Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN

GURU PENYAYANG TAHUN 1

Tarikh: 01 APRIL 2022


Masa: 1PETANG
Tempat: Dewan SERBAGUNA SK TUARID TAUD

Diumumkan ketibaan Yang berusaha Guru Besar SK tuarid taud ke tempat duduk
utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri
1.
Ketibaan Semua hadirin dipersilakan berdiri.
jemputan dan
ibu bapa Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, sabah
tanah airku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.

** Semua hadirin dipersilakan duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput en. Mohd maizan che muda untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

** Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

SELAMAT TENGAHARI dan salam sejahtera. Yang Berusaha puan safiah binti
abdul mutalib guru Besar Sekolah Kebangsaan sk tuarid taud, Yang Dihormati pn
painah gapid Guru Penolong kanan petang sk tuarid taud , -------------------------------
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ------------------------------------
semua Guru-guru, Yang diraikan murid-murid TAHUN 1 2022 serta semua murid
tahap 1 yang disayangi sekalian. Selamat Datang saya ucapkan ke Majlis perasmian
3. dan Penutupan Minggu Transisi & Penyayang, 2022.
Pembukaan /
Syukur kerana dengan izin serta limpah rahmat dari tuhan kita diberikan kekuatan
Aluan
untuk berhimpun dalam Majlis perasmian dan Penutupan Program Transisi dan Guru
Penyayang Tahun 1 sk tuarid taud tahun 2022.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan aluan
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan salvia majuin selaku
penyelaras program untuk menyampaikan ucapan alu-aluan . Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan salvia atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
5.
Ucapan Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
Perasmian perasmian dan penutupan daripada Yang berusaha puan safiah binti abdul mutalib
guru besar SK tuarid taud . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas puan safiah binti abdul mutalib guru
besar SK tuarid taud kerana telah merasmikan majlis kita tengahari ini.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid2 Tahun Satu.

Persembahan 1: choral speaking – di bimbing oleh puan nelly sinin


Persembahan 2: tarian persembahan – di bimbing oleh puan masleha bte abidin
6. Persembahan
Murid Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang berusaha puan safiah binti abdul
mutalib guru besar SK tuarid taud ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada
murid2 tahun 1.
7.
Penyampaian Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta Thn 1.
Hadiah
** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar sk
tuarid taud puan safiah binti abdul mutalib atas kesudian beliau menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Majlis menjemput puan painah gapid pk ptang SK tuarid taud ke pentas untuk
menyampaikan hadiah kepada murid2 tahun 1 .

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta Thn 1.

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar sk


tuarid taud puan safiah binti abdul mutalib atas kesudian beliau menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

8. nyanyian Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu “kami murid baru ” oleh
lagu tahun satu murid Tahun Satu. Dipersilakan.

** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
9. Andai terlanjur patah bicara,
Penutup & Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Guru Penyayang Tahun 1 dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin dijemput untuk Bersama sama ke
sesi bergambar beramai ramai dan kemudian menikmati jamuan yang disediakan
selepas itu.

Dengan ini selesai lah sudah majlis kita pada hari ini, sampai jumpa di tahun
hadapan.

Anda mungkin juga menyukai