Anda di halaman 1dari 12

Pemasangan Dan

Pengendalian
Sistem Siaraya
Ruangan ini khas untuk kawan-kawan yang bertugas sebagai pengendali bunyi atau
soundman untuk bersama-sama menambah pengetahuan dan pengalaman dalan
pengendalian peralatan siaraya.

Bagaimana untuk sepadankan speaker dengan power


amp
Mula-mula rahizulaudio nak ucapkan terima kasih diatas respond ini :

AnonymousJune 7, 2012 6:12 PM


nak tanya tentang penggunaan sub woofer...berapa watt amp yang sesuai untuk digunakan?
************************************************************************

Kebanyakan PowerAmp stereo (Left & Right channel ) biasanya beroperasi pada kadar 4 ohm
setiap channel. Jika anda menyambung speaker 4 Ohm setiap channel, maka jumlah kuasa yang dikeluarkan
adalah pada kadar yang sepadan.
Contoh: Power Amp = 2 x300 watt , 4ohm disambung dengan 2 buah Speaker 2 x 300watt , 4ohm
ini bermakna jumlah kuasa yang dialirkan adalah 100%.

Tetapi sekiranya anda memasang 8ohm speaker 300watt setiap speaker pada power amp diatas ,
bermakna jumlah kuasa yangdialir berkurangan kira-kira 30%.
Contohnya : Power Amp = 2 x300 watt , 4ohm disambung dengan 2 buah Speaker 2 x 300watt , 8ohm
= 80%

PowerAmp (nilai OHM lebih kecil) disambung dengan Speaker (nilai OHM lebih besar) = tiada masalah
kerana ini hanya mengurangkan jumlah kuasa yang dialirkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan peralatan.

Tetapi !! ..
Jangan sesekali menyambungkan Speaker nilai OHM yang lebih kecil kepada kepada PowerAmp yang lebih
besar nilai OHM . Ini akan merosakkan peralatan anda kerana beban kuasa yang lebih besar kepada speaker.
Ini adalah contoh "specifications" pada Power Amp.
Lain kali AVtrick akan terangkan istilah specifications diatas seperti RMS OHM dan Sensitivity.

Posted by soundblaster 15 ulasan:

Petua/Aturan untuk menghidupkan sistem (Turning it on)

Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai petua atau aturan semasa menghidupkan sistem
PA. Walaupun nampak mudah dan sering dipandang remeh namun antara punca kerosakan peralatan berlaku
adalah disebabkan oleh cara kita semasa menghidupkan (switch-on) dan mematikan (switch-off) peralatan PA.

Setelah semua peralatan telah terpasang perkara seterusnya adalah untuk menghidupkan sistem PA tersebut.
Seringkali ketika menghidupkan peralatan terdapat bunyi "poping" yang sangat kuat. Bunyi tersebut boleh
merosakkan peralatan PA terutamanya pada speaker. Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengurangkan risiko
kerosakan semasa menghidupkan peralatan PA.
PERTAMA, sebelum anda menghidupkan setiap peralatan (switch-on), pastikan "master level" pada amplifier
dan mixer pada kedudukan paling minimun. Perkara terpenting yang anda kena ambil perhatian adalah pada
level output pada amplifier (selalunya "Knob"). Pusingkan ke level yang paling minimum. Juga "MAIN OUT"
(selalunya Slider) dan moniter out pada mixer (selalunya Slider atau knob). Setelah semua level berkenaan pada
kedudukan paling rendah maka anda boleh menghidupkan peralatan anda dengan selamat. Peralatan lain seperti
EQ dan Effect Prosessor adalah tidak perlu tetapi jika kurang yakin maka tiada masalah juga untuk menurunkan
level volume pada peralatan tersebut untuk keselamatan.

KEDUA, setiap peralatan pada sistem PA harus dihidupkan mengikut urutan yang betul iaitu:

Pertama [Effect,EQ] Kedua [Mixer] Ketiga [Crossover] dan Keempat [AMPS (jika setting jenis tri-amp maka
mula-mula LOW amp, Seterusnya Middle dan akhirnya High Amp.)]

Tujuan utama menghidupkan peralatan ini mengikut urutan menyekat signal daripada sampai ke speaker dan
mengelakkan bunyi "poping" yang kuat. Jika masih ragu-ragu maka perkara penting untuk diambil perhatian
adalah Power Amp hendaklah dihidupkan paling kemudian.

