Anda di halaman 1dari 3

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu Si gadis merdu sekali;


Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Encik Mazli Bin Hashim Guru Besar SK Kampong Sawah, Encik Asman
Bin Mohd Noor, Puan Ainizuraini Binti Mohd Nuar GPK HEM, guru-guru, dan murid-murid
yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
Hari kemerdekaan menunggu hari,
Sehati sejiwa tema perpaduan.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian dan
keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam
kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan murid sekolah ini
dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar
dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan pengawas bertugas _____________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,
-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak
selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;

Tuan sudah diberi kuasa,


Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Encik Mazli bin Hashim
Guru Besar SK kampong Sawah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis penutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah . Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.
Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan
lagu Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos
-Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie dan
Siti Nurfazlina Guru Prasekolah.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid prasekolah
dan Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang melambangkan pelbagai
kaum yang terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina
dan Cik Amie.
Penyampaian hadiah murid Tahap 1
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk Leftenan Adnan Wira Bangsa.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk Joget
Malaysia.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah
bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,

Bersama kita menyambut merdeka;


Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti
sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinanti-nantikan majlis
penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian
hadiah kepada para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai