Anda di halaman 1dari 10

NAMA KURSUS LDP SISTEM SIARAYA

TAJUK MODUL PEMASANGAN SISTEM AUDIO DAN VIDEO

TAJUK SUB MODUL P.A system

Menyedia pelbagai peralatan dan bahan P. A. System yang lengkap


OBJEKTIF PRESTASI /
supaya kelihatan teratur dan kemas serta memudahakan kerja-kerja
Performance Objective (PO) pemasangan.

NAMA NO. K/P

TAJUK : CARA-CARA PEMASANGAN P.A. SYSTEM

TUJUAN : HELAIAN PENERANGAN INI MENERANGKAN :-

a. Pengenalan
b. Menerangkan cara-cara memasang peralatan mengikut fungsi dan
kegunaan
c. Menerangkan jenis-jenis kabel yang bersesuaian.

PENERANGAN :

Helaian penerangan ini akan menerangkan kepada anda cara penyambungan


P.A system supaya anda lebih memahami cara pemasangan peralatan P.A
system dengan lebih baik dan meningkatkan pengetahuan anda dalam asas
penyambungan.

Pengenalan

Cabaran paling besar semasa mengendalikan sesuatu majlis atau pementasan terutamanya
muzik "live" adalah samaada seseorang pengendali bunyi atau "soundman" boleh
memecahkan suasana majlis dan memberi satu prestasi bunyi yang baik.

Bagaimanapun, ramai soundman akan mengambil jalan mudah tentang sistem PA dan
pengetahuan menggunakannya dengan berkesan. Ini adalah satu kesilapan yang dahsyat.
Sebabnya adalah, walau sehebat manapun suara Siti Nurhaliza mahupun Amy Search tak akan
mampu membuat persembahan dengan baik sekiranya sistem bunyi tidak dapat berfungsi
dengan baik, Begitu juga satu dentuman "kick drum" 24 inci tidak akan mampu menggegarkan
suasana sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh sistem PA tersebut adalah seperti bunyi tikaman
batu ke atas dinding.

Untuk mahir dalam pengendalian system bunyi bulanlah sesuatu yang mudah jika
dibandingkan dengan bermain alat muzik. Lebih merumitkan lagi, kita perlu memahaminya
dengan lebih terperinci termasuklah istilah-istilah teknikal.

Helaian penerangan ini akan menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana untuk
mengendalikan beberapa sistem PA yang berlainan. Dalam ruangan ini anda akan menemui
gambarajah-gambarajah dan arahan-arahan tentang cara-cara untuk mengendalikan sistem
siaraya daripada yang paling ringkas sehingga satu set siaraya yang besar seperti sistem "tri-
amped". Juga dimuatkan beberapa istilah berguna dan beberapa tip untuk mengendalikan
sistem PA dengan baik.

TEKNIK ASAS DALAM PEMASANGAN SISTEM SIARAYA

PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 1

PA Systems terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz , meliputi sistem-sistem yang sangat
terperinci seperti yang digunakan di stadium besar sehingga ke sistem yang paling ringkas
seperti sebuah system stereo yang biasa digunakan di dalam rumah. Senarai di bawah adalah
beberapa contoh setting yang paling lazim dikendalikan.
Contoh 1: The Bare Bones

Diatas merupakan contoh sistem PA yang paling ringkas. Sambungan diantara peralatan
tersebut adalah sangat mudah dan ringkas. Perkara paling penting untuk diingati ketika
menyambungkan sebarang saiz dan jenis PA adalah arah isyarat. Arah-arah isyarat tersebut
ditandai dengan anak panah bewarna merah. Bermula dari isyarat bunyi dari mulut anda (atau
arah dari mana datangnya isyarat bunyi yang asal), kemudian dari mikrofon pergi ke dalam
system penguat (amplifier) , seterusnya melalui pembesar suara (speaker). Hasilnya isyarat
bunyi tadi akan lebih kuat dan mudah untuk didengari oleh orang ramai.

