Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK

9 SEBELAH SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU 2019

TAJUK : LIGA BOLASEPAK 9 SEBELAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU 2019

PENGENALAN

Pertandingan ini merupakan satu kaedah untuk meningkatkan tahap kemahiran


dan kecerdasan murid-murid di dalam bola sepak serta menanam sikap kerjasama dan
keyakinan diri dalam secara berpasukan.

Di samping itu juga dengan adanya pertandingan seperti ini, jurulatih pasukan
bola sepak sekolah dapat mengenalpasti bakat murid-murid dan seterusnya akan
mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak yang akan dipertandingkan di
peringkat zon atau pun peringkat bahagian nanti.

RASIONAL

Program ini perlu dilaksanakan bagi melengkapkaqn murid-murid dengan sifat


kepimpinan, kerjasama dan toleransi dengan semangat kesukanan supaya mereka
lebih cerdas mereka lebih cerdas dan berkeyakinan di masa hadapan.

MATLAMAT

Melahirkan generasi bola sepak sekolah masa hadapan yang lebih


berkemahiran, cerdas dan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan untuk
sekolah. Disamping itu juga, dengan adanya pertandingan ini sekolah sudah
mempunyai pemain-pemain yang akan mewakili pasukan sekolah untuk pertandingan
peringkat zon mahupun peringkat bahagian nanti.
OBJEKTIF

Pada akhir pertandingan ini nanti, murid-murid akan dapat:

 meningkatkan kemahiran dan kecerdasan.


 meningkatkan semangat kerjasama antara satu sama lain
 menggalakkan murid-murid mempertingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan
cemerlang dalam bidang sukan.
 dipilih untuk mewakilli sekolah pada tahun 2019

TARIKH

12 dan 19 Februari 2019

MASA

8.00 petang – 5.30 petang

TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Bintulu

KUMPULAN SASARAN

Semua murid lelaki Tahun 4 - 6

PERSONALIA

Jawatankuasa (Rujuk Lampiran 1)

STRATEGI PELAKSANAAN

 Perbincangan dengan penasihat


 Penetapan tarikh, tempat, dan sumber kewangan
 Menyediakan kertas cadangan
 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas
 Taklimat Jawatankuasa
 Mengedarkan surat pengetahuan ibubapa / boring deklarasi
 Persediaan program oleh AJK
 Pelaksanaan program
 Penilaian program
SUMBER KEWANGAN

A. WANG PERUNTUKAN RM 150

B. PERBELANJAAN
1. HADIAH - RM 3.50 X 36 (Tempat 1,2,3) RM 126
2. MINUMAN - RM 12 X 1 hari RM 12

JUMLAH : RM 138

PENILAIAN

Penilaian dibuat secara pemantauan, pemerhatian dan melihat penglibatan murid-murid


semasa program dijalankan.

PENUTUP

Program ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua jawatankuasa dan
para peserta. Segala usaha amat dihargai dan semoga mendapat keberkatan Tuhan
Yang Maha Esa.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………. ……………………….. ………………………

(Mark Sylvestian John) (Mohd.Amir Firdaus) (Togang Sedin)


Setiausaha Kelab Bola Sepak PK.Koko Guru Besar
SK.Tanjung Batu SK.Tanjung Batu SK.Tanjung Batu
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA LIGA BOLA SEPAK 9 SEBELAH


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU 2019

Penasihat : TOGANG SEDIN


Pengerusi : MOHD AMIR FIRDAUS
Penyelaras : EZECHIELEO ANAK SUET
Setiausaha : MARK SYLVESTIAN ANAK JOHN PILLAI
Penolong Setiausaha : AUDREY DIAK ANAK GAWENG
Ahli Jawatankuasa : SIMON RUTIEN
ZULKARAMI BIN JOINI
MOHD RODZUAN
Teknikal : MARK SYLVESTIAN ANAK JOHN PILAI
SIMON RUTIEN

Persiapan Padang : EZECHIELEO ANAK SUET


SIMON RUTIEN
ZULKARAMI BIN JOINI
MOHD RODZUAN
MARK SYLVESTIAN ANAK JOHN PILLAI

Hadiah / Minuman : AUDREY DIAK ANAK GAWENG


MOHD RODZUAN

Pengadil : EZECHIELEO ANAK SUET


SIMON RUTIEN
MARK SYLVESTIAN ANAK JOHN PILLAI
ZULKARAMI BIN JOINI

Kecemasan : AUDREY DIAK ANAK GAWENG

Anda mungkin juga menyukai