Untuk mematikan sistem pula (switch-off), maka hendaklah diterbalikkan urutan. Pertama sekali, minimumkan
setiap level pada Power Amp dan matikan mengikut urutan yang berlawanan seperti diatas.
Tutoial seterusnya kita akan berkongsi cara menguji sistem PA (Sound Check).

Posted by soundblaster 4 ulasan:


Labels: Turning it on

Pengendalian Dan Pengimbangan Bunyi


Untuk mengendalikan PA system, tak kira beras ataupun kecil pada asasnya adalah sama. Setelah semua
peralatan seperti Mixer, EQ, Effect, Microphone, Amplifier serta Speaker dipasang, untuk mengendalikan
sistem tersebut tidaklah jauh berbeza dengan sistem bunyi yang digunakan di stadium besar dengan sistem yang
digunakan di dalam dewan kecil.

Pada masa akan datang saya akan terangkan asas dalam pengendalian dan pengimbangan bunyi seperti :
Petua/Aturan untuk menghidupkan sistem (Turning it on)
Ujian pada sistem (Testing the system)
Pengimbangan Isyarat utk output & input level (Signal Adjustment)
Penalaan EQ/Pengendalian Ganguan Bunyi (EQ adjustment/Feedback Control
serta Pengendalian Kesan Bunyi ( Effect Adjustment)

........nantikan tutorial seterusnya ............


Posted by soundblaster 5 ulasan:
Labels: running sound

Sistem Pemasangan Bahagian 3


PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 3

Crossovers

Sebelum ini kita telah didedahkan dengan teknik pemasangan yang menggunakan hanya satu
unit power amplifier dengan satu set (dua buah) speaker fullrange. Speaker fullrange itu
sendiri sebenarnya mempunyai unit crossover dalaman yang disebut passive crossover .

Crossover pada asasnya menerima isyarat bunyi seterusnya mengasing isyarat bunyi tersebut
kepada tiga frekuensi iaitu midrange frequencies, lowrangefrequencies dan highrange
frequencies.

Passive Crossover (crossover dalaman) menerima isyarat bunyi selepas isyarat tersebut
melalui power amplifier seterusnya mengasingkan bunyi tersebut sebelum diterima oleh
speaker. Walaupun dengan adanya built-in crossover dalam speaker full-range dapat
memudahkan kita pemasangan soundsystem tetapi kemampuan passive crossover dalam
mengasingkan bunyi sebenarnya agak terhad. Frekuensi bunyi rendah memerlukan julat
kuasa yang lebih besar daripada bunyi frekuensi tinggi maka kita tidak mampu untuk
menetapkan julat kuasa kepada frekuensi tersebut pada passive crossover kerana ia dilakukan
secara built-in di dalam speaker tersebut.

Active crossover (crossover luaran) pula memerima isyarat bunyi (selalunya daripada EQ),
mengasingkan isyarat bunyi tersebut sebelum dihantar ke setiap power amplifier yang
menghantar frekuensi high, mid dan low frekuensi. Disini kita mampu untuk membahagi dan
menentukan kuasa yang sesuai kepada setiap power amplifier yang menghantar isyarat
rendah dan isyarat tinggi.

Cara pemasangan menggunakan active crossover selalunya dinamakan BI-AMPING


(high+midrange , Lowrange) dan TRI-AMPING (highrange, midrange, lowrange).

Pada masa akan datang kita akan melihat contoh pemasangan Tri-Amping.

Contoh 4: Tri-Amping the Mains

Seperti rajah contoh 4 , arah aliran isyarat kepada speaker utama adalah sama seperti dengan
contoh 3. Sambungan diantara effect loop dan system moniter adalah sama seperti sebelum
ini, cuma kini system tersebut telah dipecahkan kepada tiga frekuensi speaker yang berlainan
(Hi, Mid, Low) yang juga dipanggil Tri-amped System. Untuk ini kita memerlukan crossover
untuk memisahkan frekuensi kepada tiga frekuensi bunyi, tiga buah power amp dan tiga buah
speaker. Setiap satu daripada tiga power amp dan speaker ini harus bersesuaian dengan setiap
frekuensi bunyi iaitu bunyi highrange, midrange dan lowrange. Setiap frekuensi tersebut
dapat ditentukan daripada beberapa output yang terdapat pada crossover. Output yang
bertanda “low out” hendaklah disambungkan kepada input power amp yang mempunyai julat
kuasa (wattage) yang lebih besar kerana speaker yang mengeluarkan bunyi rendah
memerlukan kuasa yang lebih besar berbanding dengan high speaker. Maka sambungan pada
“high out” cuma memerlukan kuasa yang lebih kecil.