Secara ringkas apa yang harus diingati adalah setiap sambungan kearah input (ke
Amp) merupakan peralatan yang datang dari arah isyarat bunyi (spt mikrofon) sementara
sambungan ke output ( drpd Amp ) seharusnya akan menuju ke speaker.

Kita umpamakan system tersebut sebagai sebatang sungai dimana mikrofon adalah
hulu sungai, pembesar suara (speaker) adalah hilir, dan penguat (amplifier) adalah sebuah
takungan di antara hulu dan hilir. Memandangkan air (isyarat) mengalir dari hulu (Mikrofon), ia
mesti masuk ke dalam takungan (pembesar suara) melalui satu ruang (input), dari takungan ia
perlu keluar melalui satu ruang keluar (output) sehingga akhirnya, ia sampai ke hilir (speaker).

Perumpamaan diatas adalah contoh yang mudah untuk kita memahami arah aliran system PA .
Dibawah ini adalah urutan sambungan beberapa komponen untuk membina sebuah set PA.

1. Sambungkan kabel mikrofon dengan mikrofon .Tempat untuk membuat sambungan


kabel ke mikrofon secara teknikalnya ia merupakan satu output.
2. Sambungkan hujung kabel yang satu lagi ke input penguat ( amp )
3. Sambungkan kabel speaker ke output penguat .
4. Hujung kabel speaker yang satu lagi disambung ke input speaker. Isyarat dari mikrofon
akan keluar ke speaker setelah melalui penguat.
Contoh-contah : Pemasangan P.A. system

Kini anda telah berjaya membina satu set PA yang asas. Walau bagaimanapun set PA tersebut
masih kurang praktikal jika digunakan untuk majlis sebenar ia masih kekurangan tiga
komponen asas. Untuk tiga komponen asas tersebut kita ikuti contoh seterusnya.

Contoh 2: The Essentials

Dengan peralatan tambahan seperti pengadun bunyi ( mixer ) dan satu equalizer (EQ), dan
satu set speaker berjulat penuh ( full range speaker ), kita telah membentuk satu set PA yang
lengkap. Sistem PA ini boleh digunakan untuk raptai dan beberapa majlis berkapasiti kecil .
Isyarat bunyi yang dihasilkan adalah lebih stabil dan konsisten. Seperti di atas, anak panah
menunjukkan, isyarat sekali lagi bermula dari mikrofon melalui laluan setiap komponen secara
berturutan sehingga ia sampai ke speaker, dan menghasilkan satu bunyi yang lebih kuat dan
dapat didengar dengan jelas. Setiap sambungan diantara komponen perlu diambil perhatian.Ini
kerana, walau seberapa banyak komponen ( spt. Effects prosessor dan compressors ) di
tambah, peralatan tersebut pada asasnya masih perlu bersambungan antara satu sama lain.
EQ haruslah disambungkan ke output mixer dan input power amp, mikrofon perlu di atas
input mixer dan speaker harus sentiasa selepas amplifier.

Setiap sambungan peralatan di atas adalah seperti urutan dibawah:

1. Pasangkan mikrofon kepada salah satu hujung kabel mikrofon.


2. Pasangkan hujung kabel yang satu lagi ke input mixer ( input datangnya dari mikrofon )
3. Pasangkan high Z kabel ke "main out" mixer (sambungan ini akan menghantar isyarat
keluar dari mixer).
4. Hujung kabel yang satu lagi, pasangkan ke input equalizer (isyarat dari mixer akan
ditala di EQ ).
5. Kabel (highZ cable) dari output EQ disambung pula ke input power amp ( isyarat bunyi
akan diperbesarkan di peguat )
6. Akhirnya, pasangkan dua kabel speaker output power amp dan kedua-dua hujung yang
satu lagi ke input setiap speaker

Perhatian:
Jangan sesekali pemasang komponen lain selain dari speaker ke output power amp.
Sambungan dari "speaker out" pada power amp membawa isyarat yang sangat besar dan
boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen lain.

Contoh 2a: The Powered Mixer

Power Mixer (seperti rajah 2a) adalah sangat mudah digunakan kerana ia
menggabungkan pengadun bunyi ( mixing board ), penguat (Amp ), penala bunyi ( EQ ), dan
sesetengahnya terdapat pemproses kesan khas (effects) di dalam satu sistem. ( build-in
system ).

