Anda di halaman 1dari 11

NAMA :______________________________________________ KELAS :_______________

TAHUN 5
___________________________________________________________________________
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SATU JAM (1 JAM)


________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak
___________________________________________________________________________

1
Bahagian A
(30 markah)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian komputer?

A. Sekumpulan computer dan peranti yang disambungkan antara satu sama lain.
B. Sekumpulan komputer yang ditempatkan di stesen janakuasa
C. Sekumpulan komputer di kafesiber.
D. Sekumpulan murid yang menggunakan computer secara serentak

2. Apakah jenis peranti-peranti yang digunakan untuk menghubungkan rangkaian?

I. Hab
II. Suis
III. Penghala
IV. Pencetak

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3. Modem ialah sejenis peranti _____________.

A. penghantar
B. penerima
C. komunikasi
D. internet

4. Azhar ingin menghubung isahabatnya yang berada di England. Apakah


perkhidmatan internet yang boleh Azhar gunakan?

A. E-mel
B. Protokol Pindah Fail (FTP)
C. Pemesejan segera
D. Telefoni internet

5. Apakah kelebihan menggunakan rangkaian?

I. Perkongsian fail
II. Berkongs iperisian aplikasi
III. Memindahkan fail antara komputer
IV. Berkongs iperanti seperti pencetak dan pengimbas

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

2
6. Manakah antara pernyataan berikut adalah benar tentang rangkaian berwayar?

A. Rangkaian berwayar adalah rangkaian unit-unit yang disambungkan antara


satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.
B. Rangkaian berwayara dalah rangkaian unit-unit yang disambung secara atas
talian.
C. Rangkaian berwayar adalah sekumpulan computer dan peranti.
D. Rangkaian berwayar adalah sistem grid elektrik seluruh negara.

7. Apakah nama applikasi yang membenarkan pengguna membuat panggilan


telefon melalui internet dengan caj bayaran yang lebih murah berbanding cas
telefon biasa?

A. Skype
B. Instagram
C. Telegram
D. Facebook

8.

Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan peranti rangkaian yang dinamakan__________.

A. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


B. Penghala (router)
C. Hab
D. Modem

9. Pencetak di dalam sesuatu rangkaian boleh dikategorikan sebagai __________.

A. peranti komunikasi
B. peranti penghantar
C. media penghantar
D. peranti penerima

3
Soalan 10 adalah berdasarkan pernyataan di bawah.

Kumpulan computer dan peranti rangkaian


yang disambung bersama-sama biasanya di
bangunan yang sama seperti; seperti
rumah, pejabat

10. Apakah jenis rangkaian kawasan yang dinyatakan di atas?

A. MAN
B. WAN
C. LAN
D. TAN

Soalan 11 adalah berdasarkan pernyataan di bawah.

Rangkaian kawasan ini boleh


membuatkan capaian data dari jarak jauh
sehingga melangkau antara negara dan
benua

11. Pernyataan di atas menggambarkan jenis rangkaian kawasan ____________.

A. MAN
B. WAN
C. LAN
D. TAN

12. Apakah yang dimaksudkan dengan e-mel?

A. E-mel ialah surat khabar yang boleh dibaca di atas talian.


B. E-mel ialah salah satu laman sosial.
C. E-mel ialah perkhidmatan protocol pindah fail (FTP)
D. E-mel ialah surat elektronik.

13. Suhaila ingin bercuti di Sweden. Dia ingin mengetahui tentang tempat-tempat
menarik di Sweden.Tapak web jenis apakah yang akan digunakan oleh Suhaila
untuk mencari maklumat?

A. Enjin gelintar
B. Laman sosial
C. Blog
D. Forum

4
Soalan 14 adalah berdasarkan Rajah 2.

Rajah 2

14. Rajah 2 menunjukkan salah satu jenis sambungan rangkaian. Apakahj enis
Rangkaian itu?

A. Wifi
B. Rangkaian berwayar
C. Rangkaian tanpa wayar
D. Hot spot

15. Rangkaian komputer di makmal computer sekolah yang menggunakan


Sambungan kabel ialah ___________________.

A. rangkaian berwayar
B. rangkaian tanpa wayar
C. rangkaian kabel
D. rangkaian sekolah

16. Dokumen elektronik di internet yang mengandungi teks, grafik, audio dan video
Serta boleh diakses melalui hyperlink dinamakan ________________.

A. laman sosial
B. enjin gelintar
C. kumpulan berita
D. jaringan sejagat

5
17. Sejenis kad penyesuai atau kad PC yang membolehkan computer mengakses
Rangkaian ialah ___________________.

A. modem
B. penghala
C. titik capaian tanpa wayar
D. kad antara muka rangkaian

Soalan 18dan 19 adalah berdasarkan Rajah 3.