Perhatian:
Jangan sesekali menyambungkan high speaker atau horn daripada “low out” pada crossover.
Speaker yang berfrekuensi tinggi (high range) tidak tahan dan akan cepat rosak sekiranya
sambungan pada frekuensi rendah dilakukan.

Sambungan peralatan untuk Tri-Amp system adalah seperti arahan dibawah.


Monitor dan Effect
1. Buat sambungan seperti pada rajah contoh 3.
MAINS (Harus diingati, walaupun isyarat bunyi telah dipisahkan oleh crossover kepada tiga
frekuensi, bunyi daripada microphone tetap masih dialirkan kepada setiap speaker.

2. Sambungkan Kabel high impedance (highZ) drpd “Main output” mixer.

3. Seterusnya kepada “input” equalizer utama.

4. Daripada “output” EQ

5. Kepada “input” crossover. (selalunya main input atau “crossover in”)

LOW speaker
6. Sambungkan kabel highZ daripada “low output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang ber”wattage” paling besar.

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu
input low speaker (left & right).

MID speaker
6. Sambungkan kabel highZ daripada “mid output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang bersesuaian (mid )

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu
input midrange speaker (left & right).

HIGH speaker
6. Sambungkan kabel highZ daripada “high output” pada crossover.

7. seterusnya kepada “input” power amp yang ber”wattage” paling kecil.

8. Daripada kedua-dua “output” power amp (left & right), sambungkan kepada setiap satu
input high speaker / high horn (left & right).

TAHNIAH !!!
Seterusnya anda akan bersedia dengan satu set soundsystem berkapasiti besar dengan
multiple effect poops, monitor dan compressor yang disambungkan dengan system Tri-
amped stereo yang lebih lengkap.
Posted by soundblaster 2 ulasan:
Labels: Crossovers

Sistem Pemasangan Bahagian 2


PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 2
Sekarang kita telah didedahkan dengan asas-asas pemasangan siaraya, dan anda bebas untuk membuat sebarang
tambahan peralatan dalam pengendalian system PA . Sistem di bawah adalah untuk tempat yang sederhana
besar serta tidak memerlukan ruang yang banyak .
Contoh 3: Small Practical PA

Merujuk Contoh 3 diatas , pemasangan system PA telah ditambah dengan effect prosessor dan monitor .
Moniter adalah satu set speaker yang diletakkan diatas pentas agar kita dapat mendengar dengan jelas ketika
membuat persembahan di atas pentas. Satu set monitor terdiri daripada EQ dan AMP berasingan dan
sambungannya adalah sama seperti set utama yang lain cuma input sambungan adalah daripada
channel “moniter out “ yang ada pada sound board utama. Pada asasnya apa yang telah berlaku adalah, isyarat
dari mikrofon telah dipisahkan secara elektronik kepada dua isyarat berasingan. Satu daripada isyarat tersebut
dihantar ke monitor melalui “monitor out” sementara isyarat utama dihantar ke “main out”. Ini memudahkan
kita untuk mengendalikan bunyi dari monitor secara berasingan daripada speaker utama.

