Anda di halaman 1dari 12

0

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :

PENAWARAN KURSUS GEOGRAFI YANG TERHAD DI UNIVERSITI DAN


PENGARUHNYA TERHADAP KECENDERUNGAN PELAJAR MENENGAH ATAS
MEMILIH ELEKTIF GEOGRAFI DI W.P LABUAN

1.0 PENGENALAN
1

Sumbangan disiplin ilmu Geografi di dalam pembangunan negara adalah amat signifikan sekali.

Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan

dunia (Johnson, 1993), geografi turut membincangkan faktor yang mempengaruhi tindak-balas

persekitaran terhadap kehidupan manusia di muka bumi. (Freeman, 1980).

Dari perspektif pengintegrasian cabang ilmu, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai

hubungan erat dengan bidang lain (jelaskan bidang2 lain) juga tidak dapat dipertikaikan. Ini

dapat dibuktikan melalui perkaitan rapat di antara disiplin sains dan geografi seperti geologi,

meteorologi, geofizik, oseanografi, dan sains kesihatan.

Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat

luas merangkumi kajian mengenai alam semesta sebagai habitat kepada biodiversiti termasuklah

manusia itu sendiri. Prinsip disiplin ilmu geografi itu sendiri menekankan interaksi dan saling

kebergantungan di antara semua komponen bumi seperti manusia dengan manusia serta manusia

dengan alam.

Perspektif geografi telah dibahagikan kepada beberapa aspek oleh Akin seperti aspek alam

sekitar dan masyarakat, struktur spatial, fundamentalis,, proses kemasyarakatan, organisasi ruang

dan proses globalisasi. Pandangan beliau menyokong pandangan Freeman yang menegaskan

bahawa status geografi boleh dilihat dalam dua perspektif, iaitu perspektif sains dan

kemanusiaan seperti yang pernah ditulis dalam satu surat beliau kepada H.R. Miller bertarikh 16

Mei 1915 yang berbunyi “ You and I have taken somewhat different paths in

geography. You rather the scientific, and I the literary”. Menurut beliau lagi, Geografi adalah

disipin ilmu yang akan menjelaskan kepada pelbagai fenomena dan senario yang berlaku setiap

hari dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan alam sekitar menurut perspektif kontemporari
2

iaitu berlegar dalam perjuangan membebaskan masyarakat dunia daripada pelbagai krisis alam

sekitar, krisis sosial dan geopolitik.

Mata pelajaran geografi merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem

Pendidikan di Malaysia di peringkat sekolah rendah semenjak tahun 1927 dan pada tahun 1959

di peringkat universiti. Sebelum ini, mata pelajaran geografi ialah mata pelajaran teras bagi

peringkat menengah rendah dan menengah atas. Mata pelajaran Geografi telah dipinda dari mata

pelajaran teras kepada elektif apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

diperkenalkan pada tahun 1989 (Hanifah Mahat et al,. 2017). Pengajaran dan pembelajaran

Geografi di peringkat sekolah menengah pada zaman awal kemerdekaan Malaysia adalah

berdasarkan sukatan pelajaran tahun 1956 yang seragam untuk semua jenis sekolah (Voon Phin

Kheong, 1990). Mulai tahun 1968, pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah menengah

adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (Perantaraan Bahasa Melayu); Ilmu

Alam. Kementerian Pelajaran Malaysia Cetakan Pertama 1967, 1972, 1973, 1975 (KPM, 1975).

Sukatan ini hanya menyatakan tajuk yang perlu disampaikan kepada pelajar dan bersifat

geografi kawasan serta berorientasikan ‘geografi lama’ (Marran,1994). Satu sukatan pelajaran

yang khusus dengan huraian yang terperinci bermula apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989 menggunakan Sukatan

pelajaran Geografi KBSM 1988. Sukatan Pelajaran Geografi 2000 (semakan) digunakan

menggantikan sukatan sebelum ini sehingga tahun 2016. Perbezaan antara kedua-dua sukatan ini

adalah dari segi fokus kawasan, pecahan tema, (jadual 1) dan organisasi kurikulum yang

dimasukkan unsur-unsur patriotisme. Dalam Sukatan Pelajaran 2000 (semakan), Kajian Geografi

Tempatan dilanjutkan hingga ke menengah atas dan diwajibkan kepada pelajar Tingkatan 4.

Sukatan Pelajaran 1988 dan Sukatan Pelajaran KBSM 2000 (semakan) memberi penekanan
3

kepada interaksi manusia dengan alam sekitar, pendekatan bersepadu, pemahaman konsep

geografi dan organisasi ruangan berasaskan Malaysia dan generalisasi, pemupukan nilai-nilai

murni, perkembangan kemahiran belajar, perkembangan daya pemikiran pelajar, pelbagai

strategi pengajaran, penguasaan kemahiran sosial. Namun dalam Sukatan Pelajaran KBSM 2000

(semakan), penekanan tambahan diberi kepada unsur patriotism, kepelbagaian kecerdasan

pelajar, penguasaan Kemahiran Kajian Masa Depan, dan Penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT).

