Anda di halaman 1dari 4

Surat Rasmi Mohon Peruntukan Dan Sumbangan

Persatuan Penduduk Taman Sari,


Taman Sari Indah,
44100 Sari,
Selangor

(Note: Sekiranya anda menggunakan kepala surat rasmi, tidak perlulah lagi nak
letak nama dan alamat anda ya!)

Tarikh : 28/03/2015

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan


Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali,
Laluan Utama, 44300
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PEMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN BALAI SERBAGUNA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Penduduk Sari Indah,
Selangor sedang dalam proses menyiapkan Balai Serbaguna bagi kemudahan penduduk
Taman Sari Indah.

Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan balai tersebut, kami memerlukan
peralatan berikut:

1. Kerusi - 150 unit


2. Meja - 20 unit

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk
menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami
membelinya sendiri.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga
melalui sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta fungsi balai
serbaguna Taman Sari Indah untuk kemudahan penduduk taman ini dalam menjalankan
sebarang aktiviti.

Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :


1. Wang Tunai / Barangan : Terus kepada penama tandatangan di bawah atau
Bendahari Persatuan.
2. Cek : Atas nama Persatuan dan diserahkan kepada penama tandatangan di bawah
atau diposkan ke alamat di atas.
3. Akaun Persatuan : Public Bank, akaun No. 3XXXXXX00

Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang
berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

……………………………………………….
Haron Aziz Bin Shuip
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sari Indah
Tel. No : 019-9999888
12:54 PG Dicatat oleh PLPDT

Biro Sukan dan Kebudayaan

Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa Pekan Batu Enam,

Jln Kelantan 21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

………………………………….. ………………………………….. ………………………………….. Tuan/Puan, MEMOHON


SUMBANGAN KEWANGAN

Merujuk perkara diatas,kami dari biro sukan dan kebudayaan akan menganjurkan satu Kejohanan Futsal
Piala Mudir darul Taqwa dalam usaha untuk mengumpul kembali pelajar lepasan darul taqwa dan
mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli,

Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan untuk
melancarkan lagi perjalanan program tersebut, Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran
kewangan kejohanan futsal piala mudir.

Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan sanjungi.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(MOHD MAHYUDDIN BIN YUSUF)

Setiausaha, Kejohanan Futsal Piala Mudir

Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa

Sesi 2009 s/k : Presiden PLPDT Pengarah Program ......................................................................................

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. URUSAN SETIAUSAHA RM 50.00

2. PERHUBUNGAN RM 100.00
3. CENDERAHATI RM 700.00

4. PADANG BOLA RM 600.00

5. BANNER RM 100.00

6. PERBEKALAN RM 100.00

7. TUGAS-TUGAS KHAS RM 100.00

8. PENGAWASAN RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Anda mungkin juga menyukai