Note:
Jika anda menggunakan satu stereo EQ, anda boleh mengendalikan salah satu channel untuk
saluran utama (contohnya channel "A") dan monitors melalui channel lain (channel "B").
Cuma perlu pastikan channel yang mana untuk saluran utama dan untuk moniter.. Dengan
itu anda tahu yang sliders dan tombol-tombol yang sesuai untuk setiap saluran. Kaedah ini
digunakan sekiranya anda hanya mempunyai satu EQ dan ia mampu menyeimbangkan
speaker utama dan moniter dalam satu masa. Prinsip yang sama ini boleh digunakan untuk
mana-mana komponen stereo dalam system PA seperti amplifier, compressor, crossovers,
dan sebagainya.....
EFFECT ( kesan khas ) mampu mengubah dan memberi kesan bunyi pada system PA seperti
“delay”, “reverb”, atau korus. Effect prosesor adalah lebih baik jika disambung dari “line” khas seperti “effects
loop”. Melalui “effects loop” segala isyarat dari “soundboard” dihantar ke effects prosessor dan isyarat tersebut
akan diproses (kesan bunyi) sebelum dihantar balik ke soundboard. Effects boleh diselaraskan secara berasingan
pada setiap channel yang ada pada soundboard.
Dibawah adalah penerangan sambungan system PA melibatkan effect prosessor seperti rajah 3diatas :
Mains ( System Utama )
1. Buat pemasangan seperti yang telah ditunjukkan pada CONTOH 2.
Monitors
2. Buat sambungan pada “monitor out” yang daripada mixer mixer kemudian ke input EQ
monitor.
3. Seterusnya sambungan daripada “output" EQ monitor kepada input power Amp moniter.
4. Ahkirnya daripada output power amp moniter kepada speaker monitor.
Effects loop
8. Buat sambungan (selalunya menggunakan kabel high impedance (high Z ) daripada "effects
send" atau "effects out" yang ada pada soundboard kepada “input” unit effect.
9. Seterusnya daripada “output” unit effect kepada “effect return” atau “effect in” yang ada pada
soundboard ( mixer )
10. Dengan ini isyarat bunyi dengan kesan-kesan khas seperti yang dikehendaki akan kembali ke
mixer dan diadun semula bersama isyarat utama yang akan keluar ke speaker.
Multiple effects ( effect berganda )
Jika ingin mengendalikan beberapa unit effect processor pada masa yang sama anda boleh menggunakan satu
unit effect berganda yang mampu menjalankan banyak kesan serentak dalam satu unit, atau boleh meletakkan
beberapa unit effect yang berbeza-beza dalam satu laluan effect. Sambungan diantara beberapa unit effect
tersebut adalah secara selari seperti dalam CONTOH 3a dibawah :
CONTOH 3a:

Seperti contoh diatas aliran isyarat datang dari “effects send” dan mengalir ke arah “return”. Harus diingati
bahawa “inputs” hendaklah sentiasa di aliran hulu, "input" selalunya datang dari “effects send jack” dan
"outputs" akan sentiasa pergi ke arah “effects return jack”. Kesimpulannya, arah aliran isyarat adalah seperti
berikut:
“Effects send ( daripada mixer ) ke input (pada unit delay) dari “output” (daripada unit delay) ke input (pada
unit reverb) kemudian “output” (daripada unit reverb) ke “effects return ( pada mixer )
Sesetengah soundboards dilengkapi dengan lebih daripada satu saluran “effects”. Harus diing
ati bahawa jika anda digunakan “effects send” daripada saluran "SATU", anda hendaklah mengguna “effects
return” untuk saluran "SATU". Jika soundboard (mixer) anda mempunyai lebih daripada satu saluran “effects”,
anda boleh membuat sambungan yang berasingan diantara unit effects yang berbeza. Ini memberi lebih kawalan
yang berasingan apabila menyesuaikan bunyi untuk input-input mixer (seperti mikrofon, dan
sebagainya...). Tutorial selanjutnya kita akan belajar sitsem yang lebih besar iaitu Sistem Crossovers.
Posted by soundblaster 2 ulasan:
Labels: Small Practical PA

Teknik asas dlm pemasangan sistem siaraya


PEMASANGAN SISTEM BAHAGIAN 1
PA System terdiri daripada berbagai bentuk dan saiz , daripada sistem yang sangat terperinci seperti yang
digunakan di stadium besar sehingga ke sistem yang paling ringkas seperti sebuah system stereo yang biasa
digunakan di dalam rumah. Senarai di bawah adalah beberapa contoh setting yang paling lazim dikendalikan.

Contoh 1: The Bare Bones


Diatas merupakan contoh sistem PA yang paling asas. Sambungan diantara peralatan tersebut adalah
sangat mudah dan ringkas. Perkara paling penting untuk diingati ketika menyambungkan sebarang saiz dan jenis
PA adalah arah isyarat. Arah-arah isyarat tersebut ditandai dengan anak panah bewarna merah. Bermula dari
isyarat bunyi dari mulut anda (atau arah dari mana datangnya isyarat bunyi yang asal), kemudian
dari mikrofon pergi ke dalam system penguat (amplifier) , seterusnya melalui pembesar suara (speaker).
Hasilnya isyarat bunyi tadi akan lebih kuat dan mudah untuk didengari oleh orang ramai.

Secara ringkas apa yang harus diingati adalah setiap sambungan kearah input (ke Amp) merupakan
peralatan yang datang dari arah isyarat bunyi (spt mikrofon) sementara sambungan ke output ( drpd Amp )
seharusnya akan menuju ke speaker.

