Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Pertandingan Bantu Mula St.

John 2012

1. LATAR BELAKANG PERTANDINGAN Program ini bertujuan untuk memberi peluang dan platform kepada semua peserta untuk mereka menonjolkan bakat dan pengetahuan dalam memberikan bantuan kecemasan awal kepada pesakit atau mangsa kecederaan sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat atau bantuan perubatan yang lain. 2. MATLAMAT PERTANDINGAN Dengan adanya pertandingan ini, diharapkan semua peserta dapat mencetuskan minat, bakat serta berkongsi pengatahuan dan kemahiran mereka dalam memberikan bantuan awal. Kejayaan dan pencapaian mereka dalam bidang ini akan menjadi pemangkin untuk mereka terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. 3. RASIONAL PERTANDINGAN Dengan terlaksananya Pertandingan Bantu Mula St. John 2012 ini adalah diharapkan peserta-peserta akan terus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka dan berkongsi pandangan dan pengetahuan dalam aspek pertolongan cemas bagi menambahkan pengetahuan semua individu dalam masyarakat tentang peri pentingnya pengetahuan awal dalam bantu mula. Di samping memupuk daya saing dan daya juang yang tinggi di kalangan peserta, semua murid-murid juga diharap dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat melahirkan murid yang cemerlang sesuai dengan inspirasi Negara. 4. OBJEKTIF PERTANDINGAN Objektif utama Pertandingan Bantu Mula St. John 2012 ini ialah ;

1. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan persahabatan sesama peserta.


2. Mewujudkan satu bentuk perkongsian pengetahuan pertolongan cemas. 3. Membentuk satu pasukan St. John yang mantap mendahului pasukan unit beruniform lain. 4. Bekerjasama dan berganding bahu dalam usaha menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. 5. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran dalam Pertandingan Bantu Mula St. John 2012 ini adalah semua ahli dalam pasukan unit beruniform St. John SMK Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Kertas Kerja Pertandingan Bantu Mula St. John 2012

6. TARIKH / MASA PERTANDINGAN BANTU MULA ST. JOHN 2012 : Tarikh Hari : Masa : 7. JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN BANTU MULA ST. JOHN 2012 Penaung Pengerusi Naib Pengerusi : Tn. Hj Kamaruddin b Mohd Diah : En. Kamal b Tukiman : Pn. Aziah bt Kasim En. Mohd Yatim b Omar Pn. Hajjah Manisah bt Kassim Penyelaras Setiausaha Naib Setiausaha Ahli Jawatankuasa : En. Mohammad Haris b Halim : En. Rushdan b Md Saad : En. Mohd. Zuraidi b Komari : Pn. Noorazura bt Mohd. Noor En. Mohd. Syamsul b Misran Pn. Haslinda bt Musripan En. Mohd. Munir b Isa@Ishak : En. Mohd. Zuraidi b Komari : En. Mohd. Syamsul b Misran En. Mohd. Munir b Isa@Ishak Pn. Haslinda bt Musripan : Pn. Noorazura bt Mohd. Noor : En. Rushdan b Md Saad : En. Mohammad Haris b Halim : En. Mohd. Zuraidi b Komari Pengetua GPK Ko-kurikulum GPK Kurikulum GPK HEM Penyelia Petang Ketua Guru Penasihat St. John

Pengacara Majlis Hakim

Buku Program Pendaftaran (borang) Penajaan / Sumbangan Cenderahati / Hadiah

Jurugambar / Dokumentasi : En. Sarip b Dol Juri Rayuan : Dianggotai oleh pentadbir dan penyelaras pertandingan.

Kertas Kerja Pertandingan Bantu Mula St. John 2012

8. ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Hadiah Pemenang TAHUN Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 KEDUDUKAN Pertama, Kedua dan Ketiga JUMLAH 3org X 3 X 3org X 3 X 3org X 3 X 3org X 3 X 3org X 3 X JUMLAH RM 5.00 = RM45.00 RM 5.00 = RM45.00 RM 5.00 = RM45.00 RM 5.00 = RM45.00 RM 5.00 = RM45.00

RM 45 X 5

= RM 225.00

2. Pengurusan

= RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN = RM 325.00 9. SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan PIBG
2. Sumbangan Badan Korporat 10. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peserta mestilah berdaftar sebagai ahli pasukan St. John sekolah.


2. Setiap pasukan dianggotai oleh 3 orang peserta tanpa mengira jantina. 3. Setiap pasukan mesti menyediakan kain anduh sendiri. 4. Pendaftaran mestilah menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh pihak urusetia. 5. Pertandingan akan dijalankan mengikut format yang telah ditetapkan oleh urusetia pertandingan. 11. KESELAMATAN DAN TEKNIKAL

1. Semua ketua pasukan mestilah berpuas hati dan bertanggungjawab penuh atas
kesihatan peserta masing-masing. 2. Kesemua peserta adalah bertanggungjawab di atas keselamatan diri mereka sendiri. 12. BANTAHAN

1. Bantahan secara bertulis mengenai keputusan pertandingan hendaklah dibuat


dalam tempoh 15 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

2. Sebarang bantahan perlu diserahkan kepada Juri Rayuan melalui penyelaras


pertandingan dengan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00. 14. PENUTUP Adalah diharapkan dengan terlaksananya Pertandingan Bantu Mula St. John 2012 ini, akan dapat memperkembangkan bakat serta potensi murid-murid dalam kegiatan

Kertas Kerja Pertandingan Bantu Mula St. John 2012

kokurikulum sekolah seterusnya melahirkan melahirkan murid yang cemerlang sesuai dengan aspirasi Negara. LAMPIRAN 1

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BANTU MULA ST. JOHN 2012:


NO PASUKAN KETUA KUMPULAN : :

BIL 1. 2. 3.

NAMA PESERTA

KELAS

Bahawa kami telah membaca, memahami dan menerima syarat-syarat pertandingan dan dengan ini bersetuju untuk menyertai PERTANDINGAN BANTU MULA ST. JOHN 2012 dan pihak kami mengaku tidak akan membuat sebarang tuntutan undang-undang ke atas sebarang kecederan atau kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Kami juga dengan ini mengetahui dan memahami bahawa pihak penganjur telah mengambil dan menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dalam menganjurkan pertandingan ini. TANDATANGAN PESERTA 1 : ___________________________ NAMA : NO. IC : TANDATANGAN PESERTA 2 : ___________________________ NAMA : NO. IC : TANDATANGAN PESERTA 3 : ___________________________ NAMA : NO. IC :

TANDATANGAN GURU PENASIHAT KUMPULAN __________________________________________ ( )

Anda mungkin juga menyukai