Bermula tahun 2017, kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

telah diperkenalkan di semua sekolah menengah di Malaysia. lanjutan daripada Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan di sekolah rendah terlebih dahulu.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), unsur-unsur geografi mula

diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tahun empat hingga enam melalui mata pelajaran Kajian

Tempatan yang menekankan aspek kajian sosial yang menggabungkan unsur geografi dan

sejarah. Unsur geografi adalah melibatkan aspek lokasi, ciri fizikal, iklim, penduduk, budaya,

sumber asli, aktiviti ekonomi dan Malaysia di arena antarabangsa. Namun dalam KSSR,

didapati sudah tiada mata pelajaran khusus yang mempunyai unsur-unsur geografi sebaliknya

terdapat hanya sedikit elemen geografi diterapkan di dalam mata pelajaran sains. Semua modul

tahap 1 dan 2 KSSR tidak melibatkan mata pelajaran geografi. Pada peringkat menengah rendah

(tingkatan satu hingga tiga), geografi merupakan mata pelajaran wajib di mana geografi

termasuk di dalam mata pelajaran teras. Manakala pada peringkat menengah atas (tingkatan

empat dan lima), geografi menjadi mata pelajaran elektif.

2.0 PENYATAAN MASALAH


4

Sejak tahun 1990 hingga kini, bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran geografi di

peringkat menengah atas iaitu melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima serta peringkat

lepasan menengah (pra-universiti) semakin merosot. Keadaan ini telah menyebabkan jumlah

pelajar yang mengambil mata pelajaran geografi SPM dan STPM juga semakin berkurangan.

Fenomena ini telah memberi impak yang negatif terhadap kepentingan mata pelajaran geografi

sebagai subjek yang berkesan untuk membina modal insan yang patriotik dan berketerampilan

global dalam menghadapi cabaran globalisasi ekonomi serta politik kini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohmadisa Hashim (2007), bilangan pelajar yang

mengambil mata pelajaran Geografi semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin

berkurangan dari tahun ke tahun. Pada tahun 1996, jumlah pelajar yang mengambilnya ialah

seramai 78, 805 orang berbanding seramai 60,251 orang pada tahun 2002. Impak daripada situasi

ini ,abad ke-21 menyaksikan pelbagai isu alam sekitar melanda Malaysia seperti pencemaran

udara, pencemaran air, peningkatan suhu, banjir kilat, tanah runtuh, dan kemusnahan hutan.

Tragedi pencemaran air diikuti oleh pencemaran udara di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor

yang menggemparkan negara pada Mac 2019 adalah kes terkini yang boleh dikaitkan sebagai

impak terpinggirnya mata pelajaran geografi dalam arus pendidikan semasa Malaysia. Aspek

patriotisme dalam diri generasi tersebut juga semakin berkurangan khususnya pengetahuan

tentang geografi dan kebanggaan terhadap negara sendiri.

Fenomena ini dilihat sebagai implikasi daripada generasi peneraju pembangunan negara pada

hari ini yang dibesarkan antara tahun 1970-an hingga 1990-an di mana mata pelajaran Geografi
5

tidak lagi menjadi keutamaan di dalam kurikulum sebaliknya hanya diletakkan sebagai elektif

yang tidak dipelajari oleh semua pelajar di peringkat menegah atas. Pembelajaran geografi

secara wajib hanya sehingga tingkatan tiga tidak cukup kuat untuk membentuk minda rakyat

Malaysia supaya peka kepada kelestarian alam sekitar yang bakal diwariskan kepada generasi

yang akan datang selain menghasilkan modal insan yang berpengetahuan global.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengkaji hubungan di antara penawaran kursus dalam bidang Geografi yang terhad di

IPTA dengan kecenderungan yang rendah pelajar tingkatan 4 dan 5 di W.P Labuan

memilih mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran elektif dalam pakej SPM.

3.2 Menilai isu kekurangan guru opsyen Geografi mempengaruhi penawaran mata pelajaran

Geografi dalam pakej SPM oleh sekolah-sekolah menengah di W.P Labuan.

3.3 Menilai pengetahuan pentadbir sekolah tentang prospek kerjaya serta kepentingan

Geografi dalam membina modal insan negara mempengaruhi keputusan pentadbiran

untuk menawarkan mata pelajaran Geografi dalam pakej SPM di sekolah.