Rajah 3

18. Apakah nama peranti rangkaian yang ditunjukkan di dalam Rajah 3 di atas?

A. Modem
B. Hab
C. Penghala
D. Suis

19. Apakah fungsi peranti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3 di atas?

A. Alat yang membolehkan computer menghantar data melalui talian telefon atau
kabel.
B.Perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data
kepada destinasinya.
C.Sebagai pusat rangkaian berkabel yang digunakan untuk menyambung antara
Computer dengan komputer yang lain.
D. Alat yang membawa data daripada 1 rangkaian kepada rangkaian yang lain.

6
Soalan 20 adalah berdasarkan Rajah 4.

Rajah 4

20. Apakah nama peranti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4 di atas?

A. Modem
B. Suis
C. Hab
D. Penghala

21. Antara berikut yang manakah merupakan enjin gelintar?

I. Yahoo
II. Telegram
III. Google
IV. Whats app

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

22. Untuk memulakan internet seseorang terlebih dahulu mengakses kepelayar


internet. Antara yang berikut yang manakah merupakan pelayar internet?

I. Internet Explorer
II. Mozilla Firefox
III. Google Chrome
IV. Safari

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

7
23.Salah satu perkhidmatan di dalam internet adalah untuk berkomunikasi. Berikut
Adalah contoh komunikasi di dalam internet kecuali:

A. Enjin gelintar
B. Laman sosial
C. E-mel
D. Blog

24.Pencarian Boolean membantu kita untuk mencari maklumat di dalam internet


Dengan lebih pantas. Berikut merupakan carian Boolean, kecuali:

A. menggunakan OR
B. menggunakan AND
C. menggunakan simbol “ ” atau *
D. menggunakan IS

25. Apakah kelebihan menggunakan Mailing List untuk menghantar e-mel?

A. Membolehkan pengguna mencari nama atau alamat e-mel dengan pantas.


B. Membolehkan pengguna mengakses semua maklumat peribadi rakan.
C. Membolehkan pengguna menyimpan rekod perbualan.
D. Membolehkan pengguna menghantar pemesejan segera.

26. Berikut adalah kelebihan menggunakan e-mel berbanding surat biasa, kecuali:

A. E-mel membolehkan segala rekod mel disimpan.


B. Pengirim perlu mengepos mel di pejabat pos.
C. Boleh menghantar mel secara pukal kepada banyak alamat e-mel.
D. Pengirim boleh mengepilkan dokumen dan gambar melalui e-meldengan
mudah.

27. Yang manakah antara berikut adalah contoh-contoh laman web pendidikan:

I. www.shell.com.my
II. www.tnb.org.my
III. www.skdtho.edu.com
IV. www.ukm.edu.my

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

8
28.Apakah yang dimaksudkan dengan laman web organisasi?

A. Laman web yang memberikan maklumat dan berita.


B. Laman web mengandungi maklumat tentang sesebuah organisasi atau
persatuan.
C. Laman web yang mengandungi maklumat atau pengalaman peribadi
seseorang.
D. Laman web yang menjual atau menawarkan sesuatu barangan.

29. Apakah jenis laman web yang memberikan maklumat terkini?

A. Komersial
B. Berita
C. Pendidikan
D. Organisasi

30. Penyataan yang manakah adalah benar tentang kebaikan internet?

I. Mudah didapati dan mudah berkongsi maklumat.


II. Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa mengira jarak,masa dan
tempat.
III. Pengguna boleh terdedah dengan isu keselamatan data atau maklumat
peribadi.
IV. Dapat membantu individu atau organisasi untuk mempromosikan produk dan
perkhidmatan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

9
Bahagian B
(20 markah)

1. Namakan peranti-peranti di bawah:

* Hab * Kad Antara muka Rangkaian(NIC) *


Suis * Kad Tanpa Wayar (wireless card) * Modem

(10 Markah)

10
(10 markah)

2. Tandakan( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang


salah.

a. Internet boleh dilayari di atas talian dan juga luar talian. ( )

b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah organisasi kerajaan


dan swasta. ( )

c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh dilakukan di dalam


talian Internet. ( )

d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun tiada akaun e-mel. ( )

e. Kita boleh memindah fail melalu iProtokol Pindahan Fail. ( )

f. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di


luarnegara melalui e-mel dan telefoni internet. ( )

g. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti mengikuti kelas,


membeli-belah dan memasak bersama rakan-rakan.( )

h. Laman web organisasimengandungimaklumattentangsesebuah


organisasi atau persatuan. ( )

i. Pengirim boleh mengepilkan dokumen melalui e-mel dengan mudah. ( )

j. Internet Explore rmerupakan salah satu daripada enjing elintar. ( )

______________________________________________________________________
SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

MOHD FAHMI YUSOFF


K.PANITIA TMK SK AMER

………………………………….

11

Anda mungkin juga menyukai