Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Kampong


Sawah Tahun 2017

2. Tarikh : 23 – 25 September 2017

3. Hari : Sabtu – Isnin

4. Tempat : Pusat Kokurikulum Kluang, Johor

5. Objektif :

i. Mewujudkan integrasi dan keakraban antara pasukan unit


beruniform sekolah.
ii. Membina keyakinan diri dan daya tahan fizikal dan mental.
iii. Memupuk nilai-nilai murni seperti berdisiplin, bertoleransi dan
tolong-menolong sesama mereka.
iv. Memberi pengalaman dan pengetahuan perkhemahan dan dapat
mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih seimbang untuk
mencapai kecemerlangan diri dari spek rohani, jasmani, emosi
dan intelek.
v. Memberi kesedaran kepada para peserta tentang kebolehan,
keupayaan, tanggungjawab dan potensi diri mereka sangat
berguna kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

6. Sasaran : 40 orang murid terdiri daripada murid Tahun 2, 4, 5


dan Tahun 6.

7. Butiran aktiviti :

i. Pendaftaran Kehadiran & Taklimat Kem Komanden

- Semua peserta perkhemahan mendaftar di kaunter pendaftaran.


- Taklimat disampaikan oleh En. Ashraf bin Khairil selaku Kem
Komanden Program Perkhemahan pada tahun ini.

ii. Mendirikan Khemah

- Taklimat ringkas mendirikan khemah disampaikan oleh En. Kumaren,


Penyelia Pusat Kokurikulum Kluang, Johor.
- Semua peserta mendirikan khemah masing-masing dengan dibantu
oleh beberapa guru dan Jurulatih Utama.
iii. Slot 2 : Membina gajet

- Melatih kemahiran murid untuk membina gajet dan juga jenis ikatan.

iv. Slot 3 : Membina Stretcher

- Slot ini dijalankan selama 2 jam.


- Murid berpeluang untuk mengetahui teknik membuat stretcher
dengan menggunakan kayu.
- Setiap kumpulan berpeluang menguji stretcher yang dibina dengan
membawa salah seorang ahli kumpulan sebagai mangsa.

v. Slot 4 : Menjana Minda

- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.


- Murid menjalankan aktiviti yang memaksa murid-murid untuk berfikir
diluar kotak.

vi. Slot 5 : Jungle Tracking

- Murid-murid masuk ke hutan secara berkumpulan bersama guru-


guru dan Jurulatih Utama.
- Setiap kumpulan diberikan bahan untuk aktiviti ikhtiar hidup.

vii. Slot 6 : Malam Kebudayaan

- Setiap kumpulan membuat persembahan mengikut tema yang diberi.

viii. Slot 8 : Majlis Penutup

- Majlis penutup dihadiri oleh GPK Kokurikulum sebagai wakil sekolah


dan juga barisan Jurulatih Utama Pusat Kokurikulum.
- Peserta terbaik lelaki ialah Muhammad Fairuz Hakimy B. Saleh
- Peserta terbaik perempuan ialah Nor Siti Najiha Bt Mohd Fairus.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

i. Guru-guru dapat memberikan komitmen dalam menjayakan


program ini.
ii. Program ini mendapat khidmat Jurulatih Utama Pusat
Kokurikulum Kluang, Johor.
8.2 Kelemahan Program :

i. Penyusunan AJK lebih khusus terutama pada setiap slot aktiviti


yang dijalankan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

i. Membuat post-mortem program.

9. Dokumentasi bergambar :

Sila rujuk lampiran

Disediakan : Disemak :

……………………………….…. …………….………........
NORANIZAH BT. MOHD AMIN
AJK Dokumentasi & Laporan
Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform
SK Kampong Sawah, 2017
LAPORAN PROGRAM
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN
BERUNIFORM
SK KAMPONG SAWAH, 2017

DISEDIAKAN OLEH :

PN. NORANIZAH BT. MOHD AMIN


AJK DOKUMENTASI & LAPORAN
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM
2017

Anda mungkin juga menyukai