PA seperti ini sangat sesuai untuk pementasan kecil kerana ia mudahalih, cepat dan
senang untuk dipasang. Kos untuk satu set power mixer selalunya lebih murah jika
dibandingkan dengan membeli peralatan yang berasingan. Walau bagaimanapun kuasa bunyi
yang dihasilkan tidaklah se”power” set PA yang berasingan amp. Lagipun kawalan pada EQ,
effect dan mixer adalah agak terhad, jadi anda tentu tidak berpuas hati jika ia digunakan
dalam majlis yang besar.
Stereo to Mono

Anda boleh nampak, dalam sesetengah (atau semua) komponen-komponen system PA,
mempunyai lebih daripada satu saluran (channel) yang biasanya dilabel seperti satu dari tiga
cara berikut; A dan B, 1 dan 2, atau left (kiri) dan right (kanan). Kedua-dua channel
mempunyai input dan output. Ini bermakna sistem tersebut adalah stereo kerana ia
mengandungi dua laluan untuk dua isyarat bunyi yang berasingan.

Contoh-contoh sistem yang dipaparkan sebelum ini, adalah beberapa system mono (tunggal)
tetapi prinsipnya adalah serupa untuk stereo. PA stereo boleh dijadikan sebagai PA mono
sekiranya anda hanya menggunakan satu saluran dalam setiap komponen. Misalnya, anda
hanya menggunakan saluran (chanel) "B" dalam EQ , anda akan hanya menggunakan input
dan output untuk saluran "B", dan membiarkan input dan output untuk saluran A tanpa
sambungan. Ini bermakna butang pada saluran A tidak akan memberi apa-apa kesan pada
system PA anda kerana tiafda sambungan dibuat pada chanel A tersebut..

Sound Board (mixer) adalah sedikit berbeza berkaitan dengan output. Terdapat banyak isyarat
yang datang dari mikrofon di atas pentas masuk ke input-input yang banyak dalam sesebuah
mixer tetapi satu set stereo mempunyai dua saluran output utama yang berasingan. Anda
hanya perlu pilih salah satu saluran sekiranya ingin menggunakan sistem mono dan sesuaikan
dengan tombol-tombol yang ada pada mixer. Namun perbuatan tersebut tidaklah praktikal
kerana dengan menggunakan satu saluran sahaja bermakna anda menggunakan hanya
separuh daripada kekuatan system tersebut. Contohnya anda hanya menggunakan 250watt
daripada amp berkuasa 500watt . Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah “bridging”, akan
tetapi persediaannya agak rumit serta agak mengelirukan. Ianya memerlukan pembahagian
dan perkiraan yang tepat dan sekiranya menjadi, system anda akan cukup “power” tetapi
sekiranya anda tersilap maka ia mampu merosakkan peralatan anda.
PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 2

Sekarang kita telah meliputi asas-asas pemasangan siaraya, dan anda bebas untuk membuat
sebarang tambahan peralatan dalam pengendalian system PA . Sistem di bawah adalah untuk
tempat yang sederhana besar serta tidak memerlukan ruang yang banyak .

Contoh 3: Small Practical PA

Merujuk Contoh 3 diatas , pemasangan system PA telah ditambah dengan effect prosessor dan
monitor . Moniter adalah satu set speaker yang diletakkan diatas pentas agar kita dapat
mendengar dengan jelas ketika membuat persembahan di atas pentas. Satu set monitor terdiri
daripada EG dan AMP berasingan dan sambungannya adalah sama seperti set utama yang lain
cuma input sambungan adalah daripada channel “moniter out “ yang ada pada sound board
utama. Pada asasnya apa yang telah berlaku adalah, isyarat dari mikrofon telah dipisahkan
secara elektronik kepada dua isyarat berasingan. Satu daripada isyarat tersebut dihantar ke
monitor melalui “monitor out” sementara isyarat utama dihantar ke “main out”. Ini
memudahkan kita untuk mengendalikan bunyi dari monitor secara berasingan daripada
speaker utama.

