Anda di halaman 1dari 2

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan

Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali,


Laluan Utama, 44300
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN MEMANAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Memanah Program Pendidikan


Khas SK Sg Lembing sedang dalam program melatih murid-murid untuk Kejohanan
Memanah Majlis Sukan-sukan Pahang.

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini , kami memerlukan peralatan
berikut:

1. Set Lengkap Memanah – 3 set

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk
menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami
membelinya sendiri.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan
semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami menggunakan set memanah tersebut
kerana murid PPKI semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

1. Wang Tunai : Terus kepada Penyelaras Pendidikan Khas SKSL


2. Cek : Atas nama PIBG SKSL -

Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah
yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

……………………………………………….
Muhamad Iswadi Bin Harun
Penyelaras Pendidikan Khas SKSL
Tel. No : 019-4556562

Anda mungkin juga menyukai