Anda di halaman 1dari 3

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KINABATANGAN 2022

Tarikh : 12 & 13 Jun 2022


Hari : Ahad & Isnin
Masa : 10.00 a.m. - 9.00 p.m.
Bertempat : Dewan Lantana SK BG II

1.0 ACARA YANG DI PERTANDINGKAN DAN YURAN PENYERTAAN


a) Beregu Lelaki ( Tertutup Kinabatangan ) YURAN = RM 20.00

2.0 SYARAT -SYARAT PENYERTAAN


a) Pertandingan adalah TERTUTUP kepada semua belia Kinabatangan dan warganegara
Malaysia.
b) Pemain perlu menghantar nama kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup penyertaan.

3.0 PERATURAN PERTANDINGAN


a) Pertandingan ini dijalankan secara kalah-keluar (kalah mati).
b) Tiada perlawanan yang diadakan pada pasangan yang kalah pada peringkat separuh akhir.
“kedua dua pemain pasangan tersebut adalah pemenang bersama”.
c) Pemain yang gagal menghadirkan diri ke gelanggang untuk sesuatu acara selepas lima (5)
minit panggil pertama dibuat akan dikira tidak bertanding dan kemenangan percuma akan
diberikan kepada pemain lawan yang hadir.
d) Seseorang pemain yang mengalami kecederaan atau kekejangan urat/otot semasa bermain
akan diberi lima (5) minit untuk dipulihkan dengan kebenaran terlebih dahulu daripada
pengadil. Masa tambahan tidak akan dibenarkan lagi bagi kecederaan selanjutnya.
e) Seseorang pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa mendapat kebenaran
terlebih dahulu dari Pengadil.
f) Tunjuk ajar (Coaching) dari Pengurus/Jurulatih Pasukan atau orang luar adalah dilarang
semasa perlawanan berlangsung.
g) Setiap perlawanan akan dibekalkan dengan 2 bulu tangkis sahaja. Sekiranya pemain ingin
menambah bulu tangkis, cas tambahan akan dikenakan.
h) Pemain tidak dibenarkan untuk menukar bulu tangkis tanpa mendapat kebenaran daripada
pengadil terlebih dahulu.
i) Pemain yang didapati merosakkan kelajuan bulu tangkis dengan sengaja akan diberi amaran
oleh pengadil dan bagi kesalahan seterusnya permainan akan dibatalkan
j) Pemain dibolehkan minum semasa permainan sedang berlangsung atas kebenaran pengadil
sahaja.
k) Setiap pemain hendaklah menggunakan raket sendiri.

4.0 PEMAIN
a) Semua peserta perlu berada di Dewan 1 jam sebelum pertandingan dimulakan.
b) Peserta mesti membawa kad pengenalan untuk pendaftaran dan pemeriksaan pihak
penganjur.

5.0 SISTEM KIRAAN MATA ( POINT )


a) Kiraan mata (POINT) untuk kejohanan ini adalah berdasarkan kiraan BWF (21 mata).

6.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN


 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat didalam jadual pertandingan
rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
atau Jawatankuasa Pengelola.

7.0 BANTAHAN
a) Sebarang bantahan semasa perlawanan mestilah dibuat secara bertulis dan dilampirkan
kepada pihak penganjur tidak melebihi 30 minit sebelum perlawanan bermula atau tamat.
Setiap bantahan mestilah disertakan wang tunai RM300.00 dan tidak akan di kembalikan.
b) Bantahan hanya boleh di buat berkaitan dengan kelayakan pemain sahaja, perkara berkaitan
dengan teknikal tidak adakan dilayan.

8.0 NOTA PENTING


b) Segala bentuk kecuaian atau kemalangan, kehilangan harta benda semasa kejohanan adalah
tanggunjawab pemain sendiri.

9.0 HADIAH PERTANDINGAN


JOHAN RM 400.00 + MEDAL
NAIB JOHAN RM 200.00 + MEDAL
3 BERSAMA RM 50.00 + MEDAL
NOTA ; -
Untuk segala urusan/ pendaftaran/ pembayaran yuran boleh berhubung dengan:

En.Syukri Arip: 017- 837 1008


MayBank: Muhammad Syukri Bin Arip
NO.AKAUN: 160027547748

Anda mungkin juga menyukai