Kita umpamakan system tersebut sebagai sebatang sungai dimana mikrofon adalah hulu sungai,
pembesar suara (speaker) adalah hilir, dan penguat (amplifier) adalah sebuah takungan di antara hulu dan hilir.
Memandangkan air (isyarat) mengalir dari hulu (Mikrofon), ia mesti masuk ke dalam takungan (pembesar suara)
melalui satu ruang (input), dari takungan ia perlu keluar melalui satu ruang keluar (output) sehingga akhirnya, ia
sampai ke hilir (speaker).

Perumpamaan diatas adalah contoh yang mudah untuk kita memahami arah aliran system PA . Dibawah ini
adalah urutan sambungan beberapa komponen untuk membina sebuah set PA.

1. Sambungkan kabel mikrofon dengan mikrofon .Tempat untuk membuat sambungan kabel ke
mikrofon secara teknikalnya ia merupakan satu output.

2. Sambungkan hujung kabel yang satu lagi ke input penguat ( amp )

3. Sambungkan kabel speaker ke output penguat .

4. Hujung kabel speaker yang satu lagi disambung ke input speaker. Isyarat dari mikrofon akan
keluar ke speaker setelah melalui penguat.

Kini anda telah berjaya membina satu set PA yang asas. Walau bagaimanapun set PA tersebut masih kurang
praktikal jika digunakan untuk majlis sebenar ia masih kekurangan tiga komponen asas. Untuk tiga komponen
asas tersebut kita ikuti contoh seterusnya.

Contoh 2: The Essentials


Dengan peralatan tambahan seperti pengadun bunyi ( mixer @ soundboard) dan satu unit equalizer
(EQ), dan satu set speaker berjulat penuh ( full range speaker ), kita telah membentuk satu set PA yang lengkap.
Sistem PA ini boleh digunakan untuk raptai dan beberapa majlis berkapasiti kecil . Isyarat bunyi yang dihasilkan
adalah lebih stabil dan konsisten. Seperti di atas, anak panah menunjukkan, isyarat sekali lagi bermula dari
mikrofon melalui laluan setiap komponen secara berturutan sehingga ia sampai ke speaker, dan menghasilkan
satu bunyi yang lebih kuat dan dapat didengar dengan jelas. Setiap sambungan diantara komponen perlu diambil
perhatian.Ini kerana, walau seberapa banyak komponen ( spt. Effects prosessor dan compressors ) di tambah,
peralatan tersebut pada asasnya masih perlu bersambungan antara satu sama lain. EQ haruslah disambungkan
ke output mixer dan input power amp, mikrofon perlu di atas input mixer dan speaker harus sentiasa
selepas amplifier.

Setiap sambungan peralatan di atas adalah seperti urutan dibawah:

1. Pasangkan mikrofon kepada salah satu hujung kabel mikrofon.

2. Pasangkan hujung kabel yang satu lagi ke input mixer ( input datangnya dari mikrofon )

3. Pasangkan high Z kabel ke "main out" mixer (sambungan ini akan menghantar isyarat keluar
dari mixer).

4. Hujung kabel yang satu lagi, pasangkan ke input equalizer (isyarat dari mixer akan ditala di
EQ ).

5. Kabel (highZ cable) dari output EQ disambung pula ke input power amp ( isyarat bunyi akan
diperbesarkan di peguat )

6. Akhirnya, pasangkan dua kabel speaker output power amp dan kedua-dua hujung yang satu
lagi ke input setiap speaker

Perhatian:
Jangan sesekali pemasang komponen lain selain dari speaker ke output power amp.
Sambungan dari "speaker out" pada power amp membawa isyarat yang sangat besar dan
boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen lain.
Contoh 2a: The Powered Mixer

Power Mixer (seperti rajah 2a) adalah sangat mudah digunakan kerana ia menggabungkan pengadun
bunyi ( mixing board ), penguat (Amp ), penala bunyi ( EQ ), dan sesetengahnya terdapat pemproses kesan khas
(effects) di dalam satu sistem. (built-in system).

PA seperti ini sangat sesuai untuk pementasan kecil kerana ia mudah-alih, cepat dan senang untuk
dipasang. Kos untuk satu set power mixer selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan membeli peralatan
yang berasingan. Walau bagaimanapun kuasa bunyi yang dihasilkan tidaklah se”power” set PA yang
berasingan amp. Lagipun kawalan pada EQ, effect dan mixer adalah agak terhad, jadi anda tentu tidak berpuas
hati jika ia digunakan dalam majlis yang besar.

