Anda di halaman 1dari 1

KELAB BOLA SEPAK GAGUCHI

SK (FELDA) CHINI 1 & 4


FELDA CHINI 1
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Kepada, 1 MAC 2021


Yang Berhormat Mohd Sharim bin Md Zain,
Ahli Dewan Undangan Negeri Chini,
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chini,
26690 Pekan,
Pahang Darul Makmur

Yang Berhormat,
PERMOHONAN SUMBANGAN/ PENAJAAN BAGI PASUKAN BOLA SEPAK GABUNGAN GURU-GURU CHINI
(GAGUCHI) UNTUK MENGHARUNGI PERLAWANAN PADA KEJOHANAN PEKAN EDU LEAGUE 2021

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sehubungan dengan itu, untuk makluman pihak tuan, saya wakil dari pasukan GAGUCHI yang pemainnya terdiri darpada
warga pendidik sekolah-sekolah kelompok Chini (sekolah menengah dan sekolah rendah) akan menyertai sebuah pertandingan liga
bola sepak khas untuk warga pendidik daerah Pekan yang akan dijalankan pada pertengahan bulan Mac ini. Liga yang diberi nama
Pekan Edu League 2021 akan disertai oleh 5 buah kelompok (5 pasukan) yang dipecahkan dalam daerah Pekan dan salah satunya
adalah pasukan GAGUCHI.. Maka dengan itu, GAGUHI dengan rendah hatinya ingin memohon sumbangan dari pihak tuan
berbentuk kewangan. untuk memenuhi keperluan pasukan

3. Sumbangan berbentuk kewangan ini adalah untuk menampung kos perlawanan, jersi dan ubat-ubatan (first aid-kit).

4. Oleh yang demikian, kami amat berharap dan memohon jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan permohonan ini
untuk menaikkan semangat warga pendidik khasnya guru-guru kelompok chini dalam pasukan ini dalam mengharungi kejohanan
tersebut. Sumbangan boleh disalurkan secara tunai melalui pengurus GAGUCHI iaitu Zulafzani Zahrin bin Mohammad ditalian
019-9198327.

5. Semoga pemohonan ini mendapat perhatian dan tindakan dari pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan kami
dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
…………………….
Zulafzani Zahrin bin Mohammad
Pengurus Pasukan GAGUCHI.

Anda mungkin juga menyukai