Anda di halaman 1dari 8

UJIAN PASCA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

GRAF FUNGSI LINEAR


Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Persamaan yang manakah mewakili graf fungsi yang selari dengan y = 3x + 5?


1
A y = 3x + 5 B y= x +5
3
C y = 3x + 1 D y = 2x + 5

2 Persamaan yang manakah tidak mempunyai kecerunan?


A y = 3 + 2x B y=x
C x=7 D y = 2x + 1

3 Cari kecerunan garis yang melalui titik-titik berikut.


(a) (4, 0) dan (0, 2)

(b) (3, 4) dan (2, 4)


4 Rajah di bawah menunjukkan tiga graf yang berbeza.

A B C

(a) Berdasarkan graf A dan C, garis yang manakah lebih curam?

(b) (i) Jika kecerunan garis pada graf A adalah sama dengan 1, apakah kecerunan bagi garis pada graf B?

(ii) Terangkan sebab mengapa kecerunan garis pada graf B adalah negatif.
5 Lakar graf yang mewakili persamaan linear y = x.
6 Kenny ingin mengosongkan sebuah tangki yang mengandungi 200 liter air. Graf fungsi linear di bawah
menunjukkan hubungan antara jumlah baki air di dalam tangki,y dan masa, x, dalam minit, yang diambil
untuk mengosongkan tangki tersebut.

(a) Nyatakan pintasan-y dan pintasan-x. Terangkan maksud kedua-dua pintasan tersebut.

(b) Nyatakan kecerunan bagi graf fungsi linear tersebut dan terangkan maksud kecerunan yang diperoleh.
Seterusnya, tulis persamaan bagi graf fungsi linear di atas.
7 Kadar penyejatan air dari suatu takungan air dipengaruhi oleh suhu udara di sekelilingnya. Jadual di bawah
menunjukkan isi padu air, dalam cm3, yang tersejat dalam masa sehari dari takungan air pada suhu yang
berbeza.

Suhu (oC) Isi padu air (cm3)


15 oC 100
20 oC 250
25 oC 400
30 oC 550

(a) Tulis satu persamaan linear untuk mewakili hubungan isi padu air yang tersejat dalam sehari pada suhu
yang berbeza.

(b) Terangkan maksud kecerunan persamaan linear yang diperoleh di (a) berdasarkan situasi di atas.

(c) Andaikan air itu menyejat secara berterusan pada kadar tetap, berapakah isi padu air yang akan tersejat
dalam masa sehari jika suhu udara sekeliling ialah 35oC?
JAWAPAN
1 C

2 C

y1 y2 2 1
3 (a) m
x1 x2 4 2

y1 y2 4 4
(b) m 8
x1 x2 3 2

4 (a) Garis pada graf C.

(b) (i) 1

(ii) Kecerunan garis condong ke kanan.

6 (a) Pintasan-y ialah (0, 200). Pada masa 0 minit, jumlah air di dalam tangki ialah 200 liter.

Pintasan-x ialah (10, 0). Selepas 10 minit, jumlah air di dalam tangi ialah 0 liter.
y1 y2 200
(b) m 20
x1 x2 10

Bagi setiap 1 minit, air di dalam tangki akan berkurang sebanyak 20 liter.

Persamaan:
y = mx + c
y = 20x + 200

y1 y2
7 (a) m
x1 x2
400 250

25 20
30

y = mx + c
400 = 30(25) + c
c = 350

Persamaan: y = 30x 350

(b) Bagi setiap kenaikan suhu sebanyak 1C, isi padu air yang akan tersejat dalam masa sehari ialah 30 cm3.

(c) y = 30x 350


= 30(35) 350
= 700 cm3

Anda mungkin juga menyukai