Stereo to Mono

Anda boleh nampak, dalam sesetengah (atau semua) komponen-komponen system PA, mempunyai lebih
daripada satu saluran (channel) yang biasanya dilabel seperti satu dari tiga cara berikut; A dan B, 1 dan 2,
atau left (kiri) dan right(kanan). Kedua-dua channel mempunyai input dan output. Ini bermakna sistem tersebut
adalah stereo kerana ia mengandungi dua laluan untuk dua isyarat bunyi yang berasingan.

Contoh-contoh sistem yang dipaparkan sebelum ini, adalah beberapa contoh system mono (tunggal) tetapi
prinsipnya adalah serupa untuk stereo. PA stereo boleh dijadikan sebagai PA mono sekiranya anda hanya
menggunakan satu saluran dalam setiap komponen. Misalnya, anda hanya menggunakan saluran (chanel) "B"
dalam EQ , anda akan hanya menggunakan input dan output untuk saluran "B", dan membiarkan input dan
output untuk saluran A tanpa sambungan. Ini bermakna butang pada saluran A tidak akan memberi apa-apa
kesan pada system PA anda kerana tiafda sambungan dibuat pada chanel A tersebut.

Sound Board (mixer) adalah sedikit berbeza berkaitan dengan output. Terdapat banyak isyarat yang datang dari
mikrofon di atas pentas masuk ke input-input yang banyak dalam sesebuah mixer tetapi satu set stereo
mempunyai dua saluran output utama yang berasingan. Anda hanya perlu pilih salah satu saluran sekiranya
ingin menggunakan sistem mono dan sesuaikan dengan tombol-tombol yang ada pada mixer. Namun perbuatan
tersebut tidaklah praktikal kerana dengan menggunakan satu saluran sahaja bermakna anda menggunakan hanya
separuh daripada kekuatan system tersebut. Contohnya anda hanya menggunakan 250watt daripada amp
berkuasa 500watt . Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah “bridging”, akan tetapi persediaannya agak rumit
serta agak mengelirukan. Ianya memerlukan pembahagian dan perkiraan yang tepat dan sekiranya menjadi,
system anda akan cukup “power” tetapi sekiranya anda tersilap maka ia mampu merosakkan peralatan anda.
Secara jujur, saya juga tidak begitu yakin untuk menggunakan kaedah ini oleh itu saya tidak akan sertakan
kaedah “bridging” dalam tutorial ini.
Posted by soundblaster 4 ulasan:
Labels: Teknik pemasangan

Pendahuluan
Dalam ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa dalam
soundsystem untuk faedah bersama dalam menjalankan tugas . Walau bagaimanapun saya amat
mengalu-alukan sebarang pandangan dan idea-idea tentang soundsystem daripada anda untuk
sama-sama kita kongsikan.

Pengenalan
Cabaran paling besar seseorang pengendali bunyi atau "soundman" semasa mengendalikan sesuatu
majlis atau pementasan terutamanya muzik "live" adalah untukmemberi satu prestasi bunyi yang baik
agar dapat menghebohkan dan menceriakan majlis tersebut .
Bagaimanapun, ramai soundman akan mengambil mudah tentang soundsystem dan pengetahuan
menggunakannya dengan berkesan. Ini adalah satu kesilapan besar. Walau sehebat manapun suara
Siti Nurhaliza mahupun Amy Search dalam membuat persembahan, sesungguhnya mereka tidak
mampu membuat persembahan dengan baik sekiranya sistem bunyi tidak dapat berfungsi dengan
baik. Begitu juga dengan dentuman "kick drum" 24 inci tidak akan mampu menggegarkan suasana
sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh soundsystem tersebut adalah seperti bunyi tikaman batu ke atas
dinding.
Untuk mahir dalam pengendalian sistem bunyi bulanlah sesuatu yang mudah jika dibandingkan
dengan bermain alat muzik. Lebih merumitkan lagi, kita perlu memahami dengan lebih terperinci
termasuklah istilah-istilah teknikal.
Dalam ruangan ini, saya akan cuba menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana untuk
mengendalikan beberapa sistem PA yang berlainan. Dalam ruangan ini anda akan menemui
gambarajah-gambarajah dan arahan-arahan tentang cara-cara untuk mengendalikan sistem siaraya
daripada yang paling ringkas sehingga satu set siaraya yang besar seperti sistem "tri-amped". Juga
dimuatkan beberapa istilah berguna dan beberapa tip untuk mengendalikan sistem PA dengan baik.
Semoga apa yang dikongsikan bersama ini, sedikit-sebanyak dapat membantu dan memberi jawapan
kepada sebarang kemyuskhilan anda selama ini.

Anda mungkin juga menyukai