Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMECH 2023


KALI KE-29

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM) dan Peraturan Am MSSM.

2. CARA PERTANDINGAN
2.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada
TIGA orang peserta bagi setiap acara individu dan SATU
pasukan sahaja bagi acara berganti-ganti.
2.2. Seseorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam
3 acara individu dan 2 acara berpasukan

3. KATEGORI PESERTA
3.1. Kategori A : Pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 (Bawah 19 tahun)
3.2. Kategori B : Pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 (Bawah 15 tahun)
3.3. Kategori C : Pelajar-pelajar tingkatan 1 (13 tahun)
**Pelajar PK boleh masuk mana-mana kategori berdasarkan peringkat umur

4. PENDAFTARAN PESERTA
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 29 JULAI 2023 (SABTU) secara
atas talian menerusi website smis.event. Satu kata laluan setiap rumah sukan akan
diberikan kepada Ketua Guru Rumah Sukan masing-masing

5. PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN


5.1. Peserta yang telah didaftarkan dibenarkan menarik diri dari
pertandingan samada dengan penggantian atau tanpa gantian.
5.2. Peserta yang digantikan hendaklah berada dalam kategori yang sama
dengan peserta yang menarik diri.
5.3 Segala keputusan adalah tertakluk kepada ketua Hakim Balapan & Padang

6. UNDIAN LORONG
Undian lorong akan dilakukan secara automatik melalui sistem smis event

7. MELAPOR DIRI PESERTA


7.1. Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta.
7.2. Peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai
Teknik dalam arena pertandingan.
7.3. Peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mestilah
disertakan dengan pin pada tiap-tiap sudut bahagian dada dan
belakang baju.
7.4. Peserta yang lewat melaporkan diri TIDAK DIBENARKAN mengambil
bahagian.

8. PUNGUTAN MATA.
8.1. Acara Individu Tempat Pertama : 4 mata
Tempat Kedua : 3 mata
Tempat Ketiga : 2 mata
Tempat Keempat : 1 mata

8.2. Acara Berpasukan Tempat Pertama : 10 mata


Tempat Kedua : 7 mata
Tempat Ketiga : 5 mata
Tempat Keempat : 3 mata

9. NOMBOR DAN HURUF PENGENALAN RUMAH SUKAN


RUMAH SUKAN NOMBOR PENGENALAN
MAT KILAU (MERAH) M001 - M100
TOK GAJAH (KUNING) K101 - K200
DATO ' BAHAMAN (BIRU) B201 - B300
DATO' MAHARAJA LELA (HIJAU) H301 - H400

Contoh nombor peserta:


20 cm

KAIN WARNA
RUMAH SUKAN MASING-MASING
15 cm

M 001

Kod Pengenalan Nombor Peserta


Rumah Sukan

10. BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 147 KOAM kecuali
perkara-perkara berikut:
10.1. Bantahan berhubung acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta tidak lewat daripada
15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan.
10.2. Sebarang bantahan mestilah bertulis kepada juri rayuan (JK ketua hakim balapan dan padang) mesti disertakan wang
pertaruhan sebanyak RM 100 dan tidak akan dipulangkan.

11. JURI RAYUAN


Rujuk Undang-undang pertandingan KOAM / Am (1) MSSM.

12. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


12.1. Setiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan
tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda waktu acara jika
difikirkan perlu dengan memberitahu kepada Ketua Guru Rumah Sukan.
12.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang
tidak tersedia dalam undang-undang KOAM, Am (1) MSSM
atau peraturan pertandingan Kejohanan Olahraga Tahunan SMeCH 2023
kali Ke-19 2023
KAN MASING-MASING

adang) mesti disertakan wang


TROFI OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMECH 2023
BIL KATEGORI JUMLAH
1 OLAHRAGAWAN LELAKI A 1
2 OLAHRAGAWAN LELAKI B 1
3 OLAHRAGAWATI PEREMPUAN A 1
4 OLAHRAGAWATI PEREMPUAN B 1
5 OLAHRAGAWAN HARAPAN KLELAKI C 1
6 OLAHRAWATI HARAPAN PEREMPUAN C 1
JUMLAH 6

Anda mungkin juga menyukai