3.4 Mengenalpasti status Geografi sebagai mata pelajaran kumpulan elektif kemanusiaan

mempengaruhi keputusan pelajar untuk tidak memilih pakej mata pelajaran tersebut

walaupun mereka meminatinya.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


6

4.1 Adakah faktor penawaran kursus dalam bidang Geografi yang terhad di IPTA

mempengaruhi kecenderungan yang rendah pelajar tingkatan 4 dan 5 di W.P Labuan

memilih mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran elektif dalam pakej SPM?.

4.2 Sejauh manakah isu kekurangan guru opsyen geografi mempengaruhi penawaran mata

pelajaran geografi dalam pakej SPM oleh sekolah-sekolah menengah di W.P Labuan.

4.3 Sejauh manakah pengetahuan pentadbir sekolah mengenai prospek kerjaya serta

kepentingan geografi dalam membina modal insan negara mempengaruhi keputusan

pentadbiran untuk menawarkan mata pelajaran Geografi dalam pakej SPM di sekolah.

4.4 Adakah geografi sebagai mata pelajaran kumpulan elektif kemanusiaan mempengaruhi

keputusan pelajar untuk tidak memilih pakej mata pelajaran tersebut walaupun mereka

meminatinya?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN = adakah kajian di Labuan relevan utk digunakan utk

dalam skala Malaysia?

Kajian ini signifikan untuk memperkasa dan memartabat semula mata pelajaran Geografi di

sekolah dan juga Institusi Pengajian Tinggi. Diharapkan kajian ini akan dapat memberi

penjelasan yang lebih terperinci terhadap faktor kemerosotan bilangan calon yang mengambil

mata pelajaran Geografi pada peringkat menengah atas dan sejauh mana mata pelajaran Geografi

relevan untuk diambil oleh semua pelajar menengah atas di Malaysia. Selain itu, dapatan kajian

ini boleh digunakan sebagai panduan kepada Institusi Perguruan di Malaysia untuk menyediakan

lebih ramai guru opsyen Geografi yang terlatih bagi memenuhi keperluan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Geografi yang lebih menarik di sekolah menengah khususnya di

peringkat menengah atas dan lepasan menengah.


7

Pentadbir sekolah khususnya bagi sekolah-sekolah menengah di W.P Labuan boleh menjadikan

dapatan kajian ini sebagai asas rujukan untuk melihat kecenderungan pelajar menengah atas di

semua sekolah menengah di W.P Labuan terhadap mata pelajaran Geografi agar semua sekolah

menawarkan mata pelajaran Geografi dalam pakej SPM yang disusun.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membuktikan bahawa mata pelajaran Geografi ini

juga relevan ditawarkan dalam Pakej Aliran Sains, Pakej Aliran Teknik/Vokasional, serta Pakej

Aliran Sastera di mana mata pelajaran Geografi yang dipelajari di menengah atas akan

melahirkan pembuat dasar, penggerak ekonomi, pakar dalam pelbagai bidang dan tenaga kerja

yang peka terhadap kelestarian alam sekitar pada masa yang akan datang.

Dapatan kajian ini kelak akan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan W.P Labuan untuk mempertimbangkan semula peluang penawaran yang lebih luas

terhadap mata pelajaran Geografi di peringkat menengah atas dan lepasan menengah. Kajian ini

juga diharapkan akan menjadi asas kepada penyelidikan seterusnya di masa akan datang.

6.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut Katiman Rostam (1977), guru-guru mempunyai sikap yang lebih positif berbanding

pelajar untuk mengekalkan mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran teras di peringkat

menengah atas di mana pelajar menganggap mata pelajaran Geografi bukanlah mata pelajaran

yang penting untuk dipelajari di peringkat menengah atas apatah lagi untuk diuji di dalam

peperiksaan SPM. Kajian oleh Abd Rahim Md. Nor (1977) pula menunjukkan bahawa siswazah

Jabatan Geografi UKM mendapati disiplin ilmu Geografi adalah sangat menarik dan sentiasa

relevan dengan keadaan semasa. Daripada kedua-dua kajian ini dapat dirumuskan bahawa guru-

guru geografi yang berada di sekolah komited dan bermotivasi tinggi untuk menyalurkan
8

kepakaran mereka dalam cabang ilmu Geografi kepada pelajar. Persoalannya, mengapakah

pelajar merasakan mata pelajaran ini tidak penting untuk dipelajari di peringkat menengah atas

walaupun mata pelajaran ini mampu menyumbang kepada prestasi yang baik di dalam

peperiksaan SPM.

