Anda di halaman 1dari 1

KUIZ PSK SEMPENA SAMBUTAN BULAN

KEMANUSIAAN 2013
Pada 4 september 2013 telah berlangsung kuiz PSK bersempena
sambutan bulan kemanusiaan peringkat sekolah. Kuiz ini terbuka kepada
menengah rendah sahaja iaitu untuk pelajar tingkatan 1,2, dan 3 sahaja.
Seramai 20 orang pelajar yang telah menyertai kuiz psk ini yang diadakan
dibilik rehat guru pada jam 3 petang dan tamat pada jam 4 petang.
Peserta diberikan masa menjawab selama 1 jam sahaja dan diasingkan
secara individu bagi memastikan kuiz ini berjalan lancar.
Matlamat kuiz ini adalah untuk memupuk budaya membaca dan sentiasa
peka dengan isu-isu berkaitan negara disamping menerapkan nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab dan berusaha sedaya upaya menjawab
soalan kuiz tanpa perlu meniru atau meminta bantuan orang lain. Objektif
utama adalah untuk memastikan pelajar sentiasa bersedia dan
mempunyai pengetahuan tentang matapelajaran PSK yang telah mereka
pelajari.
Berikut adalah keputusan nama-nama pemenang kuiz PSK 2013:
Tempat pertama: Christina Ladin

3A

Tempat kedua

: Parida Lunti

3A

Tempat ketiga

: Emylia Nelson

3A

Setelah disemak dan keputusan dikira berdasarkan yang berjaya


menjawab semua soalan dengan betul, sekiranya ramai yang mendapat
keputusan sama baru ia dikira berdasarkan pelajar yang menghantar
kertas jawapan paling awal. Segala keputusan adalah muktamad dan
diadili oleh En Ahmad Rozaiman selaku ketua panitia PSK.
Diharapkan lebih ramai pelajar akan menyertai program yang akan
diadakan oleh panitia PSK dimasa hadapan agar dapat memberikan
persaingan yang sihat dikalangan pelajar sekolah kita.

Anda mungkin juga menyukai