Note:

Jika anda menggunakan satu stereo EQ, anda boleh mengendalikan salah satu channel untuk
saluran utama (contohnya channel "A") dan monitors melalui channel lain (channel "B"). Cuma
perlu pastikan channel yang mana untuk saluran utama dan untuk moniter.. Dengan itu anda
tahu yang sliders dan tombol-tombol yang sesuai untuk setiap saluran. Kaedah ini digunakan
sekiranya anda hanya mempunyai satu EQ dan ia mampu menyeimbangkan speaker utama
dan moniter dalam satu masa. Prinsip yang sama ini boleh digunakan untuk mana-mana
komponen stereo dalam system PA seperti amplifier, compressor, crossovers, dan
sebagainya.....
EFFECT ( kesan khas ) mampu mengubah dan memberi kesan bunyi pada system PA seperti
“delay”(gema), “reverb”, atau korus. Effect prosesor adalah lebih baik jika disambung dari
“line” khas seperti “effects loop”. Melalui “effects loop” segala isyarat dari “soundboard”
dihantar ke effects prosessor dan isyarat tersebut akan diproses (kesan bunyi) sebelum
dihantar balik ke soundboard. Effects boleh diselaraskan secara berasingan pada setiap
channel yang ada pada soundboard.

Dibawah adalah penerangan sambungan system PA melibatkan effect prosessor seperti rajah
3 diatas :

Mains ( System Utama )

1. Buat pemasangan seperti yang telah ditunjukkan pada CONTOH 2.

Monitors

2. Buat sambungan pada “monitor out” yang daripada mixer mixer kemudian ke input EQ
monitor.
3. Seterusnya sambungan daripada “output" EQ monitor kepada input power Amp moniter.
4. Ahkirnya daripada output power amp moniter kepada speaker monitor.

Effects loop

8. Buat sambungan (selalunya menggunakan kabel high impedance (high Z ) daripada


"effects send" atau "effects out" yang ada pada soundboard kepada “input” unit effect.
9. Seterusnya daripada “output” unit effect kepada “effect return” atau “effect in” yang
ada pada soundboard ( mixer )
10. Dengan ini isyarat bunyi dengan kesan-kesan khas seperti yang dikehendaki akan
kembali ke mixer dan diadun semula bersama isyarat utama yang akan keluar ke
speaker.

Multiple effects ( effect berganda )

Jika ingin mengendalikan beberapa effect pada masa yang sama anda boleh sama ada
menggunakan satu unit effect berganda yang mampu menjalankan banyak kesan serentak
dalam satu unit, atau boleh meletakkan beberapa unit effect yang berbeza dalam satu laluan
effect. Sambungan diantara beberapa unit effect tersebut adalah secara selari seperti dalam
CONTOH 3a dibawah :
CONTOH 3a:

Dalam kes ini aliran isyarat adalah datang dari “effects send” dan mengalir ke arah “return”.
Harus diingat bahawa “inputs” adalah sentiasa di aliran hulu, "input-input" selalunya datang
dari “effects send jack” dan "outputs" akan sentiasa pergi ke arah “effects return jack”.
Kesimpulannya, arah aliran isyarat adalah seperti berikut:

“Effects send ( daripada mixer ) ke input (pada unit delay) dari “output” (daripada unit delay)
ke input (pada unit reverb) kemudian “output” (daripada unit reverb) ke “effects return ( pada
mixer )

Sesetengah soundboards dilengkapi dengan lebih daripada satu saluran “effects”. Harus
diingati bahawa jika anda digunakan “effects send” daripada saluran "SATU", anda hendaklah
mengguna “effects return” untuk saluran "SATU". Jika soundboard (mixer) anda mempunyai
lebih daripada satu saluran “effects”, anda boleh membuat sambungan yang berasingan
diantara unit effects yang berbeza. Ini memberi lebih kawalan yang berasingan apabila
menyesuaikan bunyi untuk input-input mixer (seperti mikrofon, dan sebagainya...).

Anda mungkin juga menyukai