Penurunan taraf mata pelajaran Geografi berlaku apabila ia dipinda daripada mata pelajaran teras

kepada elektif sebaik sahaja KBSM diperkenalkan menyebabkan banyak sekolah menengah di

Malaysia tidak menawarkan mata pelajaran Geografi kepada pelajar tingkatan empat dengan

alasan tiada pelajar yang berminat untuk mengambilnya. Keadaan ini menyebabkan bilangan

pelajar yang mempelajari Geografi semakin berkurang. Antara sebab yang lain mengapa sekolah

tidak menawarkan mata pelajaran Geografi di peringkat SPM adalah kerana prestasi pelajar bagi

mata pelajaran Geografi dalam SPM adalah rendah (Shamsiah, S. & Azman, H. , 2015). Maka

timbul kerisauan dalam kalangan ahli Geografi Khususnya guru-guru Geografi seluruh Malaysia

terhadap kemungkinan peminggiran terus mata pelajaran Geografi sebagai mata pelajaran pilihan

jika prestasi pelajat terus merudum. Bagaimanapun adalah tidak adil untuk menilai prestasi

pelajar yang rendah terhadap mata pelajaran Geografi berbanding mata pelajaran lain kerana

Geografi hanya ditawarkan kepada pelajar lemah dalam aliran sastera di kebanyakan sekolah.

Jika mata pelajaran Geografi ditawarkan kepada semua pelajar di semua aliran, prestasi pelajar

secara keseluruhan dalam mata pelajaran Geografi akan meningkat.

Geografi universiti adalah nadi kemandirian Geografi sebagai disiplin sole subject di Malaysia.

Tanpa Geografi di Universiti maka hilanglah jatidiri dan integriti Geografi sebagai satu displin

ilmu kerana epistemology dan metodologi disiplin Geografi dikembangkan di universiti melalui

aktiviti pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, persidangan dan penerbitan. Bagaimanapun

dijangkakan bilangan pelajar yang bakal belajar bidang Geografi di Universiti akan semakin
9

berkurangan. Ini mungkin dapat dikaitkan secara langsung dengan mengecilnya bilangan pelajar

menengah atas yang mengambil mata pelajaran Geografi selepas KBSM diperkenalkan di mana

mata pelajaran Geografi bukan lagi berada dalam kelompok mata pelajaran wajib (teras) sejak 26

tahun dahulu. (Amriah Buang, 2007).

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara penawaran kursus Geografi di

Universiti dengan kecenderungan pelajar tingkatan empat dan lima di W.P Labuan memilih

elektif Geografi dalam pakej SPM. Data – data diperolehi secara langsung daripada 150 orang

pelajar tingkatan empat dan lima di W.P Labuan yang dipilih secara rawak melalui borang soal

selidik.

Apa yang perlu dilakukan dengan data soal selidik?, jelaskan secara ringkas, kaedah

menganalisis data untuk penjawab persoalan kaian dan mencapai objektif


10

BIBLIOGRAFI RINGKAS

Abd. Rahim Md.Nor , 1977. Geografi di IPT : Tanggapan pelajar siswazah terhadap mata
pelajaran Geografi. “ Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi di
Malaysia”, anjuran Jabatan Geografi UKM dan Persatuan Kebangsaan Geografi
Malaysia, 30-31 Oktober 1995.
Akin Mabogunje, 1997. The State of The Earth : Contemporary Geographic Perspectives.
Oxford: Blackwell Publishers Ltd.
Amriah Buang, 2007. Memperkasa Geografi Manusia di Malaysia : Isu dan Cabaran. Jurnal E-
Bangi Volume 2, Number 2
Freeman, T. W, 1980. A History of Modern British Geography. London: Longman Group
Limited
Hanifah Mahat et al., 2017. Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah
Menengah di Sabah- Analisis Awal. Skudai : Penerbit UTM Press
Ibrahim Sakimin, 2003. Kurikulum Geografi KBSM(semakan) : Perubahan dan statusmasa kini.
“ Prosiding Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan”, anjuran Bahagian
Geografi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 18 Januari 2003.
Johnson R. J, 1993 . Geography and Geographers. Edisi keempat. London : Edward Arnold
Katiman Rostam, 1997. Tanggapan guru dan pelajar terhadap status Pendidikan Geografi di
sekolah-sekolah menengah: Satu tinjauan awal. “Prosiding Seminar Kebangsaan
Pendidikan Geografi di Malaysia” , anjuran Jabatan Geografi UKM dan Persatuan
Kebangsaan Geografi Malaysia, 30-31 Oktober 1995.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1975. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah :( Perantaraan
Bahasa Melayu ): Ilmu Alam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Maran, J. F. (1994). Discovering Innovative Circula Models for School Geography. Dlm R. S.
Bednarz dan J. F Peterson. A Decade of Reform in Geographic Education : Inventory and
Prospect. Indiana National Council for Geographic Education ms 23-30.
11

Shamsiah, S. , & Azman, H. , 2015. Kebolehan Guru-Guru Mata Pelajaran Geografi


Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menengah Malaysia. Journal of Global Bussiness and Social
Entrepreneurship (GBSE), 1(2), 35-43
Voon Phin Keong, 1990. Geography Education in Malaysia. Malaysian Journal of Tropical

Geography. 21(2), 92-111.

Anda mungkin juga menyukai