajarnya
akan diambil sehingga murid berkenaan ditamatkan persekolahannya.

➔Ibu bapa / penjaga wajib memberitahu Guru Besar atau wakilnya sekiranya anak / murid
mengidap sebarang penyakit kronik supaya tindakan wajar dibuat terhadap penglibatannya dalam
aktiviti persekolahan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sebarang kecelakaan
berpunca dari penyakit yang disembunyikan dari pengetahuan pihak sekolah.

HUBUNGAN DENGAN LUAR

Semua pelawat termasuk ibu bapa / penjaga mesti berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu.

Murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan sekolah kecuali berkaitan urusan rasmi.

Pelajar / pelawat hendaklah menutup aurat apabila berurusan dengan pihak sekolah.

Orang luar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
BARANGAN-BARANGAN LARANGAN

➔Rokok, mancis, lighter, dan barang-barang yang sejenis dengannya.

➔Benda-benda yang tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain kecuali dengan kebenaran guru.

➔Barang-barang perhiasan diri seperti rantai emas, cincin dan lain-lain

➔Alat solek.

➔Kaset, ‘walkman’, ‘game watch’, komik, majalah lucah / hiburan, pita video, compact disk, dan
alatan-alatan lain yang tidak sesuai dengan budaya murid sekolah.

➔‘Liquid paper’, pen marker dan semua jenis cat.

➔Mercun, bunga api, dan bahan-bahan lain yang menjadi punca kebakaran.

➔Sebarang bentuk perjudian dan penjualan.

➔‘Chewing gum’, gula-gula dan makanan ringan.

➔Telefon bimbit, kamera, ‘pen-drive’, pager dan seumpamanya. Kesemua barang-barang di atas
adalah dilarang sama sekali dibawa ke sekolah. Pihak sekolah akan merampas barang-barang
larangan dan tidak akan memulangkan kembali.

RUPA DIRI

➔Rambut Murid Lelaki pendek dan kemas, tidak melebihi separuh paras dahi, di tepi tidak melebihi
separuh bahagian telinga. Rambut di belakang mestilah nipis dan tidak melebihi garisan di bawah
cuping telinga. Potongan tidak boleh berfesyen seperti ‘punk’, diwarnakan, berekor, dan terjuntai di
hadapan serta memakai gel.

➔Rambut Murid Perempuan yang panjang hendaklah diikat. Alat perhiasan kepala yang dibenarkan
hanyalah seperti getah rambut yang bewarna hitam dan putih sahaja. Semua rambut mestilah
dimasukkan ke dalam anak tudung.

Kuku

➔Dipotong pendek. Tidak diwarnakan termasuklah inai. Sentiasa bersih.

UJIAN DAN PEPERIKSAAN

➔Dilarang meniru atau memberi peluang meniru. Sebarang penyelewengan dalam peperiksaan
adalah dilarang.

AKHLAK

➔Semua murid hendaklah berakhlak baik, mentaati, dan menghormati semua guru, kakitangan
sekolah, pengawas serta ketua kelas dan bersopan santun, rajin serta saling bekerjasama antara satu
sama lain.
➔Murid-murid hendaklah memberi salam hormat apabila bertemu dengan Guru Besar, guru-guru,
kakitangan sekolah dan pelawat yang datang ke sekolah.

Apabila guru dan pelawat masuk ke kelas, semua murid hendaklah berdiri dan menyambut salam
yang diberikan.

➔Murid-murid mestilah berdiri dan mengucapkan salam serta terima kasih apabila guru keluar dari
bilik darjah selepas mengajar,

➔Semua murid hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta persekitaran
sekolah.

➔Semua murid hendaklah berjimat dan mengawal bekalan elektrik dan air.

➔Murid-murid hendaklah menggunakan masa terluang di sekolah dengan membaca buku.

➔Murid-murid hendaklah menjaga nama baik sekolah.

➔Dilarang menconteng / mengotorkan buku.

➔Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru dibuat dengan sempurna seperti yang dikehendaki.

HARTA BENDA SEKOLAH

➔Setiap murid adalah bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kesempurnaan harta benda
sekolah.

➔Perbuatan menconteng, mengotor dan merosakkan harta benda seperti papan kenyataan, dinding
dan sebagainya adalah dilarang.

➔Segala harta benda sekolah yang didapati dirosakkan oleh murid-murid mesti dibayar gantirugi
yang telah ditetapkan. Jika didapati tiada murid yang mengaku bertanggungjawab atas sesuatau
kerosakkan, semua murid yang berada di tempat kejadian atau kumpulan yang terlibat semasa
kejadian berlaku dikehendaki sama-sama membayar gantiruginya.

➔Murid-murid dilarang menggunakan telefon sekolah kecuali dengan kebenaran guru.

BILIK DARJAH

➔Tutup kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik darjah.

➔Murid dikehendaki duduk di tempat yang telah diarahkan.

➔Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.

➔Dilarang membawa keluar harta benda dari dalam bilik darjah.


TANDAS

➔Murid-murid perlu mendapatkan kebenaran guru untuk ke tandas. Sekiranya tiada guru di dalam
bilik darjah, ketua kelas atau penolongnya perlu mendapatkan kebenaran dari guru di bilik darjah
yang berhampiran / bilik guru.

➔ Pam tandas selepas menggunakannya.

PERATURAN KHAS

➔Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid, perlu
memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.

➔Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil murid-murid ke / dari sekolah
dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.

➔Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat, resit, kad
ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai